Wednesday, February 23, 2011

Kerabunan

Walaupun mempunyai mata yang cantik (hehe ada la yang mencebik tu...) tapi kerana tidak dijaga dengan baik lantas menyebabkan ianya kerabunan. Bila dah rabun kena la pakai spec. Contact lens? Ish tak berani le teman. Nak letak eye drops pun takut inikan nak letak lens dalam tu. Dah la selalu ada bulu mata masuk dalam mata. Kalau ada contact lens nanti payah pulak. (alasan je tu padahal takut nak pakai lens)

I rasa I start pakai spec masa I form 4 or 5 kot. Macam mana I tau I rabun? Sebab I tak nampak muka orang. Boleh gitu? Hehehe..... I dulu masa form 4 and 5 pegi sekolah jalan kaki. Since I tinggal dalam kem and sekolah kat luar kem, kena la lalu kat MP setiap hari. MP atau Military Police tu ialah pak guard yang jaga gate kem. In case ada yang tak tau lah. 

Anyway, I perasan bila dah sampai dekat area MP tu, I tak nampak muka MP tu macam mana. I tau ada muka kat situ tapi mata, mulut, hidung semua kabur. Bukan takat kabur, tak nampak. Nampak ada muka aje. Hehehe.... Pastu bila sampai depan gate sekolah, I tak nampak muka students from the opposite direction. I nampak muka sekadar muka je lah, mata hidung semua tak de. So I rasa pelik la.

And then I dulu duduk kelas science. Bila belajar chemistry, I tak nampak formula kat depan tu. Sape belajar chemistry tau la kan formula-formula molecule yang entah apa-apa tu. Bila semua salin nota, I tak salin sebab tak nampak formula tu. Dah la tulisan cikgu I tu come lote. Bila dia tengok I tak salin nota, dia tanya la kenapa and I cakap la I tak nampak. Until then I tak tau lagi yang itu tandanya I dah rabun.   

So my chemistry teacher cum my class teacher; Miss Tham adalah orang pertama yang bagitau I ni rabun and suruh I pegi check mata. Laaaa... rabun ke? Tak tau la pulak. So my mom bawak pegi Kobayashi Optical. I masa tu ada addiction towards everything japanese so seronok la buat spec kat kedai jepun. Hahaha... patutnya sedih sebab dah rabun. Can't remember the power then (ala yang current pun tak ingat jugak) tapi that new spec tak sempat pakai dah patah ok. Adik I patahkan. Bengang betul I masa tu. Terpaksa la letak selotape. Masa tu my parents bukan ada duit. Not like now boleh nak tukar spec selalu. Adik-adik I punya spec jauh lagi mahal dari I punya ok. 

Anyway, masa mula-mula pakai cikgu and kawan-kawan semua sorak. Kelakar ok. Tapi I pakai on and off. Tak best la pakai spec ni. Penglihatan agak terhad sebab kalau nak tengok apa-apa kena gerakkan kepala supaya mata dan lens tu selari dengan benda yang nak ditengok. Kalau dulu gerak mata je dah cukup. Until I dah kerja and power dah naik sampai 200++ barulah I pakai setiap kali keluar rumah. Kat rumah memang tak pakai pun. Especially now la. Power dah tinggi and kalau tak pakai memang sangat terhad jarak pemandangan. Even nak tengok TV pun dah kena pakai spec sekarang ni.
   
Orang pertama pakai spec dalam family ialah my brother Eman. He was in primary 5 or 6 masa tu. Followed by Bang Long when he was in form 4. Both start pakai dengan power yang tinggi gila. I'm the third with lowest power. I tak ingat berapa tapi sebelah less than 100 and sebelah lagi more than 100. I nak pegi check la my current power. I can remember all 20 birthdate of us in the family including both my parents IC number but not my own spec power. Ish....

Ok continue balik giliran memakai spec. Lepas I, my brother Apis pulak. Oh dia ni lah yang nak kawin next month. Lepas tu the youngest one Ayum pulak. Dia lagi teruk. Start pakai masa primary one kot. Since dia ni anak kesayangan, I rasa spec dia lebih banyak bertukar dari I kot. Dah la mahal-mahal. Patah je terus tukar. Kalau I, nak bagitau pun takut ok. I rasa my first spec aje yang my mom buatkan. Ok the second one which was few weeks after that pun la. Hehe.... The third one I buat masa kat U guna my own pocket money. Fourth and seterusnya semua guna my own money la. I jarang buat spec sangat. Even the current one pun dah setahun tak berganti. The only time I gila buat spec ialah masa I baik dengan sorang optometrist ni. Ala sebelah Guardian yang I keje je pun. Masa tu ada berapa spec ntah. 

Ok ok sambung lagi. Suka melalut-lalut tau. Lepas Ayum, Abah pun pakai tapi Abah punya ada 2 power; dekat and jauh. Mak pun pakai jugak tapi untuk yang dekat aje. Kalau dia mengaji atau membaca dia pakai la. Beli spec ribu-ribu tapi bila nak tengok suka teropong guna tangan. Memang annoying kalau I tengok. So I selalu la sound. Derhaka punya anak. Hehehe..... Lepas tu Thalha. Mamat pun rabun rasanya tapi I tak pernah nampak dia pakai spec. Meja je yang pakai sebab spec tu sentiasa atas meja. Hahaha.... Yang paling latest adalah Akak. Baru-baru ni masa balik cuti CNY, I tengok dia dah start pakai. Tapi bila nak keluar aje lah. 

Wah ramai jugak yang pakai spec in the family kan. Duit mak I asyik habis buat spec aje lah. Dah la suka buat spec mahal-mahal. I pun tak buat spec mahal macam diorang tu. I ingat nak ganti my current spec ni tapi nanti lah dulu. Tak sempat nak buat survey lagi. Kali ni nak check betul-betul. Dulu I buat spec tak pernah melecet tapi my last 2 specs ni telah membuatkan telinga I melecet dengan teruk. Padahal dulu buat spec tak de jenama sangat. Ingat beli mahal-mahal ok la. The second last adalah pink Swatch. I buat in 2007 and pakai sampai 2009. Teruk telinga I melecet bila dah lama-lama. Lepas tu I tukar tu current purple Bonia. Paling cantik dan paling mahal tapi sama je. Melecet jugak kat telinga tu. 

I tak perasan pun tapi bila I cerita kat Bang Long and he told me something baru I perasan. All my not so expensive specs before ada spring dekat tangkai dia tu. So the spec boleh la diregangkan according to your face. Yang Swatch and Bonia tak de. So maybe itu yang menyebabkan dia melecetkan telinga I tu. Ok I dah google on this stuff. Melecet kat telinga tu dipanggil pressure sores. One of the reason adalah due to ill-fitting spectacles. So memang betul la sebab spec tu kan tak boleh diadjust.

So lepas ni kalau nak beli spec baru, bukan takat tengok cantik aje tapi kena pastikan ada spring. Kriteria lain ialah colour. Dulu-dulu my spec mesti warna biru. Pink Swatch adalah yang pertama berwarna pink. Then Purple Bonia. Lepas ni nak colour apa pulak eh? Biru ke purple? Next criteria ialah frame. I start off dengan full-frame. Pastu tukar frameless tapi agak fragile, cepat je patah. Patah kat lens dia so tak pasal-pasal kena tukar lens baru. So tukar pada half-frame. Lepas ni nak continue half-frame atau frameless eh. Tapi frameless cantik sikit. 

Yang pasti, my new spec won't cost me sampai ribu-ribu la. Mak punya brand Aigner. Abah and Eman punya brand apa ntah tapi ribu-ribu jugak. Dari beli satu spec sampai 2-3 ribu, baik I beli 5 spec terus. Hari-hari boleh tukar kan. Hehehe.....   

2 comments:

didi said...

Wei, banyaknya beli spec!!!! Aku sejak terpaksa pakai glasses ni, which is 2 tahun lebih, 1 spec je. Tapi aku mostly pakai contact lense sekarang. Pakai spec kat rumah atau bila malas sgt nak pakai contacts.

Tapi entry kau ni telah membuatkan aku mau beli spec baru. Spec aku half frame purple FCUK. Dalam RM300 lebih kut.

Eny Yusof said...

Didi,

Mana de banyak la. Ada satu tu je yang tak tukar-tukar. Yang lama-lama memang tak pakai dah. Biasa la kan, dapat gading bertuah tanduk dilupakan. Hahaha....

Iye spek kau tu cantik gak. Nanti nak usha la. Tapi kalau silap sebut brand tu termencarut plak. Hahaha.....