Wah busynya minggu ni. Ada begitu banyak kerja hingga saya ni dah macam tak terurus dah. Hehehe… Anyway mari kita recap balik apa dah berlaku semasa saya ke Kelantan tempoh hari.
Monday morning bertolak ke Kota Bharu, Kelantan dengan menaiki bas. Wah penjimatan sangat kitorang tau. Tapi jimat bab duit aje lah. Bab masa banyak je terbazir kat atas jalan. 10 jam tu naik bas ke KB. Dah la sakit-sakit badan sebab berlari tanpa regangan. Siksa betul nak mengadjust badan ni sepanjang perjalanan. Duduk camni tak kena, duduk camtu tak kena. Semuanya serba tak kena. Tambah lagi dengan stomach cramp due to my menstrual. Stress betul. Orang lain happy aje. Siap berkaraoke lagi.
Singgah for breakfast dekat Genting Sempah. I had nasi lemak. For lunch, singgah dekat Gua Musang and I had plain rice with sup tulang. Reached KB exactly at 6pm and for dinner at 7.30pm, I had plain rice with few side dishes. Setelah makan nasi sekali sehari for sekian lama, this time 3 kali ok. Amik nak sakit perut gila-gila malam tu. By the time meeting start at 8.30pm tu, my tummy felt so painful, tight and bloated. Semua rasa adalah. Self-control sangat perlu bagi memastikan tiada orang perasan bahawa setiausaha mesyuarat sedang menahan sakit. Alhamdulillah the meeting went well and I berjaya mengawal kesakitan sehingga meeting ditangguhkan pada jam 11.45pm.
Selalunya I don’t have supper but that night I had 3pc of karipap yang sungguh sedap. Saya mengakhiri malam saya dengan memuntahkan all my dinner and supper. Amik nak makan tak ingat. Rasa macam bulimic pulak sambil muntah-muntah tu. Yuks! Right after I came out from bathroom, my immediate boss called ajak makan durian. The timing couldn’t be more perfect eh. Of course I’ve to decline. Tak sanggup den nak muntah-muntah lagi. Malam tu tak boleh tidur sebab perut sangat sakit. Letak minyak angin yang super panas pun tak rasa apa dah.
Tuesday morning breakfast around 7am and bertolak untuk lawatan sambil makan durian around 8am. I only ate a few suap of nasi kerabu. My tummy still not feeling very well. Risau jugak ni sebab kejap lagi nak makan durian. Dah la perjalanan balik amik masa 10 jam jugak. Kot jadi apa-apa nanti susah jugak tu. On the way tu I makan roti krim untuk alas perut since my breakfast tu tak macam breakfast pun.
Lawatan adalah di MID (Medan Infodesa; something like cyber café) Kg Bukit Tandak, Pasir Mas. Lepas melawat and dengar briefing serba-sedikit, terus ke aktiviti utama iaitu makan durian. Selain durian, ada santan, pulut, gula and buah rambutan and dokong. Ke langsat or duku eh? Entah la, tak pandai nak beza. Hehe… I only ate durian saje. I tak pandai la makan santan+gula+pulut+durian mentah tu. Kalau nak makan semua tu, kena masak santan+durian tu dulu and makan dengan pulut atau roti. Nak kata banyak sangat makan tu tak la sangat tapi banyak la jugak sebab diorang dok tengok I makan terus bukak and sua tak henti-henti. So I pun makan aje lah kan. Nanti kata tak sudi pulak. Makan durian ni self-resistance kena kuat supaya boleh stop bila sepatutnya jadi tidaklah makan terlalu banyak sampai memudaratkan. Cuma yang tak best tu, lepas makan tangan berbau la.
Lepas makan durian, kami terus ke Rantau Panjang untuk sesi melabur kepada peniaga tempatan. Tapi masa yang diberi cuma 1 jam aje. 1 jam nak shopping kat Rantau Panjang? Apalah sangat yang boleh tengok dalam masa sesingkat itu. Patah semangat nak buat pelaburan besar-besaran. I cuma beli totto 2 (1st time datang pun beli totto 2 jugak), bolster 2, long skirt and belt untuk Siti, kuali leper untuk masak roti canai and kacang pistachio aje. Total semua tak sampai RM150 pun. Tangan I sampai hari ni sakit sebab pikul totto and bolster tu. Mujur ada sorang pegawai (gred 52 lagi tu) yang tolong angkat sekali. Baik sangat hati dia. Terima kasih banyak lah ye puan. Budi mu dikenang selamanya. Cewah….
Lunch was served at one nice restaurant dekat Rantau Panjang juga. Punyalah banyak the choice; plain rice, tomyam campur, kerabu sotong, udang goreng, ayam goreng, ikan masak 3 rasa, sambal belacan+ulam, buah-buahan dan air oren. Semuanya sedap-sedap belaka. Tapi I tak makan pun ikan and ayam tu sebab dah makan tomyam+udang+sotong. Lepas perut dah kenyang, solat zohor+asar dekat sebuah masjid yang sangat cantik. I tak tau nama dia tapi diorang panggil masjid Beijing sebab sebiji macam bangunan lama kat China. I tak amik pulak gambar. Orang gi solat I dok dalam bas aje. Panas and berlengas badan sebab berjalan sambil memikul barang lepas shopping tadi. Kaki pun sakit sangat dah. Tambah lagi pakai kasut baru. Melecet sana-sini sampai nak sarung kasut pun sangat la menyakitkan. Selalunya I bawak kasut spare tapi this time tak pulak. So tahan la sakit sampai malam tu.
On the way balik tu semua layan karaoke. Wah ketua akauntan kitorang sangatlah sedap suaranya. Dah la dia duduk belakang I. Layan aje dengar dia nyanyi. I karaoke-karaoke memang tak la. Nak cuba tido tapi tak dapat sebab tak selesa plus bising orang menyanyi. I ni bising-bising tak boleh nak tido. Mata pejam tapi sedar je. Stress lagi. Hehehe…
Last stop dekat Raub untuk solat maghrib+isya’ and dinner sekali. I tak turun pun dari bas. Selain dari kaki yang super sakit, I saje nak skip dinner. Makan banyak dah 2 hari tu. Sampai rumah around 12am. Gila penat weh. Sudahnya esok tu I mintak masuk lambat. Kali ke-2 I punch in lewat selepas hampir 4 tahun berkhidmat. Cacat dah punch card I untuk tahun ni. Penat betul la this week. Sakit-sakit aje badan ni. Paling sakit tangan la. Tu pun boss minit suh gi meeting kat Johor hari ni. Terpaksa la menolak sebab busy nak siapkan paper untuk meeting Monday nanti. Sebab busy sangat tak terasa dah habis seminggu. Tapi esok kena keja la beb. Tak best betul…..
Anyway silalah datang beramai-ramai ke Karnival Usahawan Desa kat Bukit Jalil ye. Ada 500 gerai kat sana. Banyak benda boleh dibeli. Esok ada perasmian so I kena bertugas. Datang jangan tak datang ye…..
p/s : Gambar akan diupdate kemudian. Tapi tak banyak la...
No comments:
Post a Comment