Aduh penatnya….. hujung minggu yang sangat padat dan memenatkan. Tak sempat nak berehat langsung. Dan untuk rekod, minggu ni saya memakai baju kurung selama 7 hari; Isnin sampai Ahad. Tu yang rasa macam bekerja aje sepanjang minggu tu.
Saturday tu saya bertugas di Karnival Usahawan Desa yang diadakan di Bukit Jalil. Biasalah kalau ada majlis-majlis rasmi ni orang admin wajib hadir. Dah la kena pakai batik. Leceh betul batik on Saturday. Tapi dah kerja kena la ikutkan juga. Sebagai usherette, saya kena berdiri sampai ke tengahari tu. Menangis kaki saya mintak nyawa. Hehe…
Secara kebetulan, setiap kali ada event besar mesti saya baru lepas buat braces review yang menyebabkan gigi saya terasa amatlah sakit dan sengalnya. So tak dapat la nak merasa makanan-makanan yang dioffer oleh pengusaha-pengusaha tu. Breakfast pun I tak makan. Lunch lagi la. Tak boleh nak menggigit langsung. Perut lapar tapi bila gigi sengal ni selera memang automatic mati.
Event besar; ada 500 booth usahawan produk desa/luar bandar tapi tak de orang. Kesian betul. Saya beli bunga je. Sekarang ni saya suka sangat bunga daun getah. Hari tu masa Sambutan 50 Tahun KKLW kat Kuala Lipis saya beli 2 pasu. Tapi simple deco aje. This time saya beli 2 pasu jugak tapi deco dia sangat cantik. Beli dekat pengusaha yang sama so saya cuma beli pasu and pilih bunga aje. Pengusaha tu tolong gubahkan. FOC lagi tau. Syoknya lah.
4.30pm baru balik rumah sebab kereta kena block. Saya sangat kelaparan dan keletihan dan ketiadaan selera untuk makan tetapi saya ada seorang kawan yang saaaaangat baik. Dia masak meehon soup so dia ajak sayan makan kat rumah dia. Lepas solat asar saya ke rumah Fadroy yang baik itu dan makan 2 mangkuk meehon soup. My first and only meal for that day. Main telan aje meehon tu sebab tak boleh mengunyah.
I was so exhausted that I crashed out at her place after maghrib. Terdengar-dengar dia kejutkan tapi memang tak larat nak response. At last 12.30am baru I bangun dan gerak balik. Selalunya I wouldn’t mind nak sleepover ni tapi malam tu memang tak boleh sebab pagi esok I nak gerak awal for yet another event. Yang tu nanti I buat special entry.
Lepas balik dari event, saya terus bersiap sebab nak teman kawan lain pegi kenduri dekat Shah Alam. Siap kemain awal tapi lastly tunggu dalam kereta sejam lebih. Tunggu orang yang tak sampai-sampai. I hate people like that. Seriously. Anda tidak menghormati masa saya sekiranya and membiarkan saya tertunggu-tunggu dengan begitu lama. Time is precious ok. Nasib la itu kawan kepada kawan saya. Kalau saya yang drive memang saya balik dah. Tapi saya memang bengang betul dengan orang-orang macam ni. Well kawan-kawan saya pun ramai jugak yang macam ni. Sangat tidak punctual.
Kenduri selesai dalam 6 lebih. Solat asar and tukar baju dekat petrol station mana ntah kat Shah Alam tu. My friend ni nak sangat ke Pavilion untuk membeli barang so walaupun badan ini dah penat gila tapi saya temankan lah jugak. Dah la esok kerja. Both of us busy and jarang dapat luangkan masa bersama so kenalah gunakan kesempatan yang ada ni.
Pegi Pavi sebab dia nak beli beg Gucci. Lepas belek-belek, she finally bought a Gucci beg yang berharga RM4230. Paid by cash ok. Gila lah. Beg berharga RM4k. I rasa beg RM100++ pun dah mahal inikan pulak RM4k++. Dengan duit sebanyak itu, saya boleh beli Asus EEPC yang saya sangat idam-idamkan, saya boleh beli DSLR yang best, handphone baru dan banyak lagilah. Termasuklah kasut jogging bernilai setengah ribu itu. Just like that ok keluarkan RM4k++. Nak pengsan kejap. It took for of us; her, me, the sales guy and the supervisor to count the money. Saya rasa ianya sangatlah membazir tapi itu kan duit dia, duit hasil penat lelah dia bekerja dan dia memang nak sangat beg itu. Lagipun lepas beli dia cakap puas hati sangat. So if that makes her happy, who I am to say anything kan. Tapi kalau dia tanya opinion saya memang saya kata membazir la walaupun the final decision of which bag to choose adalah pilihan saya. Hehehe….
Lepas tu dia ada hati nak pegi beli jam pulak. This time I just have to say no sebab I dah seriously penat dah. But I promised to temankan pegi shopping lagi next week. My friend ni dah tersampuk apa ntah nak beli benda-benda mahal ni. Hehehe… Minggu depan benda apa lagi lah yang dia nak agaknya….
Dekat pukul 11 malam baru saya sampai rumah. Mak ai penat betul saya ni. Hari ni pegi keje naik bas dengan betis yang sakit sebab event semalam. Aduhai malasnya nak keje hari ni…..
1 comment:
alah ciannyer die..tak per..
Post a Comment