Monday, July 05, 2010

There she goes......

Dah jadi mahasiswi si kurus ni....


Siti dah selamat melapor diri kat UPNM semalam. Contrary to what being expected, tiada adegan air mata yang berlaku. Not that kitorang tak sedih cuma keadaan agak kelam-kabut sampai tak sempat nak sampaikan pesanan terakhir semua tu. Mujur masa on the way tu dah sampaikan pesanan mana yang patut. Tapi masa tu Siti kata janganlah cakap lagi sebab dia sedih. Dia suruh cakap kemudian tapi kemudian tu memang tak sempat la. Ntah kenapa dalam banyak-banyak pendaftaran kat IPTA, yang ni lah paling kelam-kabut sekali.

Ok sebelum tu rewind dulu cerita dari hari Jumaat. They arrived at my place quite late la; 1.30am already. I dah siap masak for dinner and apa lagi, masing-masing serbu lah. Since I tak mo makan, I ingat nak tido tapi nanti macam rudelah pulak tetamu datang tapi tuan rumah tak layan kan. So last-last I yang terlebih layan sampai kul 3 lebih pun tak tido lagi.

Morning bangun uli tepung buat roti for breakfast and bersiap-siap nak keluar for last minute shopping. Tapi biasalah kan kalau dah ramai-ramai tu, 12.30pm baru lah keluar. Since plan nak tengok nenek sekali, ingat nak pegi Jusco AU2 (kot) je. Tapi tak tau jalan so singgah dulu rumah Mak Ngah. Minum teh sambil borak-borak pastu pegi rumah Mama Tam pulak tengok nenek. I dah pening gila dah masa tu sebab tak tido malam tadi so sambil orang berbual and makan, I took a nap.

Since my cousin suggest pegi Jusco Alpha Angle sebab ada banyak choice so ke sana lah kami. But I guess tak de la best mana pun kat sana. Shopping lebih kurang pastu balik. Eh lebih kurang pun beratus jugak lah habis. Agaknya kalau shopping beria boleh habis beribu lah kot eh. Hehehe….

Since hari tu adalah juga birthday Siti yang ke 20, maka buatlah makan-makan sikit malam tu. Goreng mee and makan kek; Choc Fudge yang super sweet from Secret Recipe. Alang-alang tu letak nama Akak and Jannah sekali kat kek tu. Jannah punya belated 24th and Akak pulak akan jadi sweet 16 on 7th July ni. Sambil Jannah the great cook masak, I tolong packed kan beg Siti. Pastu siap tolong iron baju dia lagi. Terlebih baik hati pulak Kak Ngah dia ye. Seingat-ingat I, setiap kali my siblings nak ke mana-mana, I lah yang tukang packed kan beg diorang. But nowadays I dah duduk jauh so tak dapat la nak tolong selalu. Seronok tolong packed kan beg orang ni actually.

Sunday morning pulak Jannah buat bruch terus; plain nasi with ayam goreng, telur dadar and sayur. Gigih betul kakak-kakak nak hantar adik masuk U ni eh. Around 10am bertolak. Ramai betul rombongan kali ni sampai 2 kereta; Abah, Mak, Eman, Thalha, Dik Man and Ayum satu kereta whilst Siti, Jannah, Akak and me satu kereta lagi. Bang Long datang jugak naik motor bersama a whole bunch of stationeries. Seronok la Siti sebab Bang Long sponsored stationeries so her demand memang very long detailed list lah. Pening Bang Long nak mencarinya.

Sisters. Hayat je tak de

UPNM tu nama aje macam dekat tapi jauh jadinya due to closed road sampai kitorang terpaksa u-turn 2-3 kali. I risau takut tak cam jalan je kalau nak pegi lenkali. Oh yang bestnya, kampus dia kat dalam Kem Sungai Besi yang luas tu. I tak tau kenapa tapi I sangat-sangat suka suanana dalam kem ni. Nostalgic sangat. Maybe sebab membesar kat dalam kem kot. Abah dulu pernah keja kat sana so macam nostalgia sangat. Abah kata banyak dah berubah.

Sampai aje Siti kena masuk dewan daftar. She’s kind of nervous and tak biasa so siap mintak teman lagi. Tapi tak boleh teman so kenalah belajar berdikari lepas ni eh. Punyalah lama dia dok dalam dewan tu. Dapat asrama yang agak jauh la jugak dari main building compared to asrama for Pegawai Kadet. Asrama Siti style apartment complex and setinggi 11 tingkat. Campur lelaki perempuan dalam satu blok. Eeee tak biasa I tau. Dulu kat UiTM asrama asing. UUM pun asrama asing. Anyway bila sampai kat asrama aje dah start kelam-kabut. Lif asyik sangkut and huru-hara dengan orang ramainya, barang-baang lagi dan announcement from senior student yang agak kasar bunyinya tu. Kena belajar komunikasi lebih sikit diorang ni.

The hostel. Lupa pulak nak amik gambar keseluruhan ruang.

Siti dapat level 5. Each unit ada 4 bilik; 2pax for each room, completed with sofa, dining table, kitchen semua tu. Just like my house now but hers much bigger. Kitchen tu cuma ada kitchen cabinet, sink semua tu aje. Peralatan kena beli sendiri la. Letak barang pastu terus kena turun. Since lift asyik buat hal, I used the stairs instead. Diorang ni asyik kena rush aje so memang tak sempat nak buat apa langsung. Last time masa hantar Thalha kat UUM, I sempat kemas his room and arranged the clothes dalam wardrobe semua tu. Yang ni I memang dapat tengok bilik semata-mata. Kotor pulak tu., Hopefully Siti and her new housemates akan sama-sama mengemas dengan jayanya lepas ni sebab dah complete dengan furniture semua tunggu nak kemas and hias aje.

Ada a few issues yang I rasa UPNM perlu amik action for future registration. Antaranya ialah I didn’t see any kedai or orang berjual pun kat situ. Kalau barang-barang pun tak de, makanan apatah lagi. Kat UUM haritu semua benda ada. Penyapu, bantal, iron, tikar. You named it semua ada. I know semua patut bersedia tapi sometimes ni biasalah, we are too focused on other things thus leaving some other things left unattended. At least kalau ada jualan ni boleh lah nak beli apa yang patut tu. Ibu bapa terpaksa tunggu lama masa registration tapi tak nampak langsung gerai jual makanan.

Ini pun tak semua yang ada. Bang Long dah balik awal dah sebab keja.... I je yang tak de dalam gambar tu.....

Pastu taklimat untuk ibu bapa pun tak de. All my siblings before termasuk I sekali dulu memang ada taklimat for ibu bapa. At least parents akan rasa lega lah sikit kalau tau serba-sedikit tentang apa yang akan berlaku kat anak diorang tu. Pelik kan. Korang pernah tak belajar kat tempat yang tak de taklimat untuk ibu bapa?

Lagi satu pasal yuran. I wonder why diorang kutip bayaran secara cash sedangkan amountnya sangatlah besar. Dan prosedur itu juga menyusahkan orang. Macam tak terurus aje I tengok UPNM ni. Offer letter semua online aje. At least kalau online sangat pun fikirkan kan lah kaedah untuk memudahkan registration. Contohnya lepas accepted the offer online, buat la printable version of slip bayaran. During registration bawak aje slip bayaran yang telah dibayar. Kan mudah. Ini budak-budak tu kena bawak cash sampai RM17++. Kan bahaya tu kalau tercicir ke apa dalam kelam-kabut semua tu. Medical check-up pun tak buat. Pelik betul. ABis nanti kalau ada sakit-sakit masa orientasi atau masa buat training semua tu macam mana?

Puas hati makan. Sampai ada yang pening kepala....

Banyak je lagi I nak complaint tapi tak pe lah. Kang nanti kata I ni kaki complaint pulak kan. Nak buat macam mana…. memang betul pun. Anyway kitornag terpaksa tunggu until 2.30pm untuk dapatkan resit bayaran. Dengan tak de kedai makan apanya. Hampeh betul lah. Tapi rezeki APC hari tu, I belanja makan kat Saba’ Cyberjaya. Tertunai juga hajat di hati nak bawa Abah makan makanan Arab. Puas hati. Now that semua dah balik, sunyi balik rumah tu. Rumah kat Kuantan pun akan sunyi sikit lah lepas ni tanpa Siti. Dah tak de orang nak bersin kuat-kuat, dah tak de orang nak disuruh masak and gosok baju tanpa banyak songeh, dah tak de orang nak mengemas sambil membebel-bebel dan banyak lagi lah. Sedih yang kena tinggal semua tu.

Jalan kena dalam barisan....

To Siti, belajar lah rajin-rajin and pandai-pandailah membawa diri. Duduk jauh dari kawalan Mak Abah bukan bermakna kebebasan mutlak sebab ke mana juga kita pergi, akan ada mata yang memerhati. Paling dekat kat bahu kiri kanan tu hah. Ingat ye….

2 comments:

Anonymous said...

Beb,baju ko lawa..
sekian, terima kasih

~AiSa~

Eny Yusof said...

Thanks for the compliment. Aku pun baru perasan bila tengok balik. Nampak lawa pulak dalam gambar. Eh ke sebenarnya pujian itu satu percubaan meng-comment? Hehehe....