Baru masuk minggu kedua, Siti dah mengadu hilang duit. Haish cepat betul si pencopet ni memulakan operasi. RM50 pulak tu. Well maybe to some apalah sangat RM50 tu kan. Tapi for me and for student like her, besar nilainya tu. Hilang masa pegi library. She put the money inside her bag. Left it outside sebab tak boleh bawak masuk. Sekali keluar tengok duit dah hilang. Her friend lost handphone. Another friend lost a beret. Beret pun nak curi ke wahai sang pencopet oii.
Memang bab-bab hilang duit and barang ni sangat sinonim dengan kehidupan di asrama. Baik sekolah mahupun universiti. Dulu when Eman kat MRSM, Mak siap jahit poket lagi at his brief. Same goes when Bang Long went to ITM. Kelakar ok. Nasib Mak tak jahit poket at my bra nor panties. Uish malu ah nak pakai. Tapi duit memang selalu hilang. Barang-barang termasuk baju pun sama. Even underwears ok. Alah masa kat DPA bersama PTD-PTD yang kononnya cream of the cream pun my baju hilang. Baju sukan DPA yang wajib pakai pulak tu. Lagi horror. PTD ok. Bukan sebarangan orang. So apalah sangat dengan budak-budak mentah kat universiti tu eh.
Tapi tak puas hati betul. Kalau dah kena tinggal beg kat luar kenapa tak de security jaga? At least sediakanlah locker berkunci. Kan senang. Tapi kat UiTM Shah Alam dulu pun nak masuk library main tinggal aje beg kat luar. Alhamdulillah tak pernah la pulak hilang duit or barang. Well maybe because I was so poor back then so tak de nya orang nak curi duit I yang berapa ringgit sangat tu kan. Handphone pun tak de. The only barang mahal yang I ada was my stationary set. Semuanya Pilot ok. Kalau hilang tu mau nangis la. Sebatang pun dah berapa ringgit.
Pasni kena belikan Siti some small bag that she can carry every where la. Sian pulak hilang-hilang duit ni. Dah la kena makan sendiri. Nanti tak cukup pulak duit nak makan. Nanti makin kurus la Si Kurus tu. Kena bebel nanti ngan Mak kalau kurus-kurus sangat. Vitamin dah bawak sebeban. Dah boleh bukak farmasi pun. Tapi tak de duit nak makan takkan nak makan vitamin aje kan. Hypervitamirosis pulak nanti. Hahaha....
No comments:
Post a Comment