Pagi-pagi lagi dah bergossip dengan my immediate boss. Hehehe…. Hari ni the topic was about FB. Ada orang tu telah menyebarkan gambar pelik-pelik wife dia kat dalam FB sebab wife dia curang dengan dia. Ada orang lain tu pulak sebarkan gambar pelik-pelik awek dia lepas clash. Dah la pernah terlanjur. Haish…. tak paham la. Orang sekarang ni banyak dah salah gunakan kemudahan yang ada. FB tu untul social networking, cari balik kawan-kawan lama, buat kawan baru dan sebagainya. Bukan pusat sebaran benda pelik-pelik ni. Ramai yang dah sakit otak agaknya.
Asyik-asyik isu yang sama aje sekarang ni. Penyebaran gambar dan video pelik-pelik yang kononnya untuk kegunaan peribadi. Eh hello…. gambar and video pelik-pelik untuk kegunaan peribadi? Guna untuk apa? Tak puas lagi dengan the real thing ke? Kenapa perlu ada gambar and video pelik ni? Kenapa? Serius tak paham. Baru setakat couples pun dah pandai nak buat hubungan terlarang eh. Tapi paling tak paham bila suami isteri buat la. Gila *tut* agaknya.
Walaupun dah ramai celebrities yang dah kena, Edison Chen, Wan Norazlin and yang latest Ariel and the gang, masih ramai yang tak serik-serik lagi. Nak jugak amik gambar pelik-pelik ni. Orang cipta gadget best-best ni bukan untuk buat benda-benda tak senonoh ni. Tapi mentang-mentang nak amik gambar or video dah mudah, terus disalahguna untuk hasilkan benda pelik-pelik ni.
Saya rasa memang ramai yang dah sakit otak sekarang ni sebab asyik terdedah dengan media-media yang berunsurkan sexuality ni la. Tu pasal semua pun terikut-ikut sampai nak buat jugak. Tu lah suh solat, baca Quran semua tak nak. Kan jiwa tu dah tak tenteram. Eceh macam la saya ni rajin sangat baca Quran eh. Hehehe…. Ok lah at least buat la amal ibadah sikit. Tak de la jiwa tu kacau sangat. Bila nak buat benda pelik-pelik ni, kalau tak sayang kat diri sendiri pun, ingat-ingat sama kata mak ayah tu. Sian diorang. Malu kat dunia pastu kena siksa kat akhirat. Tak kesian ke?
Takutnya la bila fikirkan pasal benda ni. Teringat kat adik-adik. Harap-harap diorang ni pandailah membawa diri supaya tak terjebak sama. Budak-budak sekarang ni kan advance. Kalau control sangat nanti kata mengongkong tapi kalau lepas bebas sangat takut nanti terpengaruh dengan anasir-anasir jahat ni lah. Ya Allah lindungilah kami sekeluarga dari sebarang perkara-perkara negatif seperti ini. Amin.
Moral of the story, whatever the reason or motive pun, never ever mengambil gambar diri anda dalam keadaan pelik-pelik atau membiarkan orang mengambil gambar diri anda dalam keadaan pelik-pelik ye. Never. Not even once. Ingat tu….
No comments:
Post a Comment