Friday, July 16, 2010

Jom berlari




This Sunday I'll be joining my first ever running event; Siemens Run 2010. But I'm not joining the marathon categories. Beginner like me hanya mampu untuk Dream Run aje. The distance pun tak la sejauh mana, 3.5km aje. Jauh-jauh nanti ada yang tak dan nak sampai ke garisan penamat nanti. Tak pun orang semua dah habis balik rumah, I tak sampai-sampai lagi. Hahaha....

I kan kata nak serious dalam menjaga kesihatan sekarang kan. So ingat saja la nak lari-lari sikit ni. But I'm not a good runner. Endurance itu tak de. Dulu nak lari 2.4km pun tak larat inikan pulak nak bermarathon berkilometer bagai ni kan. So I joined category fun run aje. Fun run ni distance dia tak jauh and boleh la nak berlari ke, nak berjalan ke. Kalau yang ada anak-anak kecil tu boleh la nak lari ngan anak-anak ke, nak tolak stroller semua tu ke. Walaupun semangat tu ada, kemampuan diri pun kena lah tengok sama. Saya hanya mampu short distance aje so buat yang itu aje lah dulu. Mana tau esok dah fit dah, boleh la saya join real marathon.

Dulu masa mula-mula kena paksa lari 2.4km, I memang tak larat. Lari beberapa ratus meter aje pastu pancit. Tapi masa tu I telah berjaya memotivasikan diri dengan mengcomparekan diri I dengan seorang kawan ni. Dia dah ada anak sorang tapi I tengok dia larat je lari. Orang dah beranak larat takkan orang bujang tak larat kan. So I paksa jugak diri I and setiap kali berlari, I'll make sure I'll stop at a distance yang lebih jauh dari yang sebelum. Rupa-rupanya kawan I ni pun memotivasikan diri dia dengan mengcomparekan diri dia dengan I. Dia lebih muda dari I so bila dia tengok I larat lagi nak berlari, dia paksa diri dia untuk berlari juga. Dia kata I yang lebih tua pun larat kenapa dia yang muda tak larat. Hahaha.... elok la tu. Lama-lama I berjaya untuk lari 2.4km tanpa berhenti. Tu kira pencapaian yang hebat la tu. Tapi I lari slow gila. Kira orang berjalan pun lebih laju la. Hehehe....

Since I dah bersemangat nak berlari-lari ni. I ingat nak beli la running shoes yang best. Eman ada beli running shoes yang best baru-baru ni. Asics. Ada gel technology lagi. Eman kata harga dia RM500++. Mak aih. Mahalnya. Tak mampu la wei. Takat RM200++ tu mungkin mampu lagi walaupun I rasa RM200++ tu pun dah mahal. My Nike running shoes yang berharga RM179 pun I dah rasa mahal gila. Inikan pulak nak beli yang RM500++ ni. Nevertheless, I google lah jugak pasal kasut ni.

Asics Pink Gel Kinsei@3

Asics Purple Gel-Kayano@16

Woohoohoo serious cantik ok. Terus I terjatuh cinta. Tapi masih berkira-kira lagi whether nak beli or not. Mahal sangat tu. I tunjuklah kat Edwin. Maklumlah dia ni kan selalu berlari. Boleh kata semua marathon dia joined. So mesti dia terror pasal kasut-kasut ni kan. Sekali dia kata dia pakai kasut Power aje. Ceh terus terbantut hajat hati nak beli kasut ni. Yelah nanti mesti dia mengata kat I. Baru berlari 2-3km dah nak beli kasut berastus-ratus. Dia yang lari berpuluh-puluh kilometer pun pakai kasut Power aje. Tapi betul jugak kan. Takat lari sikit-sikit buat apa la nak mengada-ngada beli kasut mahal kan. Tapi berkenan sangat lah. Teringat-ingat aje kat kasut ni. Hehehe.... over kan.

Nanti ada lagi event lain. Bulan Julai ada 3; 2 berlari and 1 berjalan. Tapi rasanya 2 yang berlari tu akan jadi berlari+berjalan for sure. Hehehe.... Pasni kalau ada sape-sape minat nak join jom lah. Seronok ramai-ramai ni. Nanti kita berenang pulak. Hehehe... Iya lah sangat tu. Cakapnya dah banyak kali tapi tak buat-buat jugak. Hahaha...

Tiba-tiba teringat ada satu lagi ni....

Jangan diturutkan gelora perasaan
Kau harus tabah hadapi segala
Hidup cergas jadikan amalan
Tubuh yang sihat
Sihat fikiran
..... tak ingat....
..... berenang berlari....
.....tak ingat.......
Marilah semua amalkan segera
Menjaga tubuh kita.....

Tak ingat sangat tapi lebih kurang macam tu lah. Jom kita sama-sama jaga kesihatan diri jom.

2 comments:

Anonymous said...

*correction
bukan marathon, just 10KM je=)

k-lin said...

aku baru nak tambah. aku pun pakai kasut power rm60. itu pun aku dah rasa mahal... hehe.
but then again, aku lari keliling taman aku je. habis jauh pun sampai sekolah anak aku which is 2km away je.