Wednesday, March 30, 2011

The time we've been waiting for

Ok sambung on ketibaan pengantin and what follows. I sempat bersiap right before ketibaan pengantin. Masa Hayat dulu ada kompang tapi masa Apis tak de la nak berkompang. Hayat dulu pun sebab dia arrange sendiri. Since masa kat Sik hari tu ada mercun so kita balas dengan mercun balik la. Berapa das entah. Rombongan perempuan tak ramai pun . Dalam 3 buah kereta aje. Kita ramai lagi kitorang masa ke sana dengan 11 buah kereta.

Tak banyak photos taken sebab banyak benda nak buat. Official photos semua ada dengan Bang Long. So ini antara photos yang sempat diambil menggunakan handphone.


The newlywed; Apis and Ina

Meja pengantin. Wah Dik Man rajin nampak. Bagus la macam ni
Adah si tukang kasi gula-gula. Meera entah ke mana. Tak sempat nak snap pic sekali Nabila and me. Dok melekat ngan I ke mana-mana. Dah orang ingat anak I. Alahai jatuh saham Cik Ngah tau Nabila.... Kat belakang tu la goodies bag yang I buat sampai sakit-sakit belakang tu. Amboi kiri kanan air. Penat la tu kena ke hulu ke hilir kasi gula-gula

Kat khemah besar depan rumah tu adalah untuk tetamu jemputan and ada meja lain khas untuk saudara-mara yang datang dari jauh. Senang sikit nak beramah mesra bila ada port khas kan. I tak sempat la nak beramah mesra sangat sebab sibuk la jugak ke hulu ke hilir. Konon-konon la kan. Hahaha...... Eh tapi memang la sibuk jugak. Nak-nak bila ada kawan-kawan from KKLW yang datang. Mula-mula diorang kata nak datang satu bas tapi dah bas rosak so datang la dengan satu van and 3 kereta. Kepada kawan-kawan yang datang tu terima kasih banyak-banyak kerana sudi memeriahkan lagi majlis perkahwinan adik saya ye.

Kalau ikut anggaran Abah based on kad jemputan yang diedarkan, ada la dalam 700-800 orang jemputan tapi yang datang sampai seribu lebih. Alhamdulillah sebab ramai yang datang tapi Abah risau makanan tak cukup. Nasi and lauk daging ok lagi. Lauk ayam habis. Sayur pulak sampai 3 kali masak. Syukurlah ada jiran-jiran yang memang dah biasa and ada contigency planning ni. In fact masa kawan-kawan KKLW datang tu dah sayur yang ketiga dah pun. I ni lagi la. Orang semua dah balik baru la dapat makan. Lauk pengantin yang dok pulun buat pagi tu secubit pun tak dan nak merasa.

Abah and Mak memang sibuk betul. Halfway tu kaki Abah dah start sakit so kena la duduk. Tapi kejap aje duduk pastu bergerak balik ke sana ke mari. Kesian Abah. Kenduri punya pasal terlupa kat sakit dia tu. Tapi yang bagusnya kat area rumah I tu, tuan rumah cuma entertain tetamu aje. Bab makan minum semua memang jiran-jiran yang handle. Memasak, membasuh pinggan mangkuk, top up makanan and semua lah. Alhamdulillah berkat kerjasama baik yang telah terjalin sekian lama, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada pahat yang berbunyi.

Abah terharu sangat sebab semua jiran-jiran all out habis-habisan lah. Cik Ju dengan pinggan mangkuk from Londonnya, pastu pak cik apa ntah siap bukak khemah kat rumah dia and banyak lagi la. Dah tu Abah bukannya selalu buat kenduri. Orang keliling tu almost every month ada. In fact kalau cuti sekolah every week memang keje Abah ialah buat keje kenduri aje. So sekarang turn Abah la pulak kan. Sayang rasanya nak pindah and tinggalkan jiran-jiran yang best ni. Kalau kat tempat baru tu esok ada 2-3 kerat rumah aje sebelah tu. Agak jauh jugak la comparing to sekarang sebab area sekarang ni memang rapat-rapat rumahnya.

Kenduri pun dah selesai. So kasi pack makanan untuk semua petugas Mak sedang memberi amanat untuk pembahagian bunga telur and souvenir pada petugas Time untuk membasuh dan mengemas Pengantin, parents pengantin and kakak pengantin

Masa amik gambar ni dah lewat petang sangat. Dah pukul 6 kot. Yang tiada dalam gambar family ialah Hayat sebab dia masuk keje pukul 4 and Zakiah dan anak-anak dia Nabila and Dik Manan sebab Dik Manan tak berapa sihat so a bit cranky sikit. Tak sempat nak amik gambar dengan sedara-mara. Orang datang tak putus-putus. In fact masa dah bukak khemah pun ada lagi orang datang. Sykurlah ada khemah tambahan kat tepi rumah I tu. So situ la port tetamu-tetamu yang lewat sampai. Termasuklah I yang lewat makan tu. Hehehe....

Masa untuk mengira duit. $$$$$

Girlfriend Bang Long, Kak JC datang dengan adik dia Judy. Judy baru balik from Japan sebab earthquake hari tu. Dia tak la fasih sangat speaking BM but nevertheless sangat berusaha untuk berbual-bual dengan kitorang. Memang best la. Tengok la kat photo atas tu. Dia pun sama excited nak kira duit. Kasut dia sangat happening ok. Lupa I nak amik gambar kasut tu. I siap try sekali and memang hip-hop habislah. Judy kata dia memang minat hip-hop sekarang ni. Judy said she definitely akan datang lagi sebab tak sempat nak jalan-jalan kat Kuantan. Kak JC kena kerja on Sunday so on the same night diorang kena balik. Bang Long pun balik sekali dengan diorang.

Wah Meera duduk depan sekali nak tengok hadiah Pak Teh ye
Masa untuk makan malam dan recap cerita hari itu

Walaupun keletihan bagai nak rak tapi puas hati sebab semuanya berjalan dengan lancar. Malam tu I, Abah and Adah pegi tidur kat homestay sebab homestay tu kitorang bayar until Sunday tapi tetamu from Sik balik right after kenduri. So alang-alang dah bayar baik pegi tido kat sana kan. Ajak yang lain-lain semua tak mau sebab dah keletihan sangat dah.

What a day......

2 comments:

mamamya said...

seronoknya baca cerita kenduri yg masih lagi base on gotong royong..kalau kt kl area ni kirim salam la nak buat majlis sendiri xde catering, silap2 parents pengantin masuk icu kepenatan kut =P

bestkan? majlis2 besar mcm ni memang akan ingat sampai bila2 tau, kenangan bersama dengan family =)

Eny Yusof said...

Lin,

Tu lah. Walaupun kepenatan bagai nak rak tapi best sangat buat keje kawin ramai2 ni. Keluarga, sedara-mara and jiran-tetangga semua menolong sama.

This is one thing that would be sorely missed bila pindah rumah baru nanti.