Alahai selalunya seronok bila dah hari Jumaat ni. Tapi hari ni rasa tak berapa nak seronok sebab banyak keja tak siap lagi la. Pastu ada banyak benda nak kena buat. Tak tau la sempat ke tidak. Risau...risau...
Sekarang tengah busy nak prepare laporan tahunan pasal aset. Pastu jawapan audit pun tak siap-siap lagi. Actually tengah tunggu maklumbalas from another department. In the mean time terpaksa la delay hantar maklumbalas kepada kewangan. Malu la pulak bila hantar lambat-lambat ni. Susah-susah I jawab in general ajelah kan. Penat la nak tunggu-tunggu ni. Orang kewangan pun mesti penat nak tunggu-tunggu I kan.
On Monday I kena bagi taklimat la pulak dekat staff KEMAS. Ada lebih kurang 40 participants. Aduhai I ni ngeri betul nak bagi taklimat ni. Malu dan gabra nak cakap depan public. Kepada yang envy me for my confidence tu, korang tertipu ok. I ni penakut, pencuak, penggabra, semua ada ok. Bukan takat ada butterfly in stomach lagi dah. Silap-silap ada eagle terus. Hahaha......
Nak kena prepare slide for the taklimat. Syukurlah semalam ada mintak slide dari MoF and diorang no hal nak share slide ni. The wonder of having good rapport with them. Mujurlah mulut ramah I ni kadang-kadang berfungsi dengan baik. Maklumlah most of the time I malu sebenarnya in which selalu disalah anggap sebagai sombong. Tapi bila dah selalu meeting dengan diorang ni and kebetulan ada sorang geng batch kat sana, terus dah jadi kamceng la jugak.
Anyway, walaupun dah dapat slide, still la nak kena adjust sikit kan. Pastu nak kena la study sikit-sikit. Kang orang tanya tak tau pulak nak jawab. Sape yang malu? Saya jugak.... Taklimat tu akan diadakan kat Permaisuri Resort, PD. So on Sunday dah kena gerak ke sana. Dah la kena drive sorang. Adoi memang tambah mengerikan betullah. Maklumlah tak biasa. Kalau tempat biasa memang la no hal. Macam Kuantan tu kan. Selamba je drive sorang walaupun jalan dia boleh tahan la jugak masa kat Karak and Bentong tu.
Since nak kena drive sendiri, mesti la kena pakai kereta sendiri kan. Itu satu hal lagi tu. Nak tau, kereta I tu dah terlebih due nak servis. In fact dah more than thousand pun terlebih. Tak bagus tu. Tapi worksyop yang I selalu hantar tu tak jawab call I pun. Sepatutnya nak hantar before CNY hari tu tapi diorang tutup awal. So lepas dari tu I call dah tak jawab-jawab. Takkan la tak bukak-bukak lagi kan.
I tak mau hantar tempat lain sebab worksyop tu memang Renault specialist. Almaklumlah Cik Savvy tu kan guna engine Renault. Dulu servis kat Proton, mahal kemain tapi tak de la performance meletup-letup ke apa. Siap letak F1R additive lagi. Tapi same je. Jerking teruk jugak. This worksyop ok la. Dia memang guna tailor-made lubricants untuk Renault; Elf. Paling penting, dia akan bagitau apa yang tak kena, apa dia letak semua. So far I memang puas hati lah. By whatever mean, I kena hantar jugak Cik Savvy tu untuk servis. Kalau dah terpaksa, kena jugaklah hantar worksyop lain. Any suggestion worksyop yang best?
Selain nak servis, dah lama bebenor Cik Savvy tu tak mandi. Kambing pun kalah macam ni. Asyik mandi hujan aje. Bukan bersih mandi hujan ni. Nak la shampoo sikit, gosok-gosok sikit kasi buang daki, lap-lap kasi kilat sikit and buang-buang habuk. Sian dia tau, kalau bab rumah kemain I rajin. Tapi tang kereta malas sikit. Tak pasal-pasal jadi anak tiri. Yelah...yelah.... I hantar you pegi SPA ye Cik Savvy. Total body servis gitu. Jangan ingat I tak sayang you tau. I sayang tapi biasalah...... banyak sangat nak kena kongsi kasih-sayang ni so you kenalah beralah. Hehehe.....
Ok la. Nak buat keja. Kata busy tadi kan......
No comments:
Post a Comment