Sunday, March 20, 2011

Shocking news at Kidney Day Run

Semalam tak ke mana-mana pun. Cuci toilet, buat laundry, buat desert and tengok cerita Korea. Sangat tak produktif kan. Siti and my cousin Nina ada kat rumah. Eman pun ada jugak lepak tengok cerita Korea. Cousin Tyka singgah kejap alang-alang dia singgah Putrajaya. Malam pulak Cik Leen datang for sleepover. Nothing much happening pun.

Alamak lighting not good la. Not bad considering it's a first trying. I guess I overbaked the oreo crust kot.

Hari ni bermula seawal 5.30am. Ada running event at Dataran Merdeka; Kidney Day Run. Distance adalah 5km. This time tak ramai KKLW Runner yang dapat join. Kami berempat aje from Putrajaya; Edwin, Taufik, Leen and me. Jumpa Abang Ghani and Shafarid kat sana. Oh jumpa Fatahah jugak. Semangat ok makcik tu. Dia jadi Pengarah Projek membawa semua peserta DPA yang tengah berkursus untuk join the run. Bukan takat peserta, habis Pengarah, PP dan PPK kena haruk sama. Syabbas betti! Kecoh je budak-budak DPA tu tau. Siap dengan banner bagai. Oh lupa pulak. Jumpa Yanie jugak and we run/walk together until finishing line.

Nice number kan. Fitness level is not as good as last year la. Running and walking all the way.

Tengok la bebudak DPA tu. Over je tau. Hahaha..... Jangan marah no Pengarah Projek

Lepas habis lari, ada macam-macam aktiviti and yang paling utama ialah health screening. Mula-mula macam malas nak buat tapi bila dah tak ramai terus join the queue. First check weight and height dulu. Alamak weight dah naik la. I'm now at 50kg. The height pulak kind of menurun. Erk... Am I getting shorter? I rasa dulu-dulu my height ialah 1.53-1.54m. Tadi cuma 1.51m aje. Makin tua makin pendekkah?

BMI ok at 22. But I would prefer it to be 20 aje. Hehe... Waist line ok. Blood pressure pun ok. Terkejut and seronok sangat. Last time check borderline. In fact since years ago memang kat borderline. Tadi the reading ialah 110/69. Alhamdulillah. Tapi the pulse still laju; 117 kalau tak silap. Yang lain-lain I tengok around 70-80 aje. Shafarid gelakkan my pulse yang laju; ada penyakit nervous ke? Tau la jantung dia tenang aje at 80. Hahaha.....

I skipped the urine test. Tak kuasa la nak bagi sample kat tengah-tengah public tu. Next ialah ketone, cholesterol and glucose level. Masa nak buat ketone and cholesterol analysis tu, punyalah banyak darah yang dia amik. Cucuk and picit-picit jari. Sampai meleleh-leleh la darah tu. In fact masa beratur tu kind of ngeri je tengok semua meleleh-leleh darah kat jari. Tak sakit pun cuma ngeri je tengok banyak sangat darah. My left third finger tu kena cucuk 2 kali; first for ketone and cholesterol analysis and second for glucose analysis. Kesian dia tau.

Ketone and glucose level adalah sangat ok; 4.6mmol/L aje for glucose level. Ketone level I lupa pulak. But the bad and very shocking news adalah my cholesterol level. Desirable level adalah lower than 5.17mmol/L. Borderline high risk would be around 5.17-6.19mmol/L. High risk kalau more than 6.20mmol/L. My reading ialah 246mg/dL atau 6.36mmol/L. Gila lah. Tinggi tu. Takut pulak I.

So doktor telah memberikan few recommendations on how to reduce it; kurangkan fast food, seafood, lamb, santan, fried foods and makan kuih-kuih yang berunsurkan kukus like apam semua tu. Kena makan skinless chicken and fish and oats. Yup lots and lots of oats. And she wrote a letter for further check-up 3 months from now. Baiklah say no to breakfast with kuih goreng-goreng. Mulai esok I akan makan apam aje for breakfast. And akan beli oats and try to eat it. Selalu dah beli tapi last-last buang aje. Bukan tak suka cuma malas betul nak makan. For lunch I'll opt for soup-soup aje instead of masak lemak and whatnot. Takut ok tengok the level. Sila doakan supaya I akan berjaya menurunkan level itu dalam masa 3 bulan ini.

Tapi balik tadi sempat la tapau nasi lemak Tanglin. Ok-ok last la tu. Lepas ni tak makan dah nasi lemak roti canai semua tu. Tapi kan, kenapa semua suka makan nasi lemak Tanglin tu? Orang kata popular sangat. I makan and rasa dia biasa-biasa aje. Nothing spectacular pun. In fact I pernah makan nasi lemak yang jauh lebih sedap dari tu. Gerai kecil depan masjid kat Gombak. Sampai sekarang I teringat-ingat kesedapan nasi lemak tu. Mantopppp!

Petang I ke rumah Nek Chik kat Kg. Melayu Subang. Pergi ambil benda alah ni. Specially made by her for majlis at Kuantan this weekend. Terbaik dari ladang ok kalau Nek Chik yang buat. Last time masa Hayat kawin pun ordered from her. Punyalah jauh tempah. Tak pe yang penting hasil adalah mantopppp. Sehingga menjilat pinggan gitu.

Amboi sampai 4 bekas. Tapi confirm tak cukup ni.

The best acar buah ever. Tak lengkap kenduri kawin kalau tak de acar ni.

Dari kecik, kalau pegi makan kenduri mesti ada acar buah. In fact I rasa the one and only time boleh makan acar buah ialah masa kenduri kawin. So kalau pegi makan kenduri and tak de acar buah memang rasa tak lengkap. Although sekarang dah boleh dapat kat mana-mana aje but nothing can beat yang Nek Chik buat punya. Meratah aje pun sodap. Kalau makan dengan nasi kosong panas-panas perghhhh.... Boleh makan berpinggan-pinggan. Eh kalau makan acar aje tak de cholesterol kan. Ke jeruk-jeruk ni banyak cholesterol jugak? Susah-susah sangat, I makan dengan acar ajelah. Lauk-lauk lain tu kita lupakan kejap.

I guess my left knee dah terinjured la. Sakit sangat. Nak-nak bila turun tangga. Harap-harap akan cepat baik la. Al maklumlah nanti busy nak buat kerja. Tak best la kalau sakit-sakit ni kan. Dah la nak kena pantang-pantang makan. Tapi kalau balik Kuantan boleh ke nak pantang ni. Macam mustahil aje. Aduhai.....

Cholesterol oh cholesterol.... Kenapalah kau banyak sangat dalam badan ni?????

2 comments:

mamamya said...

eny, my hubby pun jenis yg badan mmg produce byk kolesterol, cara pemakanan lagi la kan, nasib baik skang ni dok oversea so selalu lunch kalau malas balik rumah dia beli tuna sandwich je..tp bila check koleterol jahat byk, yg baik pun byk..cmno tuh? hehe...

try makan oat la, sehari sekali pun cukup..mmg berkesan, kalau nk best makan la dgn milo ke, pisang, stroberi etc..sedap!

eh, acar buah tu mengingatkan pada mak la, mak i mmg hantu acar buah =)

Eny Yusof said...

Lin,

Tu lah pasal. Memang nak kena makan oat la. Risau jugak ni sebab doktor kata kalau tak reduce might need treatment. Oh tidak I tak mau bergantung pada ubat-ubat ni.