Thursday, March 17, 2011

Rindu-rinduan

I think I'm suffering from some kind of separation anxiety right now. After just 4 days of fully baby-sitting him, I now missed my Dik Manan tremendously. Rindu sangat. Rindu dengan Abang Cer yang masyam. Air liur dok meleleh-leleh and kadang-kadang tu sampai menyembur-nyembur. Tak pe air liur baby I tak geli. Ce kena air liur orang tua. Yikes!

Since dia sampai Khamis malam hari tu sampai la berpisah on Monday night kat RnR Tapah, almost 80% of the time dia ada dengan I. Dari bangun pagi sampai la tidur malam. Feeding him his milk, playing with him, tepuk-tepuk sampai tidur and macam-macam la. Ish bila sebut ni lagi terasa rindu. Dik Manan.... Cik Ngah rindu laaaaa.......

Adah as the big sister sangat boleh diharap menjaga adik. Masa dia tengok I nak buat susu untuk Dik Manan, dia siap bagi instructions lagi. Susu dua sudu, air panas sampai nombor dua pastu air masak sampai lima puluh ratus (she mean 5 oz la tu kot). Well I guess semua pun sama. Kena pandai buat susu untuk adik. In fact I dulu dah start mandikan newborn baby at the tender age of 10. Kalau takat baby yang dah setahun dua tu lagi awal I dah start dah. Cebok berak tok sah cakap la. Mana la I tak sedih bila adik-adik I kawin. Kencing berak diorang dulu I ni la yang tukang cuci tau. Dulu mana ada pampers bagai ni so I la tukang cuci napkin yang melekat-lekat dengan segala macam najis tu. Pastu kang ada keciciran najis atas lantai I jugak yang tukang lap sampai bersih. Al maklumlah, bawah-bawah I semua lelaki so diorang cukup malas nak buat semua tu. Although ada maid but my mom memang training I untuk buat semua tu. My mom bukan jenis yang terlalu bergantung pada maid sampai semua benda maid nak kena buat. Lagipun maid kitorang tu bukan jenis yang stay in. 

So sampai sekarang I suka sangat bab-bab mandikan budak ni. Tu pasal anak-anak sedara asyik nak mandi dengan I aje. Adik I Dik Man dulu sampai dah darjah berapa I mandikan. Bila dia sunat je baru I tak mandikan dah. Ayum pun sama. Dah sekolah-sekolah pun I mandikan. I ni tak berapa percaya sangat kalau budak-budak mandi sendiri ni. Mesti tak bersih. Like I always told them, mesti sabun tang perut aje. In which memang pun. Kalau shampoo mesti betul-betul atas kepala aje. Gosok gigi pun sama. Gosok yang depan-depan aje. Kalau dapat kat I, abis setiap inci I kerjakan. I mean sabun and shampoo la. 

Paling best bila mandikan budak-budak ni ialah main bubbles. Alah buat bulatan guna jari and tiup sampai keluar bubbles tu la. Asyik buat benda tu sampai dah jadi satu kerja pulak. Asal kasi mandi mesti budak-budak tu request; "Cik Ngah, buat belon Cik Ngah". Layankan ajelah. Oh tapi dalam pada I layan-layan tu, mulut ni bising jugak. Maklumlah budak-budak kalau mandi ada yang melompat-lompat sampai basah baju I and ada pulak yang dok menangis-nangis tak mau sabun la, tak mau shampoo la atau tak mau gosok gigi. So memang mintak kena bebel la tu kan. Hahaha.......

Adoi rindunya kat diorang tu. Paling rindu of course la kat Dik Manan. Tak sabar nak balik Kuantan semula. Next week I'll be on leave again to prepare for the kenduri on our side. Lama la sikit boleh main dengan Dik Manan. Hoh tak sabarnya......

No comments: