Thursday, March 31, 2011

Still in pain

I thought I am getting better but I'm not. The cramp is worsening today. I can't stand straight and when the cramp attack, pergh berkerut-kerut muka ni menahan sakit. However I'm not on medical leave sebab tak larat nak pegi clinic. Nak jalan pun terbongkok-bongkok inikan pulak nak drive and pegi clinic kan. Memang la tak mampu. Actually balik aje from hospital yesterday I dah start rasa sakit balik. For precaution, I invited Sal for sleepover. Yelah I kan duduk sorang. If anything happen nanti susah pulak. Alhamdulillah walaupun agak sakit la jugak sepanjang malam but bearable la. My pain tolerance level is definitely on the higher side. Thanks Sal for being there with me.

For breakfast I makan biscuits aje. Sebelum makan kena makan ubat dulu. Lepas makan pun kena makan ubat jugak. As for lunch, Syikin and CC Maryam datang bawak meehon sup. Terharu betul. Lepas makan and berbual-bual sikit, they left. Thanks for coming and thanks for the lunch ya. I keep on dozing on and off in between menahan sakit tu. And in between tu menjawab smses and calls from all concerned families and friends. Thank you. Thank you. And thank you again.

Dalam dok bersms tu, Jannah terbagitau yang Mak Abah on the way nak datang melawat I. Alahai kesian betul kat my parents. Penat buat keje kenduri hari tu tak hilang lagi dah kena travel datang ke Putrajaya ni. So  mesti Mak kena amik cuti lagi kan. Nampaknya GCR Mak memang takkan cukuplah. Pastu Abah pulak kena drive dengan kaki yang tak berapa nak baik lagi tu. I ni menyusahkan jugak lah kan. Hehehe..... Tu lah lenkali tak boleh nak merajuk-rajuk kata my parents tak sayang or tak care for me. They do love me and care so much for me cuma tak tunjuk aje. 

Oh pasal merajuk tu bukan apa. Bila dah penat, emosi pun mula la haywire kan. Hari tu masa kenduri I macam merajuk la. Tapi I merajuk bukan cakap apa-apa. Just mendiamkan diri aje. I guess Mak perasan kot sebab muka pun masam aje. Dah tua-tua pun nak mengada-ngada merajukkan. Hahaha.... Actually bendanya kecik aje tapi biasalah kan. I merajuk sebab Mak concern sangat kat yang lain tapi kat I macam tak concern pun. Eman punya tangan allergic so Mak belikan dia glove untuk basuh pinggan. Jannah pulak sakit kaki so Mak keep reminding us yang Jannah tak boleh angkat benda berat-berat. Tapi I yang sakit belakang sesangat tu tak de sape pun peduli. Dah la banyak benda I nak kena buat. Or rather I rasa I kena buat. I ni kalau mengemas memang very detail so semua benda pun I nak kemas sampai bila nampak I dah lain macam tu Mak siap kata tak payah la kemas beria-ia sangat nanti sakit. Masa tu rasa macam nak menangis tapi control aje. Kata tengah merajuk kan. Bila ingat-ingat balik macam poyo je kan. Mengada nak merajuk-rajuk. Hahaha......     

So no doubt my parents love are equals for all their 14 children. Pasni tak boleh nak merajuk-rajuk kata tak de orang peduli. Lagipun asyik nak parents aje concern kat kita. Abis diorang tu kat sape nak mengadu kan. Hai I ni memang anak yang agak keji la jugak. Hehehe....... Tu Mak tengah masak for dinner. Mesti sedap tu walaupun cuma lauk simple aje. 

Perut masih sakit but I guess esok kena kerja jugak. This month I dah cuti banyak sangat. Keje tu melambak nak kena buat. Sebelum orang berkata baik lah kita sedar diri kan. Hopefully esok akan boleh bertahan la. Tapi kalau cuti pun best jugak kan sebab my parents ada. Dik Man and Meera pun ikut jugak. Ada jugak teman I nak menyembang dan mengadu. Ok nak makan dah. Tolong doakan supaya sakit I ni cepat baik ye kawan-kawan.  

Wednesday, March 30, 2011

Painful Wednesday


Orang lain buat wordless Wednesday. I pulak buat painful Wednesday. What a rough day today. Actually masa pagi tadi ok je. Ada la rasa macam tak sedap perut but nothing unusual. Memang selalu je ada rasa tak sedap perut. Then for lunch I pegi makan asam pedas and ayam goreng kat Kajang with Klynn and Yanti. Elok aje nak balik perut I tetibe sakit sampai cramp. Again nothing unusual kalau stomach cramp ni. Tapi kali ni I rasa lain macam sebab tetibe sangat jadinya. On the way back to Putrajaya sakitnya makin menjadi-jadi. Sampai berpeluh-peluh and berkerut-kerut la muka ni menahan sakit.

Melihat keseriusan akan kesakitan itu, Klynn suggest pegi klinik. Lunch hour Klinik Kesihatan Putrajaya tutup so pegi la ke private clinic kat Precint 9. First clinic doctor tak de; keluar lunch so ke second clinic. Doctor checked and melihat I sakit sangat she gave me a jab to reduce the pain. Tak pasal-pasal bum-bum I kena inject tau. Tak pe sakit sikit aje. She gave me two choice; jumpa gynae petang tu at the same clinic or pegi Hospital Putrajaya. Mula-mula I ingat nak fatang jumpa gynae petang tapi masa bayar tu I kena RM80 for a jab and gastric medication. Gastric? Cannot be lah. So terus I cancel nak pegi jumpa gynae petang nanti and mintak referral letter to Hospital Putrajaya. Since Klynn got to chair a meeting at 2.30pm, she passed the responsibility to take me back to office to Anisah. Yanti memang peneman yang setia.

So lepas tu balik ke office semula although ada dapat MC. Something scary happened. Lepas kena jab, mata I terus blurry. Semua benda kabur. Ngeri ok. Balik office pun still blurry. And since masih sakit, we decided to just go to Hospital Putrajaya. Yanti tak reti nak drive my Savvy, so we asked for Luqman's help. He drove us to the hospital and waited. Register and tunggulah berjam-jam. First masuk triage room dulu. My blood pressure was 137/89 ok. Tinggi tu. Nurse cakap sebab tahan sakit kot. Then tunggu lagi berjam-jam. Right when Yanti went to ask, terus kedengaran nama I dipanggil. Masuk bilik rawatan. Doktor adalah sangat mesra.

So I told her my history of pain. I have very bad period pain every month but not this time. I thought maybe it's due to my hard work during the kenduri la kot kan. Years ago, I selalu sakit perut yang tahap tak tau nak cakap. Sinply said; rasa macam nak mati. Not that I tau rasa nak mati tu macam mana la kan. Anyway, after years of going without any proper diagnostic, I was then referred to a gynae at HUKM. Itu pun sebab kena attack sakit perut melampau kat office. So bos mestilah concern kan. Mula-mula ke private clinic tapi sebab tak baik tu pasal referred to HUKM. First check up kena scan perut macam preggerino tu. Hasilnya didapati I ada cyst so kena scheduled for another checkup few months later.

Second checkup the cyst is gone. Gynae ada explain to me on my condition tapi what she said then masuk telinga kanan and keluar telinga kiri. Tak paham langsung. She prescribed me with tonne of painkiller sampaikan I ate painkiller macam makan TicTac ok. Sangat dependent pada painkiller. That was in 2002. 2003 after the second attack of sakit perut macam nak mati tu, I agreed to go to hospital. I had acute appendicitis rupa-rupanya. Dah nak pecah so they removed it. Since then dah tak de dah sakit perut macam nak mati but occasionally memang akan cramp.

Makin lama the cramp adalah makin kerap. Selalunya terjadi selepas makan. Cramp tak ingat punyalah. Kembung berangin sampai senak and tegang aje the tummy. Hence the kebuncitan. Hahaha.... Another problem ialah my bowel movement adalah jarang-jarang. Sometimes I can go for weeks without any bowel movement. I don't have any constipation. I just don't have the urge to go. Sometimes pulak kena diarrhea. Eh bukan sometimes. It's either no bowel movement at all or diarrhea. But sometimes I had a normal one. Sangat tak teratur ok. As for the cramp due to angin and perut yang mengembung dan mengeras tu, memang selalu je jadi.

So tadi they took my blood and urine for further investigation. And then masukkan drip with a meds in it. Tapi selepas 2 jam of having that drip attached to my arm, jumlah yang masuk adalah beberapa titis aje ok. Seems like ada blockage kat my right arm tu. I bet it was due to my bad drip during a hospital stay years ago. Masa operation tu kot kalau tak silap. Bosan ok duduk sorang-sorang kat wad kecemasan tu. Dah la sakit; tangan dan perut. Battery phone pulak dah tahap nazak. Pastu ada la beberapa incident lagi. Kelakar betul.

I'm not sure what is the result of my blood and urine. Tapi doctor told me I ada gastric; hence the diarrhea, angin dan sebagainya tu. And I might be having addition colic. Tak sure how to spell it tapi bunyinya gitu la. Addition colic ni adalah effect akibat dari operation. Sometimes when they operated on our tummy, the usus-usus setelah diusik-usik, digode-gode, akan menjadi melekat-lekat. Hence perut akan selalu kembung dan berangin. Dan akan ada bowel movement problem. Selalu jadi kekembungan, keberanginan dan cramp bagai lepas makan. E eh memang menepati my kesakitan lah.

And doctor jugak suspect I might be suffering from IBS; irritable bowel syndrome. The addition colic, kalau nak baik maybe kena operate balik la perut I ni untuk memisahkan lekatan-lekatan itu. Tapi since I dah ada history of addition colic then kalau operate maybe akan kena balik. As for the IBS, nak diagnos kena buat thorough checkup and kena masuk camera kat either mulut or rectum untuk melihat dalaman perut da usus. Pergh that sound scary and painful. Takutnyaaaaa..... Bila dah ada IBS, makan la apa pun memang takkan ada bowel movement jugak. Kena makan ubat baru ok. Adoi malas la nak hidup bergantung dengan ubat ni.

So I dah balik and tak de pulak doctor kasi any letter untuk further checkup. Only kalau makin sakit atau tak baik-baik, I kena pegi sana semula untuk rawatan selanjutnya. Abis yang explain bagai tadi tu buat apa kan. Alang-alang tu kasi je la referral letter to specialist so boleh terus check and clear all the doubt. KAn I dah risau tak tentu hala. MAna nak fikir perut lagi, cholesterol lagi. Adoiiiiii.....

Ni tengah sakit and cramp ya amat ni. Tapi tahan ajelah. Macam la tak biasa kan. Esok nak pegi clinic ke tidak eh. Hai risau pulak bila tak tau in detail ni. Sila doakan agar saya sentiasa sihat walafiat ye kawan-kawan. Mudah-mudahan tak de la sebarang penyakit critical. Takut la. Makin jaga kesihatan ni makin banyak pulak penyakitnya. Dulu masa ain hentam keromo aje elok pulak sihat. Hai macam-macam.

Anyway, I would like to convey my heartiest gratitude towards semua yang telah bersusah-payah membantu ketika I sakit tadi. Thanks Klynn sebab hantar I ke clinic. Thanks Anisah sebab bawak I balik dari clinic. Thanks Yanti sebab teman I kat clinic and hospital. Thanks Lokman sebab hantar I ke hospital and balik rumah. Thanks En. Hadi kerana tolong mengjumperkan kereta saya yang tetibe tak mau hidup la pulak and tunggu sampai saya keluar and hantar Lokman balik. Mucho gusto gracias semua. Saya sangat terharu di atas budi dan jasa baik kalian semua. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Akhir kata, tolong doakan agar kesihatan saya baik-baik aje ye. Thanks!

The time we've been waiting for

Ok sambung on ketibaan pengantin and what follows. I sempat bersiap right before ketibaan pengantin. Masa Hayat dulu ada kompang tapi masa Apis tak de la nak berkompang. Hayat dulu pun sebab dia arrange sendiri. Since masa kat Sik hari tu ada mercun so kita balas dengan mercun balik la. Berapa das entah. Rombongan perempuan tak ramai pun . Dalam 3 buah kereta aje. Kita ramai lagi kitorang masa ke sana dengan 11 buah kereta.

Tak banyak photos taken sebab banyak benda nak buat. Official photos semua ada dengan Bang Long. So ini antara photos yang sempat diambil menggunakan handphone.


The newlywed; Apis and Ina

Meja pengantin. Wah Dik Man rajin nampak. Bagus la macam ni
Adah si tukang kasi gula-gula. Meera entah ke mana. Tak sempat nak snap pic sekali Nabila and me. Dok melekat ngan I ke mana-mana. Dah orang ingat anak I. Alahai jatuh saham Cik Ngah tau Nabila.... Kat belakang tu la goodies bag yang I buat sampai sakit-sakit belakang tu. Amboi kiri kanan air. Penat la tu kena ke hulu ke hilir kasi gula-gula

Kat khemah besar depan rumah tu adalah untuk tetamu jemputan and ada meja lain khas untuk saudara-mara yang datang dari jauh. Senang sikit nak beramah mesra bila ada port khas kan. I tak sempat la nak beramah mesra sangat sebab sibuk la jugak ke hulu ke hilir. Konon-konon la kan. Hahaha...... Eh tapi memang la sibuk jugak. Nak-nak bila ada kawan-kawan from KKLW yang datang. Mula-mula diorang kata nak datang satu bas tapi dah bas rosak so datang la dengan satu van and 3 kereta. Kepada kawan-kawan yang datang tu terima kasih banyak-banyak kerana sudi memeriahkan lagi majlis perkahwinan adik saya ye.

Kalau ikut anggaran Abah based on kad jemputan yang diedarkan, ada la dalam 700-800 orang jemputan tapi yang datang sampai seribu lebih. Alhamdulillah sebab ramai yang datang tapi Abah risau makanan tak cukup. Nasi and lauk daging ok lagi. Lauk ayam habis. Sayur pulak sampai 3 kali masak. Syukurlah ada jiran-jiran yang memang dah biasa and ada contigency planning ni. In fact masa kawan-kawan KKLW datang tu dah sayur yang ketiga dah pun. I ni lagi la. Orang semua dah balik baru la dapat makan. Lauk pengantin yang dok pulun buat pagi tu secubit pun tak dan nak merasa.

Abah and Mak memang sibuk betul. Halfway tu kaki Abah dah start sakit so kena la duduk. Tapi kejap aje duduk pastu bergerak balik ke sana ke mari. Kesian Abah. Kenduri punya pasal terlupa kat sakit dia tu. Tapi yang bagusnya kat area rumah I tu, tuan rumah cuma entertain tetamu aje. Bab makan minum semua memang jiran-jiran yang handle. Memasak, membasuh pinggan mangkuk, top up makanan and semua lah. Alhamdulillah berkat kerjasama baik yang telah terjalin sekian lama, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada pahat yang berbunyi.

Abah terharu sangat sebab semua jiran-jiran all out habis-habisan lah. Cik Ju dengan pinggan mangkuk from Londonnya, pastu pak cik apa ntah siap bukak khemah kat rumah dia and banyak lagi la. Dah tu Abah bukannya selalu buat kenduri. Orang keliling tu almost every month ada. In fact kalau cuti sekolah every week memang keje Abah ialah buat keje kenduri aje. So sekarang turn Abah la pulak kan. Sayang rasanya nak pindah and tinggalkan jiran-jiran yang best ni. Kalau kat tempat baru tu esok ada 2-3 kerat rumah aje sebelah tu. Agak jauh jugak la comparing to sekarang sebab area sekarang ni memang rapat-rapat rumahnya.

Kenduri pun dah selesai. So kasi pack makanan untuk semua petugas Mak sedang memberi amanat untuk pembahagian bunga telur and souvenir pada petugas Time untuk membasuh dan mengemas Pengantin, parents pengantin and kakak pengantin

Masa amik gambar ni dah lewat petang sangat. Dah pukul 6 kot. Yang tiada dalam gambar family ialah Hayat sebab dia masuk keje pukul 4 and Zakiah dan anak-anak dia Nabila and Dik Manan sebab Dik Manan tak berapa sihat so a bit cranky sikit. Tak sempat nak amik gambar dengan sedara-mara. Orang datang tak putus-putus. In fact masa dah bukak khemah pun ada lagi orang datang. Sykurlah ada khemah tambahan kat tepi rumah I tu. So situ la port tetamu-tetamu yang lewat sampai. Termasuklah I yang lewat makan tu. Hehehe....

Masa untuk mengira duit. $$$$$

Girlfriend Bang Long, Kak JC datang dengan adik dia Judy. Judy baru balik from Japan sebab earthquake hari tu. Dia tak la fasih sangat speaking BM but nevertheless sangat berusaha untuk berbual-bual dengan kitorang. Memang best la. Tengok la kat photo atas tu. Dia pun sama excited nak kira duit. Kasut dia sangat happening ok. Lupa I nak amik gambar kasut tu. I siap try sekali and memang hip-hop habislah. Judy kata dia memang minat hip-hop sekarang ni. Judy said she definitely akan datang lagi sebab tak sempat nak jalan-jalan kat Kuantan. Kak JC kena kerja on Sunday so on the same night diorang kena balik. Bang Long pun balik sekali dengan diorang.

Wah Meera duduk depan sekali nak tengok hadiah Pak Teh ye
Masa untuk makan malam dan recap cerita hari itu

Walaupun keletihan bagai nak rak tapi puas hati sebab semuanya berjalan dengan lancar. Malam tu I, Abah and Adah pegi tidur kat homestay sebab homestay tu kitorang bayar until Sunday tapi tetamu from Sik balik right after kenduri. So alang-alang dah bayar baik pegi tido kat sana kan. Ajak yang lain-lain semua tak mau sebab dah keletihan sangat dah.

What a day......

Monday, March 28, 2011

Ad hoc team

Ok sambung cerita on the big day pulak. Acara masak-memasak dimulakan seawal pagi lagi. Lepas mengemas lebih kurang I terus masuk dapur. I tak join pun acara masak besar-besaran tu sebab Abah kata yang perempuan kena duduk rumah and selesaikan hal-hal kat rumah aje. Entah macam mana, kena buat lauk pengantin. Last time masa Hayat kawin, yang buat lauk pengantin adalah Nenek Chik, her daughter Cik Anet and Mak Ngah. This time Mak Ngah la yang kena jadi master chef. It was something yang macam ad hoc aje. Pagi tu decide nak buat lauk pengantin, pagi tu jugak pegi beli barang and masak. I pun terjebak sama menjadi team lauk pengantin; something yang I tak pernah buat sebelum ni.

As usual kena la prep ingredients. Bang Long kena ke pasar beli bahan mentah. 2-3 kali jugak la kena berulang sebab beli ikan tak cukup saiz la, ayam tak cukup lagi sekor la, daun itu-ini la. In fact ada je orang yang kena berulang-alik ke kedai sebab ada je bahan tak cukup. Sampai lidi sate pun tak de. Thank God kat sana semua jiran-jiran adalah sangat bekerjasama. Apa barang tak de mesti ada je yang menghulur. Termasuk la lidi sate itu.

Team lauk pengantin ialah Mak (masak nasi beriani), Mak Ngah (masak lauk-pauk), cousin Nadia anak Mak Ngah, our neighbour Cik Yah and me tukang prep barang and buat deco. Atikah girlfriend my brother Thalha pun ada la jugak bantu-bantu sikit. Meriah dapur yang sempit tu. Nak-nak bila Mak Lang Ayaq datang jadi mandur. Bak kata I la; polis pencen nak memastikan semua orang buat kerja. Hahaha...... Pinggan-mangkuk untuk meja pengantin as usual adalah disponsor oleh jiran belakang rumah; Cik Ju. Imported from London lagi. Tak sia-sia suka beli pinggan-mangkuk from London. Dapat jugak jiran-jiran tumpang sekaki. Hahaha.....



Bahan-bahan membuat lauk pengantin

Tengok le ikan tu. Kecik bebenor


Masa untuk menghias buah-buahan

Udang memanjat nenas or something Ayam yang sedang digoreng


Ini je hasil yang dah siap yang sempat diambil. Yang lain-lain tu bukan takat tak sempat nak rasa, nak amik gambar pun tak sempat ye


We were so busy in the kitchen sampaikan tetamu-tetamu dah mula sampai pun Mak and I masih belum bersiap lagi. Last-last Mak Ngah paksa mak suruh mandi and bersiap. Ye la mak pengantin kena la dok kat depan sambut tetamu kan. Tak lama lepas tu I pulak bersiap and masa tu dah dekat pukul 1pm dah. Tak lama lepas I siap pengantin pun sampai around 2pm. Tetamu pulak start arriving since 12 and tak putus-putus.

-to be continued-

Wedding prep story

Ok I'm back from the busiest leave ever. Even nak raya pun tak sibuk macam tu ok. I am totally exhausted now. Drop dead exhausted. The whole body rasa sakit-sakit. My arm muscle pun terasa sakit macam baru lepas buat heavy workout kat gym aje. Seriously ok. Penatnya la buat kerja kawin ni. Mujurlah bukan selalu ada kenduri kawin kan. Hahaha...... Although dah begitu penat, mata ni tak boleh nak tidur la pulak. Last night and the night before memang tak tidur pun. Kalau ada pun terlena kejap and then terjaga semula. Haish.....

I was on leave since Wednesday. Banyak kerja kat rumah tu nak kena buat. Tugas pertama ialah melipat kain-kain yang super duper banyak. Kalau buku dah macam perpustakaan, then pakaian kat rumah tu pulak dah macam kat gedung pakaian aje tau. It took me one and a half day to melipat dan menyusun pakaian. Pakaian di sini termasuklah kain langsir dan cadar sekali. I should have snap some photos la kan. Busy sangat melipat terlupa nak snap one. Memang kalau lelong murah semua pakaian yang ada kat rumah tu, I rasa hasilnya mau ribuan ringgit jugak tu. Hahaha.....

Wednesday and half of Thursday was spent dealing kain kain-kain. Lipat, susun and simpan. And kemas rak buku (again). Eh terlupa pulak. Actually Wednesday tu tak de la the whole day spent melipat dan menyusun pakaian. Petang tu I keluar kejap dengan budak kecik bertiga tu. Pegi beli barang-barang nak buat cheese cake. Hahaha..... Gigih I kan. Dalam pada dok sibuk dengan keje kawin tu, sempat lagi nak buat cheese cake. Tak pernah lagi buat solo outing dengan budak-budak tu. Selalu ada peneman. Ok la I can handled it quite well walaupun jenuh la jugak nak mengawal Adah and Meera yang dok berlari aje kejenya tu. Banyak betuul kena pow. Tu baru bertiga. Esok Dik Manan dah besar, mesti lagi banyak kena pow ni.

Wednesday night buat cheese cake. Pun ditemani oleh budak kecik bertiga tu. Alhamdulillah the cake turn out to be ok although I tersalah letak dekat upper rack lantas menyebabkan cake sedikit gelap di atasnya. Tapi taste wise memang sedap lah. Thursday lepas settle dengan bab kain sambung dekat goodie bag lagi. First thing kena pack the candies and what not. Then kena masuk dalam paper bag with other souvenir pulak. As usual, budak kecik bertiga mesti ada menyibuk. Tapi kali ni memang menolong habis-habisan lah diorang. Dah macam buruh kanak-kanak la pulak. Hehehe.....

Start buat goodie bag ni dari Wednesday night lepas settlekan cheese cake lagi. Mula-mula Dik Man buka plastic, Meera sort and masuk candies dalam plastic and Hayat lipat and clipped. I pulak kena buat tiga-tiga sebab kena cover la mana yang cepat mana yang slow. On Thursday Mak beli sebeban candies lagi so sambung lagi. Kali ni Dik Man buka plastic, Adah, Meera and me sort and pack the candies, Akak and me lipat and clipped the bag and Nabila masukkan bag yang dah siap dalam bigger plastic bag. Hundreds of candies pack were made within few hours. Sakit belakang I ni tau.

Dik Man tukang prep the pastic sebelum masukkan candies, jellies and what not

Meera and Adah yang gigih memasukkan candies and jellies. Sikit pun diorang tak amik the candies and jellies tu. Syabbas betti....

Nabila pun rajin menolong

Friday morning I packed all the candies and souvenir dalam paper bag. Buat sorang-sorang aje tau. Occasionally ada la yang tolong satu dua pastu cabut buat keje lain. Oh yang lelaki almost semua pegi menolong dekat tempat memasak. Kat area rumah I tu, kalau kenduri memang masak sendiri. So kena pasang khemah masak, khemah and meja makan, prep bahan mentah, keluarkan pinggan-mangkuk periuk belanga dan 1001 satu kerja lagi. Yang stay kat rumah pulak kena arrange perabot kat hall depan tu sebab nak make way for mini pelamin. Ala-ala pelamin tapi simple aje and memang khas untuk bergambar semata-mata. So I kena la fokus untuk menyiapkan ratusan goodies bag itu.

Friday evening tugas membuat bunga telur bermula. I tak tau la kat tempat lain macam mana but I basuh telur-telur tu sebelum direbus. So bunga telur tu boleh dimakan tanpa was-was ye. Halallan toyyiba. Hehehe.... Mula-mula rendam semua telur dalam besen besar, gosok dengan kain kasi buang najis-najis semua and then jiruskan dengan air bersih sebelum dipack dalam plastic dan direbus. Ada banyak jugak yang pecah tapi peratusan keseluruhan kira rendah lah kan. Masa merebus telur tu Pak Lang and Mak Lang Ayaq datang. Cerita balik pasal kenduri kat Sik hari tu. Tak habis-habis. Walaupun masa tu tension habis tapi bila dah lepas memang jadi bahan lawak jenaka aje lah. Hahaha....

Sesi mencuci telur. Ini je dalam phone camera. Yang lain-lain dalam camera Bang Long

Rumah Epoi jadi port memasak and rumah Cik Mat & Cik Da jadi port buat air

Khemah makan. Baju merah tu my brother Eman and baju navy blue my cousin Angah

Malam baru dapat pack bunga telur and masuk dalam goodie bag. Mak Ngah and family pun tolong sama. Malam tu jugak family pengantin perempuan from Sik and sedara-mara we all from KL start sampai. Meriah ok. As usual malam sebelum kenduri mesti ada sesi makan sup gear box kan. I tak makan pun gear box-gear box ni. Tinggi kolesterol tu so makan nasi and sup aje. Meriah sangat malam tu. Lepas makan terus selesaikan goodie bag sampai siap sebelum tidur. My cousin Angah (anak Mak Ngah) and his girlfriend, Aida tukang buat bilik pengantin, mini pelamin and meja makan pengantin. Mula-mula diorang buat mini pelamin and bilik dulu. Pastu malam lepas makan baru buat meja makan pengantin. Due to sedikit kesilapan teknikal (of tuan punya canopy yang telah membawa kunci stor yang berisi kain-kain scallop and skirting ke Beijing) maka terpaksa la diorang membeli kain-kain scallop skirting semua tu dekat Kamdar. Gigih ok. By the time diorang siap buat meja makan pengantin semua dah tengah malam dah kot. Entah-entah pukul 1-2 pagi. I dah lena diulit intan. Hehehe.....


-to be continued-


Tuesday, March 22, 2011

Jalan ke lari ni

Ok ni cerita basi yang berlaku few weeks back tapi tetibe teringat balik. Ni gara-gara kena sembur semalam la ni. Asyik tergelak sorang aje bila teringat akan semburan itu. Kelakar. So teringat akan insiden kelakar la jugak tu.

I was having lunch with Didi and Yanti. Tengah rancak berbual ternampak a friend. Dia ni selalu sorang-sorang. Actually dia dah siap makan pun tapi bila kami tegur dia terus join sekali. Ok sambung berbual sambil menghabiskan makanan and terus la gerak balik.

Tengah jalan-jalan tu tetibe Didi tegur; Eh kenapa laju sangat ni? So spontaneously I suruh semua jalan slow sikit. Tapi lepas tu Didi bunyi lagi pasal jalan laju sangat. Susah dia nak ikut. Actually I tak perasan sangat tapi memang terasa laju semacam la jugak. 

FYI, Didi, Yanti and I memang jalan laju. Tapi this time laju yang sampai mencungap la jugak nak follow. Dah la baru lepas makan. Kitorang jalan sebaris sambil berbual so mesti la ikut kelajuan orang sebelah kan. Didi asyik tertinggal kat belakang. Rupa-rupanya kawan kitorang tu memang stok jalan super laju ok. Ke dia berlari? Hahaha....

Sampai aje office puas I and Yanti tergelak sebab serious kitorang tercungap-cungap. Mana nak bawak perut yang kekenyangan lagi, nak berjalan and berbual. Pastu jalan laju gila pulak tu. Hai kawan...kawan... Laju bebenor kamu tu jalan. Apa kata join group KKLW Runners? Mau?

Monday, March 21, 2011

Murahnya rezeki Cik Eny

Baru semalam cakap pasal nak jaga makan sebab nak lower cholesterol level kan. Nampaknya agak susah jugak nak laksanakan tu. Nak-nak bila ramai kawan yang sangat baik dan penyayang ni kan. Hehehe...... For breakfast, ok la sebab I makan apam dengan nescafe tarik aje. Eh cop, nescafe tarik ada banyak cholesterol tak eh? Ye la dia kan guna susu pekat manis tu. Susu tu selain kadar gula yang tinggi (tau tu tapi bedal semacam jugak) adakah ia mempunyai lemak-lemak yang jahat itu? Hmmm....nak kena buat kajian sikit ni.

Oh sebelum pegi breakfast Puan N kasi chocolate cupcakes yang dia buat. And balik aje from breakfast tengok atas meja ada paper bag McD yang sangat besar and di dalamnya adalah 2 benda yang saaaaangat sedap courtesy of Puan K. Wah dah macam tukar-tukar juadah la pulak since I pun ada bawak oreo peanut butter pie tu for them. Hai mana nak carik kawan macam Puan K ni. Sebut aje terus dapat ok. Last Friday dia ada kasi sepotong cheesecake together with chocolate cake from Puan F. Since she knows that I'm not into cheesecake, she gave just one small slice aje. Tapi punyalah sedap cheesecake dia sampai I dok kuis-kuis the foil. Hehehe.... So I told her to make cheesecake for me and tup-tup dapat hari ni. Hebat ok makcik sorang ni.

Hasil pemberian kawan-kawan tersayang hari ni

The best cheesecake ever (ok I might be slightly biased sebab me and cheesecake memang tidak mempunyai hubungan yang baik sebelum ini)

Chocolate cuppies from Puan N. Texture dah ok but rasa dia ada sedikit errrr..... how should I say.... pelik sikit kot. Hahaha....

From Paris with love. Ye la kan if she didn't love me that much, Puan K won't be sharing this macaron yang sungguh la sedap hingga tak dapat nak digambarkan kesedapannya. Eh Puan N, kira I love you jugaklah sebab sanggup share it with you kan. Hahaha....
Patisserie de Paris. Agak-agak sapalah yang sanggup bawak ni from Paris kan

Macaron tu kan punyalah sedap sampai memang bila makan tu owh tak boleh nak digambarkan perasaannya. Rasa wangi aje the macaron. Contrary to Malaysian made macaron yang I pernah try sebelum ni, yang ni rasa agak padat, tak berapa manis and wangi. I tak pasti actually dia rasa apa. Vanilla kot tapi memang wangilah rasa dia. As for the cheesecake, well Puan K memang telah berjaya menyebabkan I fell in love with cheesecake. Kan I kata all this while I tak suka cheesecake kan. I suka yang chocolatey aje. But hers definitely sedap lah. So for our next project, confirm akan suruh Puan K ajar buat cheesecake.

For lunch I makan meehon sup aje tau. Actually lapar sampai nak menggigil dah tapi tahan je lah and makan jugak meehon sup tu. Tak mau makan nasi sebab tu cheesecake tu nanti sape nak makan. Puan N pun dapat le tempias makan cheesecake and meehon sup jugak. Hehehe......

Tadi sebelum balik memang lawak gila. Radin datang and berborak-borak la. So masa nak balik tu he told me he just had nasi arab yesterday. Dia ni saje je tau nak buat orang terliur. So I told him that I can't eat nasi arab anymore. I nak kena diet sebab cholesterol tinggi. Nak tau what happened? He was munching something masa tu. Habis tersembur semua dalam mulut tu tau. I sempat la cover my face but habis tangan ni melekat-lekat biskut ke abende ntah dalam mulut dia tu. Tak senonoh betul kawan I sorang ni. Hahaha.... But mujurlah dia sebab I dah biasa sangat dengan tahap tak senonoh dia ni. Dia memang macam tu so I sikit pun tak heran or geli tapi memang kelakar ok kena sembur dengan biskut. Radin.... Radin.....

Dia tergelak-gelak sebab tak percaya badan kecik macam I ni boleh ada cholesterol tinggi. Hah tu la pasal. Kadang-kadang orang yang gemuk tu jauh lebih sihat dari orang yang kurus tau. Even Abah punya cholesterol level pun takat 2 aje. Abah kata nanti kenduri tak boleh makan la makanan kenduri. Hep mana boleh. Masa kenduri ni ada excuse la. Lepas tu kena la on strict diet. Ecece kononnya la tu. Kita tengok je la nanti macam mana.

Ok sekarang nak pegi makan cheesecake. Hehehe.....

Berhemah la sangat

Basically I rasa I ni panas baran. Senang sangat triggered off. Tapi I marah bukan jenis mengamuk-ngamuk. Ecece.... ye la tu. Ok ada la jugak mengamuk but itu kalau dengan family aje lah kan. Tapi kalau I mengamuk pun tak de sape heran kat rumah tu. Bising je lebih. Diorang pun dah tau dah. Hahaha.... Ok mostly I marah dengan cara membebel aje lah kot. Pot pet pot pet membebel. May be I should seek some professional help on this la. Hahaha....

Anyway, kata pemarah la sangat kan. Kadang-kadang I ni penyabar jugak orangnya. Tapi selalu je sabar I tu tak kena pada tempatnya. So mana satu I ni yang sebenarnya ni. Tak paham I. Hehehe..... Ada masa-masa yang patut marah, I boleh pulak bersabar. I mean marah dalam hati je lah kan. Patutnya masa tu la luahkan kemarahan tu so that the other party know that I mean business. Cewah. Tapi nan adonya. Selalunya akan marah dalam hati je lah. Or tetibe menjadi terlebih sabar.

Contohnya bila memandu. I tak tau la but kalau memandu, tahap kesabaran I adalah superb ok. I can proudly say I tak pernah honk, high beamed, middle fingering or even cursing while I'm driving. Walaupun ada banyak kali I hampir nak teraccident sebab pemandu-pemandu yang sangat tak berhemah tu. Macam tiba-tiba je muncul dari kiri atau kanan, brake tetibe kat tengah-tengah jalan, bawak in between the line, masuk atau keluar simpang tetibe dan banyak lagi la yang lain. Syukur pada Allah kerana melindungi I and Savvy tersayang tu dari sebarang kecelakaan baik yang diakibatkan dari kecuaian I sendiri atau kecuaian orang lain. Kalau ikutkan memang dah banyak kali dah accident tapi sentiasa dalam lindungan-Nya. Syukur...syukur...

Mungkin itulah hikmahnya bila bersabar time memandu kan. Habis kuat pun kalau nak marah time memandu, I would utter stuff like this;

Yelah dia sorang je lah ada kereta/bayar road tax
Hah tu cirit-birit la tu
Boleh kasi signal tak?
Ek eleh, bawak ntah pape ntah....
Ni yang slow sangat ni kenapa? Bercinta la tu....

Macam semalam. I was on the way home lepas hantar Siti balik kolej. I nampak ada satu motor yang jual roti semua tu kat lane kiri and dah bagi signal nak masuk lane kanan in which I ada kat lane kanan just behind him. Too near for me to slow down before dia tukar lane. Dia tak perasan I kat belakang tu sebab dikelilingi oleh mak nenek roti semua tu kan and terus aje tukar lane. Memang dah tersentuh sikit dah pun but I managed to brake. Dia memang tak perasan langsung until I brake bila dia betul-betul dah kat kat sebelah kereta tu. Syukurlah tak de kereta kat belakang if not memang I dah kena from belakang jugak. Selain dari side mirror yang tertolak ke dalam sikit, nothing else happened. Side mirror tu pun tak cedera. Just tolak ke luar balik je lah kan. Alhamdulillah. Masa kena tu, tak putus-putus sebut Alhamdulillah sebab terselamat and tak terlanggar ke apa ke. So perjalanan diteruskan tanpa honking or bukak tingkap and marah the man whatsoever. Yang penting, both selamat.

This morning pulak kat traffic light right sebelah Parcel E. Once traffict light changed to green, I pun jalanlah and tetibe ada kereta from left and terus masuk ke kanan betul-betul depan I. Hish geram betul. I rasa kalau orang lain dah lama honk lama-lama. Tapi tu lah. Dah nak masuk 4 tahun drive and not even once I honk people. I kena honked ada la. Hahaha...... Selalu orang tukar lane macam tu kat Putrajaya ni tau. 3 tempat yang I selalu kena ialah kat traffict light sebelah KPNDKK tu. Kalau terus ke tapak pasar malam and ke kanan ke arah Masjid Putra. Ada ramai yang duduk kat lane kiri tapi bila sampai kat simpang tu terus belok ke kanan padahal yang di lane kanan tu boleh ke kanan atau straight. Another point ialah kat traffict light nak ke Precint 18 from NRE tu.

I tak faham konsep orang yang nak ke kanan tapi stay kat lane kiri padahal orang yang kat lane kanan tu boleh ke kanan atau terus. Dah banyak kali I nampak depan mata or I sendiri yang kena hampir-hampir nak berlanggar sebab orang belah kiri tu tetiba je belok ke kanan. Dah la tak kasi signal. Malaysian driver huh. Sabar je lah. Sila berada atas lane yang betul boleh tak? 

And betul apa orang kata pasal Malaysian ni; personally almost everyone is nice but once on the road they've become a monster of sort. Contohnya Eman my brother. Contrary to me, he is a nice man. Emosi adalah sangat stabil. Sangat baik orangnya. Tak caya tanyalah semua yang kenal dia. Memang puji-pujian aje lah. Ok ni bukan nak promote adik sendiri but memang reality. Tapi once he's behind the steering, he is capable of mencarut ok. Terkejut I bila dengar. Asyik nak marah aje bila dia drive. Ngeri betul. Kalau adik I yang baik tu boleh jadi pemarah, inikan orang yang dah memang pemarah kan. Jadi raksaksa gorgon dah kot.  

Seems like I sorang ajelah yang pelik kot. Bila memandu reti pulak nak bersabar. Hahaha..... Kiranya I ni pemandu yang berhemah la jugak kan. Aside from memandu dengan laju di highway, I rasa I'm a good driver. Even drive laju pun tak la sampai nak trailing belakang kereta lain kan. Bila nak parking pun tak la main park aje ikut suka. I selalu fikir; kalau I tak suka orang buat macam tu kat I then I tak patut la buat kat orang lain benda yang sama. And kalau buat benda tak baik ni balasan dia cepat aje tau.

Alangkah bagusnya jika kesabaran itu dapat dipanjangkan kepada semua situasi. Memang confirm beriman sangat tau. Al maklumlah.... Sabar tu kan separuh dari iman. Kan..kan....          

Sunday, March 20, 2011

Shocking news at Kidney Day Run

Semalam tak ke mana-mana pun. Cuci toilet, buat laundry, buat desert and tengok cerita Korea. Sangat tak produktif kan. Siti and my cousin Nina ada kat rumah. Eman pun ada jugak lepak tengok cerita Korea. Cousin Tyka singgah kejap alang-alang dia singgah Putrajaya. Malam pulak Cik Leen datang for sleepover. Nothing much happening pun.

Alamak lighting not good la. Not bad considering it's a first trying. I guess I overbaked the oreo crust kot.

Hari ni bermula seawal 5.30am. Ada running event at Dataran Merdeka; Kidney Day Run. Distance adalah 5km. This time tak ramai KKLW Runner yang dapat join. Kami berempat aje from Putrajaya; Edwin, Taufik, Leen and me. Jumpa Abang Ghani and Shafarid kat sana. Oh jumpa Fatahah jugak. Semangat ok makcik tu. Dia jadi Pengarah Projek membawa semua peserta DPA yang tengah berkursus untuk join the run. Bukan takat peserta, habis Pengarah, PP dan PPK kena haruk sama. Syabbas betti! Kecoh je budak-budak DPA tu tau. Siap dengan banner bagai. Oh lupa pulak. Jumpa Yanie jugak and we run/walk together until finishing line.

Nice number kan. Fitness level is not as good as last year la. Running and walking all the way.

Tengok la bebudak DPA tu. Over je tau. Hahaha..... Jangan marah no Pengarah Projek

Lepas habis lari, ada macam-macam aktiviti and yang paling utama ialah health screening. Mula-mula macam malas nak buat tapi bila dah tak ramai terus join the queue. First check weight and height dulu. Alamak weight dah naik la. I'm now at 50kg. The height pulak kind of menurun. Erk... Am I getting shorter? I rasa dulu-dulu my height ialah 1.53-1.54m. Tadi cuma 1.51m aje. Makin tua makin pendekkah?

BMI ok at 22. But I would prefer it to be 20 aje. Hehe... Waist line ok. Blood pressure pun ok. Terkejut and seronok sangat. Last time check borderline. In fact since years ago memang kat borderline. Tadi the reading ialah 110/69. Alhamdulillah. Tapi the pulse still laju; 117 kalau tak silap. Yang lain-lain I tengok around 70-80 aje. Shafarid gelakkan my pulse yang laju; ada penyakit nervous ke? Tau la jantung dia tenang aje at 80. Hahaha.....

I skipped the urine test. Tak kuasa la nak bagi sample kat tengah-tengah public tu. Next ialah ketone, cholesterol and glucose level. Masa nak buat ketone and cholesterol analysis tu, punyalah banyak darah yang dia amik. Cucuk and picit-picit jari. Sampai meleleh-leleh la darah tu. In fact masa beratur tu kind of ngeri je tengok semua meleleh-leleh darah kat jari. Tak sakit pun cuma ngeri je tengok banyak sangat darah. My left third finger tu kena cucuk 2 kali; first for ketone and cholesterol analysis and second for glucose analysis. Kesian dia tau.

Ketone and glucose level adalah sangat ok; 4.6mmol/L aje for glucose level. Ketone level I lupa pulak. But the bad and very shocking news adalah my cholesterol level. Desirable level adalah lower than 5.17mmol/L. Borderline high risk would be around 5.17-6.19mmol/L. High risk kalau more than 6.20mmol/L. My reading ialah 246mg/dL atau 6.36mmol/L. Gila lah. Tinggi tu. Takut pulak I.

So doktor telah memberikan few recommendations on how to reduce it; kurangkan fast food, seafood, lamb, santan, fried foods and makan kuih-kuih yang berunsurkan kukus like apam semua tu. Kena makan skinless chicken and fish and oats. Yup lots and lots of oats. And she wrote a letter for further check-up 3 months from now. Baiklah say no to breakfast with kuih goreng-goreng. Mulai esok I akan makan apam aje for breakfast. And akan beli oats and try to eat it. Selalu dah beli tapi last-last buang aje. Bukan tak suka cuma malas betul nak makan. For lunch I'll opt for soup-soup aje instead of masak lemak and whatnot. Takut ok tengok the level. Sila doakan supaya I akan berjaya menurunkan level itu dalam masa 3 bulan ini.

Tapi balik tadi sempat la tapau nasi lemak Tanglin. Ok-ok last la tu. Lepas ni tak makan dah nasi lemak roti canai semua tu. Tapi kan, kenapa semua suka makan nasi lemak Tanglin tu? Orang kata popular sangat. I makan and rasa dia biasa-biasa aje. Nothing spectacular pun. In fact I pernah makan nasi lemak yang jauh lebih sedap dari tu. Gerai kecil depan masjid kat Gombak. Sampai sekarang I teringat-ingat kesedapan nasi lemak tu. Mantopppp!

Petang I ke rumah Nek Chik kat Kg. Melayu Subang. Pergi ambil benda alah ni. Specially made by her for majlis at Kuantan this weekend. Terbaik dari ladang ok kalau Nek Chik yang buat. Last time masa Hayat kawin pun ordered from her. Punyalah jauh tempah. Tak pe yang penting hasil adalah mantopppp. Sehingga menjilat pinggan gitu.

Amboi sampai 4 bekas. Tapi confirm tak cukup ni.

The best acar buah ever. Tak lengkap kenduri kawin kalau tak de acar ni.

Dari kecik, kalau pegi makan kenduri mesti ada acar buah. In fact I rasa the one and only time boleh makan acar buah ialah masa kenduri kawin. So kalau pegi makan kenduri and tak de acar buah memang rasa tak lengkap. Although sekarang dah boleh dapat kat mana-mana aje but nothing can beat yang Nek Chik buat punya. Meratah aje pun sodap. Kalau makan dengan nasi kosong panas-panas perghhhh.... Boleh makan berpinggan-pinggan. Eh kalau makan acar aje tak de cholesterol kan. Ke jeruk-jeruk ni banyak cholesterol jugak? Susah-susah sangat, I makan dengan acar ajelah. Lauk-lauk lain tu kita lupakan kejap.

I guess my left knee dah terinjured la. Sakit sangat. Nak-nak bila turun tangga. Harap-harap akan cepat baik la. Al maklumlah nanti busy nak buat kerja. Tak best la kalau sakit-sakit ni kan. Dah la nak kena pantang-pantang makan. Tapi kalau balik Kuantan boleh ke nak pantang ni. Macam mustahil aje. Aduhai.....

Cholesterol oh cholesterol.... Kenapalah kau banyak sangat dalam badan ni?????

Saturday, March 19, 2011

Oreo Peanut Butter Pie

Wake up to this. Mula-mula nampak macam terkejut. Cantik kan. Tak payah susah-susah nak bersesak ke tapak pesta.

After breakfast dengan pancake, I decided to try making oreo peanut butter pie. The ingredients dah lama ada and plan nak buat with Puan K pun dah lama. Asyik delay aje so I try la nak buat on my own. Recipe tu suruh crush whole oreo until jadi halus. Syukurlah masa pegi buat cookies kat rumah Puan D hari tu dia telah menunjukkan satu kaedah menghancurkan benda. If not, I pun tak tau macam mana nak buat. Like I said, me and cooking logic ni still have very long way to go. Masa my first time doing cookies, I tengok recipe kena chopped walnut kan. Nak tau how I do it? Potong dengan pisau. And orang yang ditugaskan memotong ialah Cik S. Hahaha.... Kalau Puan D punya kaedah, senang aje.

Masukkan dalam plastic bag and ketuk dengan rolling pin.

Inilah hasilnya. Finely crushed oreo. Senangkan. Tak payah susah-susah nak beli grinder ke apa.

The basic ingredients; oreo, peanut butter, cream cheese and whipped cream. Not in the pic ialah melted butter and icing sugar. Sambil siapkan ingredients tu sempat lagi SMS Puan K nak tanya; What is powdered sugar? Icing or castor. Hehehe.....

Mixed oreo with melted butter and baked in oven for 5-7 min or until set. To be honest, I tak tau pun what is "until set" tu. Belasah ajelah. Nampak macam mendidih-didih tu kira set la kot kan. Dah bakar let it cool down.

Beat the peanut butter and cream cheese until smooth, Add sugar and beat until smooth and finally add whip cream and beat until smooth. Again I tak sure what does "until smooth" meant tapi belasah je lah. Agak-agak macam sebati tu kira smooth la tu kan. Dah selesai, letak kat atas baked oreo tadi. Butter knife tu baru je pegi beli dengan Puan D hari tu. Sangat berguna ye. Thanks Didi. If not tak tau pun ada benda alah tu. Hehehe.....

Sapu kasi rata and chilled before serving. I buat half of the recipe tapi still banyak. Or my quiche pan yang kecik sangat kot. The taste? Entah la. Tak rasa lagi. Baru je buat tadi. Tunggu nanti ye.