Wednesday, December 29, 2010

Nak makan pun susah

I always don't know what to eat. Asal nak makan je mesti blank. Nak makan apa? Nak makan apa? Padahal nak makan aje pun. Itu pun susah. Ok sometimes memang la ada longing to eat something but most of the times I memang tak tau nak makan apa. Paling susah kalau time keluar with kawan-kawan. Semua pun tak tau nak makan apa and cakap tak kisah. Pastu nak suruh I decide. Hai payah tu. I ni kalau keluar suka makan yang simple-simple as in fast food or western. Ada kawan-kawan yang jenis kena makan nasi. Dah kena buat discussion kat tengah-tengah dunia tu. Hahaha.....

Anyway semalam I tak tau nak makan apa for berbuka. Fikir punya fikir, I decided to make spaghetti bolognese. Ala itu je pun yang I tau. Carbonara ke Oglio Olio ke I tak tau. Lagipun macam lagi susah je nak buat yang tu. Tapi nak buat spaghetti ni, tak best kalau makan sorang-sorang. Lagipun I tak pandai buat portion makan sorang. So I invited Sal to come over. Ajak Leen sekali tapi last minutes she can't make it sebab kena pergi rumah kakak dia. Tak pelah berdua pun ok.

So after work terus rushing ke Carrfour untuk membeli beberapa bahan mentah. I macam teringin nak buat meatballs jugak so beli la ingredients untuk buat meatballs sekali. Balik rumah terus bertugas kat kitchen tu while waiting for Sal. I dah googled recipe for meatballs tapi macam banyak sangat and semua pun berbeza-beza. I nak yang simple aje tapi macam tak jumpa la pulak. So I just amik satu recipe and belasah je lah buat tapi tak follow 100% la. Basically for my meatballs semalam I letak minced beef, salt, pepper, thymes, Italian herbs and breadcrumbs. Kalau refer pada recipe tu, kena letak butter la, milk la, nutmeg la and banyak la lagi. I malas pulak nak letak semua tu.

Boleh tak lepas tu I tak tau how to cook the meatballs. Ye sila gelakkan saya. Hahaha..... I tak tau nak kena goreng ke, bakar ke, rebus ke. I tak perasan pulak dalam recipe tu tulis apa. So I just susun the meatballs dalam baking tray and bakar dalam oven. Turn out ok jugak cuma the taste adalah memerlukan sedikit penambahbaikan. I think I put too much thymes so rasa thymes adalah sangat strong. Tak pe lenkali kita cuba lagi. Kepada kawan-kawan yang tau membuat meatballs tu, could you kindly share the recipe with me please. Thanks in advance.

I don't normally put cheese on top of my spaghetti but yesterday I bought the cheese for Sal in case she like it so dah alang-alang tu letak la kat mine sama. And then Sal ni suka makan pedas-pedas. I pulak telah diajar makan spaghetti masam-masam. So I gave her some raw cili padi untuk kasi pedas sikit and I pun try jugak makan spaghetti with raw cili padi. Turn out rasanya adalah sedap ok. Ish bila cerita ni terasa-rasa pulak kat tekak ni hah. Hehehe.....

Masa hidang tu I letak banyak gila the portion sampai Sal kata "amboi". Hehehe..... Tapi sudahnya dia makan licin ok. Siap going for second round lagi masa tengok TV lepas tu. Berbaloi rasanya memasak bila ada orang nak makan ni. I guess the spaghetti sedap la kot sampai boleh makan for second round. Kan Sal kan. Selalunya kalau sorang mesti tak berapa lalu nak makan. Ye lah dah penat-penat masak pastu makan sorang-sorang. Macam tak berbaloi aje. Ooooo patutlah orang dah kawin cepat put on weight kan. Sebab mana berdua sangatlah berselera. Agaknya la kan. Kalau camni, next time kalau nak memasak lagi kenalah rajin-rajin panggil kawan makan sama. 

Anyway, today pun I dah blank tak tau nak makan apa. Selalunya masa bangun sahur tu I dah terfikir dah... "Nak makan apa la berbuka nanti". Hahaha...... Tak senonoh kan. Tapi betul la. Susah betul nak decide nak makan apa. Oh tadi Mak called bagitau Abah nak datang sini hari ni. Ada hal sket nak kena settle pasal rumah kat KL tu. Yang tu nanti kalau rajin I cerita eh. Maknanya kena masak la lagi malam ni. Hmmmmm... Nak masak apa eh. Since I dah tak memasak sangat, I don't keep stocks on raw materials. So kena pegi beli bahan mentah lagi la nampak gayanya ni.  Ish nak masak apa eh.... fikir...fikir....

3 comments:

Anonymous said...

ahahha.. mmg sedap... len kali kalu nak masak resipi2 western nih just gimmi a call.. kalu xdak aral melintang mesti muncul punya la... bila nak buat kat my house plak ek?

-cupidz-

Eny Yusof said...

Thanks for the pujian. Lenkali sila datang lagi ye.

admin said...

uish...buleh along mai makan nanti dengan bini along. hohohoho...