They're here; Mak, Abah, Thalha, Dik Man, Akak, Ayum and Meera. I went to sleep around 10pm and tak sedar pun masa diorang sampai around 1am macam tu. Bangun pagi tengok dah bergelimpangan masing-masing tido. Hehehe..... Masuk dapur and nampak stok makanan yang diorang bawa untuk buat chicken chop esok. Ada 2 bags of potato lagi. Tetibe datang idea nak try potato salad yang Puan D bagi hari tu. Nampak macam mudah aje so harap-harap jadi lah.
Anyway kali ni nak cerita pasal misteri sikit. Cewah misteri la sangat kan. Misteri bunyi-bunyian. I'm sure ramai yang penah kena ni. Since duduk kat Precint 9 lagi I selalu dengar bunyi-bunyi ni tapi masa tu buat tak pot aje. I selalu dengar bunyi orang mengetuk dinding and bunyi lesung batu. I ingat apalah yang jiran sebelah ni dok mengetuk sepanjang masa. Tak abis-abis ke buat renovation. Eh bila tulis ni baru I tersedar sesuatu. Mana ada jiran kat sebelah bilik I tu. Rumah kitorang hujung sekali so jiran cuma sebelah bilik lagi satu je. Hahaha.... camne lah boleh tak perasan ni. Pastu bunyi lesung tu pulak datang dari atas. Hari-hari ok. Banyak kali plak tu sampai I ingat orang atas tu meniaga ke apa tak henti-henti masak. Hehehe....
Bila pindah Precint 18, lagi la macam-macam bunyi I dengar. Mula-mula dulu bunyi guli berterabur atas lantai. Selalunya time tengahari. Perasan pun time weekend aje lah sebab masa tu je pun I lepak kat rumah. Orang kata bunyi guli tu memang biasa kat mana-mana kat Putrajaya ni so I buat tak pot jugak lah. Lama-lama dah tak dengar bunyi guli dah. Or maybe ada tapi I dah tak perasan sangat. Pastu ada bunyi ketuk dinding juga. Jiran sebelah I kan dah 3 kali bertukar so I agak setiap kali pun diorang menggantung benda lah kan. Tapi banyak betul frame dia gantung kan. Hehehe.....
Selain tu ada bunyi kerusi kena tarik. I ni kan duduk level paling atas sekali (feeling penthouse gitu) so pelik jugak bila dengar bunyi kerusi ni sebab takkan la orang bawah kot. Kuat benar dia tarik kerusi. Bunyi lesung pun ada lagi. Paling latest bunyi macam rantai kena tarik or bertukang kat atas bumbung. I rasa dah setahun kot bunyi bertukang and rantai kena tarik tu. Grek...grek...grek.... Lebih kurang macam tu lah kot bunyi dia. Mula-mula dulu I ingat diorang repair something kat rooftop tu. Mana lah tau kan kot ada apa-apa yang rosak. Pastu maybe diorang repair enjin lif ke. Ceh konon nak sedapkan hati sendiri padahal lif tu kat the other side. Tapi takkan la lama sangat merepair kan. Pelik betul.
Everytime ada bunyi-bunyi mesti I akan cipta alasan untuk sedapkan hati sendiri. Nama pun duduk sorang-sorang kan. Oh ni diorang tengah repair lagi la ni kot. Oh ni bunyi ni kot, bunyi tu kot. So tak de la rasa takut sangat kan. Masalahnya bunyi tu kadang-kadang sampai ke tahap annoying ok. Berdentang-berdentung. Geram betul I. Macam semalam. Masa siang tu I was discussing about the bunyi-bunyian with a friend. She said ada something la tu kat rumah bila ada bunyi-bunyi macam tu. Actually I dah tau lama dah tapi saje la cipta alasan-alasan tu nak menyedapkan hati sendiri kan.
Macam dia tau-tau pulak I was discussing about "them" kan. Wah siapakah "them" itu? Hehehe.... So semalam around 6 something (dekat-dekat nak maghrib tu) bunyi paluan lesung bertalu-talu. Kuat pulak tu. Memang annoying betul lah. Pastu bunyi bertukang atas rooftop. Ish "diorang" ni.... Macam nak sound aje tapi nanti kang lagi "dia" buat bisingkan. So I buat tak pot ajelah. Lantak "korang" la. Jangan terpacul depan mata I sudah. Dan setakat bunyi-bunyi macam tu tak pe jangan ada bunyi lain cukuplah. I Ingat lagi sebab tak tahan sangat dengan bunyi yang non-stop (setiap malam ok) tu, I sampai terfikir ada orang buat perumahan haram je kat rooftop tu. Hehehe... Sikit lagi I nak pegi naik and usha tapi tak berapa nak berani la pulak. Nanti I pegi naik tengok sekali tak de apa-apa tak ke haru. Biarlah. Sekarang ni I anggap je lah ada perumahan haram kat atas tu. Hehehe.....
A friend of mine told me that kalau tiba-tiba je rasa takut, bacalah ayat hati yaasin. "Salamun qaulam mirrob birrohim". Baca sampai hilang rasa takut pastu stop. He told that few months ago kot. Lepas dapat tau tu, ada la sekali terjaga waktu malam and rasa takut semacam so I terus baca. Alhamdulillah lepas beberapa kali baca rasa takut beransur hilang. So kawan-kawan, silalah amalkan ayat tu juga kalau ada rasa takut ye. Ada banyak lagi ayat yang orang suruh amalkan untuk menghalau gangguan-gangguan ni but tau je lah me being me, liat sangat nak mula. Ada satu lagi ayat yang bagus untuk jadi pendinding ni. "Bismillah hillazi....." I belum hafal lagi walaupun pendek aje. Hehehe..... so I akan cuba hafal la dan amalkan. Tak boleh la nak malas-malas lagi kan.
Alhamdulillah bila duduk sorang-sorang ni Allah bagi kekuatan. Padahal dulu punyalah penakut sampaikan masa nak kena buat solo camp dekat OBS tu bergenang air mata. Maklumlah I ni kan imaginasi tinggi sangat. Mulalah nak imagine macam-macam. Well sekarang pun sama tapi I channel it the other way around. Tu yang selalu cipta alasan positif tu. Hehehe....
Anyway, kalau ada sape-sape nak share pengalaman atau doa, silakan ye.
1 comment:
a'ah memang selalu dengar .
herm. sebab rumah ke, sebab orangnya, sometimes dok pikir memang setiap rumah pun ada 'orang' lain ker.
24 jam bunyi2an.
Post a Comment