Not feeling very well today. Got very bad stomach cramp since yesterday. Dah few months ringan-ringan aje so this month cover balik la kot. Memang tak tahan betul. Pinggang pun rasa macam nak putus. Kalau yang ini pun dah tak tahan, how la bila sakit nak deliver baby nanti kan. Eeeee seriau.
Anyway makin hujung tahun makin banyak keje. I guess kalau duduk kat khidmat pengurusan ni memang gini lah kan. Kalau buat projek hujung tahun macam relax aje sebab budget semua pun dah habis. Siap boleh cuti panjang lagi. Tapi kalau khidmat pengurusan, memang hujung tahun adalah time paling sibuk sebab keje-keje rutin yang wajib buat tu kena make sure dah dibuat la kan. If not kenalah teguran audit lagi. So bila hujung tahun kenalah bertungkus-lumus sket. Keje banyak, perut pulak sakit, haish memang membantutkan semangat membuat kerja betul lah.
Walaupun kurang bersemangat sket hari ni, tapi dalam hati tak sabar sebenarnya. My parents nak datang tonight. Meriah la sikit kat rumah tu. So hujung minggu ni kenalah plan nak buat apa and nak pegi mana. Mak kata nak pegi IKEA. Dah lama tak pegi sana so ok jugak tu. Lagipun macam nak cari beberapa barang untuk rumah tu. Cakap pasal rumah ni kan, I keep buying stuff for that house tanpa memikirkan bahawa itu adalah rumah sementara sahaja. Macam mana la nanti kalau nak pindah kan. Mau 2-3 lori kena angkut my stuff. Sayangnya la kalau kena tinggalkan rumah tu. Kan best kalau boleh beli je. Although I prefer rumah bertanah tapi I sayang je dengan my current house ni. Pemandangan yang cantik.
Tapi sooner or later memang kena pindah jugak. Especially bila dah naik gred 48 sebab masa tu elaun rumah tinggi so sangatlah tak berbaloi kalau duduk quarters nak-nak kalau jenis apartment ni. Sekarang my housing allowance RM250. Plus half of COLA so monthly kena potong for rumah tu ialah RM400. Insya Allah kalau ada rezeki, dalam masa terdekat ni dapat la memangku gred 44. Housing allowance untuk gred 44 ialah RM400. So automatically potongan untuk rumah tu akan meningkat menjadi RM550. Rumah sama tapi bayaran makin mahal kan. Kalau gred 48 lagi la. Kalau lama-lama jadi milik kita tak pe lah jugak kan. I wouldn't mind duduk kat apartment tu walaupun kena downgrade dari kelayakan sebenar but kena bayar mahal dari orang lain tu yang tak berapa nak best tu. Kalau staf sokongan yang duduk sana, diorang bayar dalam RM300++ je kalau tak silap. Kenapalah diorang ni tak selaraskan aje bayaran sewa quarters tu kan. Senang sikit. Semua bayar sama aje. Downgrade ke upgrade bayar equal aje.
I bukan tak nak beli rumah tapi rasa macam tak mampu aje nak beli. Mahal gila sampai beratus-ratus ribu. Lagipun I kalau boleh nak beli la rumah kat area Putrajaya ni je tapi you all tau lah kan harga rumah kat sini. Mahal tak ingat punya. Nak beli jauh-jauh rasa macam tak best sebab dah biasa duduk dekat dengan tempat keje. Hari tu Mazli ajak beli rumah sekali dengan dia kat Bandar Baru Salak Tinggi. Double-storey Semi-D yang besar jugaklah (tak ingat pulak berapa keluasan dia) bernilai RM270k. Oi mana le I mampu. Loan lepas takat RM240k aje. Mana nak cekau lagi RM30k tu. Dia lain la, dah kawin so boleh la join ngan wife dia. Hai tak dapat nak nak berjiran dengan Mazli. If not dah senang dapat berjiran dengan kawan sendiri. Dengar cerita within one month dah naik RM10k dah rumah tu. Bukan rezeki I la nak beli rumah tu kot. If not mesti dah dipermudahkan.
Lagipun I heard that sekarang ni kat Malaysia real property ni in bubble condition. That buble mungkin akan burst around 2012 and masa tu harga hartanah mungkin akan turun sikit la. I nak cerita lebih-lebih I pun bukan tau sangat benda-benda macam ni. Tak minat so malas nak amik tau. Bang Long memang minat so dialah cerita. Pastu ada dengar from beberapa orang yang lain lagi. Betul la kot agaknya tu. So maybe boleh beli rumah time tu la kot. For the time being sempat la nak menyimpan sikit untuk downpayment and renovation rumah kalau ada. Kononnya lah kan.....
Susah-susah baik transfer balik Kuantan aje kan. Stay at my parents house. Memang banyak sangat boleh simpan duit. Hehehe..... My dad pun memang dari dulu lagi suruh I tansfer. I je yang tak mau. Nak berdikarilah konon. Tapi betul la tu, I am a better person when I'm on my own. Bila ada orang keliling ni, automatic jadi manja pulak. Or bukan manja but pemalas. Hehehe.... itu yang sebenarnya. Bila duduk sendiri ni, memang sangat independence. Semua buat sendiri, pastu nak ke mana-mana pun sendiri cari jalan so sebab tu I know more about stuff around here compared to Kuantan. Kalau kat rumah tu, tau-tau aje dah ada makanan terhidang, baju dah siap basuh (I tolong lipat aje and jemur kadang-kadang) and banyak lagilah. I memang sangat dependant towards my parents kalau duduk dengan diorang which is not good la kan.
So kesimpulannya I pun tak sure lagi bila nak beli rumah and nak beli kat mana. Sini ke or in Kuantan. Nanti lah bila dah sampai masanya akan beli jugak lah kot. Sementara tu, got to enjoy the place I live now.
No comments:
Post a Comment