Salam Maal Hijrah 1432. Terlewat plak sehari. Actually nak buat entry ni semalam tapi hang pulak laptop tu. Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini akan membawa seribu rahmat untuk kehidupan kita dan mudah-mudahan tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya dalam semua aspek. Amin.
I baru balik dari Kuantan malam tadi. Balik since last Saturday lagi. Syok betul dapat balik jumpa family. This weekend pun Insya Allah akan balik lagi. Haish jiran sebelah pun dah tegur sebab nampak kerap sangat balik. Hehehe.... tak pe lah kan, balik jumpa keluarga. Bukan buat benda tak senonoh. Lagi kerap balik lagi bagus apa.
On weekend I tak buat apa pun just keluar shopping-shopping and lepak kat rumah. Budak-budak kecik tak de so sunyi la jugak. Kalau ada best sikit melayan diorang. Ada je benda nak buat. Since hari Isnin semua keje except for me, so kenalah buat apa yang patut kat dapur tu. No excuse eh. Hehehe.... Pagi tu I excited sangat nak buat kek batik. Yeah I know sangat ketinggalan zaman. Dulu masa sekolah-sekolah, kawan-kawan semua excited nak buat ke tu. I ni dah tua macam ni baru terasa nak buat. Punyalah semnagat, petang sabtu tu masa keluar shopping I beli ingredients siap-siap. Mula-mula I nak suruh my sister aje buat tapi on Monday tu I surf internet cari resepi and terus buat. Tak la susah sangat rupanya. Alhamdulillah jadi dan sedap. Hehehe.... Lenkali boleh la buat lagi.
Lepas buat kek kena masak for lunch pulak. Abah beli ikan untuk masak kari. Alahai I mana la tau nak masak kari. Macam ingat-ingat lupa je. Tapi tak pe, semangat ok, semangat. So I siapkan barang pastu siap refer dekat Akak lagi to make sure. Yang kelakarnya, Akak ni pun kadang-kadang blur semacam. I tanya kena masuk apa lagi selain bawang merah, bawang putih, halia (ni pun I macam tak berapa sure letak ke tidak, boleh gitu?), daun kunyit kari dan serbuk kari. Akak kata kena letak halwa campur. Apa Kak? Halwa? Oi bukan halwa lah, halba. Halba campur. Ayum yang ada kat situ pun gelak aje. "Halwa yang ni lah Akak", kata Ayum sambil tunjuk halwa kundur. Mujur la I ni tau la jugak sikit-sikit. Kalau tidak mau hancus lauk kari tu. In the end Abah jugak yang masak. Hehehe.... I dah tumis bahan-bahan sume, pastu Abah datang tolong. Tak confident la tu nak suh I masak.
As for semalam pulak, for breakfast, selain nasi goreng Mak nak masak mee bandung. Actually mee tu nak masak malam sebelumnya tapi semua dah keletihan so tu yang masak pagi tu. I mula-mula semangat jugak nak tolong, nanti boleh buat sendiri kan tapi semangat mati tengah jalan sebab ada tetamu datang so Mak layan diorang berbual and by the time Mak nak sambung masak, I tengah semangat nak buat benda lain pulak. Nak tau semangat buat apa? Semangat nak berkebun. Hehehe....
Kat rumah tu, Abah tanam banyak pokok. Semua segar aje. Tanah yang Abah guna tu nampak subur so I nak amik tanah Abah. So semalam adalah aktiviti menggaul tanah. Oooo barulah I tau camne nak buat tanah jadi subur. Tanah biasa campur dengan pasir sikit pastu masuk treated soils yang warna hitam tu and masuk baja apa entah. Gaul-gaul and walla jadilah tanah yang subur untuk tanam pokok. I siap cilok baja Abah lagi. Hehehe.... pasni kalau rajin, pokok-pokok I pun akan mengeluarkan hasil macam Abah punya jugak. Insya Allah. Mudah-mudahan semangat nak berkebun I ni berpanjangan lah ye. Jangan hangat-hangat taik ayam sudah. Hehehe.....
Tapi kan malam tadi, bila sampai je I terus tuju tengok pokok-pokok yang ditinggalkan. Alangkah hampanya hati apabila melihat pokok cili I dah layu. Daun dan dahan sume dah bengkok ke bawah. Macam dah nyawa-nyawa ikan ok. I pun apa lagi, cepat-cepat amik air and siram banyak-banyak. Siap cakap sorry lagi kat pokok tu sebab tinggalkan dia. Ceh gila ke apa Eny ni? Hehehe..... Pastu pujuk-pujuk supaya dia pulih balik. Malam tido pun tak lena ok. Asyik terfikir pasal pokok aje. Mimpi pun mimpi pokok. Over betul minah sorang ni. Paling tak tahan, I siap set alarm I awal pagi and bila bunyi aje terus bangun and tengok pokok. Wow magic ok. Pokok cili I dah segar balik macam biasa. Alhamdulillah...... syukur rasanya. So akan terus hidup la tu. Kalau boleh tunjuk gambar kan best. Nampak sangat perbezaan. Macam tak percaya pun ada. Macam dalam cerita kartun aje.
Eh dah melalut la pulak. Nak cerita pasal Maal Hijrah tercerita pasal pokok. Mintak maaf lah ye, I sekarang ni tengah semangat pasal pokok aje. Hehehe.... Ok lah nanti sambung cerita lain lah pulak ye. Bye....
No comments:
Post a Comment