Monday, December 06, 2010

Malam Jasamu Dikenang 2010

Event kedua pada hari Jumaat lepas. Maybe event rasmi Kementerian yang terakhir pada tahun ini. Last year and the year before, Malam Jasamu Dikenang ni dibuat bersekali dengan Malam Gemilang (annual dinner) tapi this year at the eleventh hour, it was decided to just anjurkan Malam Jasamu Dikenang sahaja and the Malam Gemilang akan dianjurkan in January 2011. For me sama je kedua-dua event tu, rasmi and kena bertugas. Hehehe.... Tema adalah batik and since I ada satu lagi baju batik baru yang belum dipakai maka baju itulah yang akan digunakan. Lokasi penganjuran adalah Hotel Double Tree by Hilton. 

For that one day, 3 kali I tukar baju. Over tau. Morning for Hari Inovasi I pakai green. Then petang masa ke hotel I pakai purple. At night I pakai black and white pulak. Saje je rajin nak tukar-tukar. Transport ada disediakan but based on past experience, bila dah ramai-ramai tu, kenalah tunggu sket kan so I decided to drive aje. So lunch hour balik rumah mandi-mandi dulu. Yanti pun ikut sama. Later from home hantar Siti ke ERL, amik CC Yam at her house in Precint 9 and off we go to Double Tree Hotel. Traffic adalah ok and berjaya sampai tanpa kesesatan pun. Alhamdulillah. 

When we arrived, artis jemputan sedang membuat sound check. Hoho this year adalah super best sebab ada Khatijah Ibrahim, Latif Ibrahim, Halil Chik, Malik Ridzuan and their band. Actually I cuma kenal Khatijah Ibrahim and Latif Ibrahim aje. I tak tau pun yang dua lagi tu pun famous. Suara diorang mak ai... memang superb la. Masa Khatijah Ibrahim buat sound check, I tengok-tengok surrounding dulu. Pastu pegi makan and  solat Asar. Later bila ke ballroom, Halil Chik tengah nyanyi lagu What A Wonderful World. Suara dia fuh hebat betul. Sambil check table arrangement dalam ballroom tu, sambil dengar diorang buat sound check. CC Yam over tau. Tau lah artis tu semua zaman dia tengah muda belia, bukan main lagi dia. Siap amik autograph and bergambar sakan lagi. Hai... Makcik Yam...Makcik Yam.... Hahahaha..... I la tu yang jadi cameraman dia. I ni plak pemalu nak amik gambar dengan artis-artis ni. Tapi bila dah kena paksa dengan CC Yam and Abg Shah, I amik la jugak sekeping dua. Yanti pun ada. Kelakar la jugak. I ni bukanlah peminat diorang pun. Sajelah suka-suka....

Around 7pm gerak ke surau untuk solat and tukar baju. Later terus ke ballroom. Berdiri dan menyambut kedatangan tetamu. Bila VVIP semua dah sampai terus gerak ke meja urus setia. I sat with CC Yam and Yanti but before appetizer sempat dihidangkan, Yanti dah gerak balik. Beside us ada drivers, bodyguards and SUSK. Tapi me being me, kalau dengan lelaki ni memang agak susah sikit nak mesra. So I diam aje. Mesti diorang ingat I sombong kan. CC Yam jelah yang rajin menyembang. I talk using my fingers aje; smsing few friends non-stop. Agak rude eh but I just don't know what to talk. Walaupun ramai kata I ni talkative, but there are times I memang tak kan bercakap. 

Since tak de apa nak dibualkan, I just enjoy the foods. Walaupun agak kecewa dengan the choice of menus (bukan I sorang aje tapi ramai who expected to at least some Chinese foods) but undeniably the taste adalah quite good. Tapi setelah 4 hari berpuasa dengan hanya sekali aje makan and on that Friday alone I dah makan breakfast, lunch and early dinner, there's not much space left. The only thing I really enjoy adalah the appetizer and the soup. By the times nasi and lauk pauk punya turn, I just makan untuk cukup syarat aje. Tapi sedap aje semua lauk tu.

Sambil makan sambil dihiburkan oleh artis-artis jemputan. Pastu ada ucapan-ucapan, tayangan video dan bagi hadiah pada yang dah bersara. Around 11pm plus barulah selesai the event. I balik with CC Yam and Siti Zaiton. Great, at least from CC Yam place to my place I'm not alone. Ada orang teman. Al maklumlah untuk orang yang selalu tido awal ni, risau takut terlena sambil drive aje. Fuh what a full day. Dah la I plan to go back to Kuantan on Saturday morning. Penat ok..... Anyway it was a great event. Makan sedap, majlis yang lancar dan artis jemputan yang best. Tahniah kepada yang berusaha. Pasni kita buat Malam Gemilang la pulak ye.....

2 comments:

KI said...

sedap??? mesti sbb kau dah lama puasa.. aku tanya orang lain sumo kata tak sedap beb!

Eny Yusof said...

Klynn,

Well maybe sebab aku tak de kawan masa tu so aku rasa makanan tu je kawan aku lantas membuatkan ianya terasa sedap. Boleh gitu?????