I was on EL today. Kena jadi pilot and teman Abah pegi settlekan pasal rumah tu. Anyway malam tadi tak pasal-pasal I tengok bola. Melepas cerita korea yang I tengah gilakan tu tapi tengok bola pun ok jugaklah sebab Malaysia menang. Yang kelakar tu, right after first half, Abah kata kalau nak tengok cerita korea tu tengok la sebab seriau aje tengok match between Malaysia and Indonesia tu. Hahaha.... boleh macam tu? Walaupun dah dapat green light tapi I tak lah tukar channel. Ala I tau, Abah tu saje je tu.
I ni kan memang buta bab-bab sukan ni. So tiap kali tengok bola mesti kena tanya-tanya. Mujur la Abah rajin melayan. Kalau kat orang lain mau kena sedas sebab mengganggu konsentrasikan. Antara soalan-soalan yang mungkin kedengaran sangatlah bodohnya kepada orang lain;
"Eh kenapa pulak tu? Off-site? Off-site tu apa? Macam mana boleh off-site pulak?"
"Kalau midfielder tu dia kena duduk kat mana? Dia boleh pegi kat tempat lain tak?"
"Kalau striker? Defender?"
"Lagi ada apa position?"
Hahaha... ye sila gelakkan saya. Well to be honest, ada berapa pemain dalam satu team pun I tak tau ok. Punyalah ignorance bab-bab sukan ni. But I kind of enjoyed the match anyway. Siap I pulak yang lebih-lebih tertekan masa tengok tu. Over je tau. Hehehe.... Tapi ok la tu kan. Dapat kenal player Malaysia yang I tak penah nak amik kisah pun sebelum ni and dapat la belajar sikit-sikit pasal game bola ni. Tapi rasanya lepas tu lupa la balik kot sebab bukan selalu tengok bola pun. Hehehe.....
Anyway, back to cerita teman Abah hari ni. Nak tau, I am so pissed-off, sad and frustrated with things that I saw. Bukan setakat hilang bumbung, banyak lagi benda yang rosak dan hilang. Frame untuk tingkap semua dah kena makan anai-anai, chandelier yang Mak pasang kat hall tu dah kena angkut sekali, dinding dapur kena runtuh, kitchen kabinet dah kena buang, parque kat ruang atas dah tercabut-cabut, dinding berlubang-lubang kena tebuk, ceiling dalam bilik ada yang dah hilang and overall rumah adalah kotor yang amat sangat. Diorang ni tak reti ke nak cuci rumah bila pindah tu? Paling kitorang geram sekali, tiles yang kat parking lot tu pun diorang ketuk bagi pecah. Apa tujuannya tu. Busuk hati betul kan.
Kesian Abah. Abah kata hati dia rasa bergelora and sedih tengok rumah tu jadi macam tu. Memang sakit sangat hati but there's nothing we can do. Orang yang sewa rumah tu tak nak langsung jumpa kitorang and berbincang. Dia hantar staff dia aje. Nampak sangat dia takut sebab dah buat salah. Banyak salah pulak tu. Bukan sikit-sikit. Abah call and sms dia langsung dia tak reply. Bila tanya staff dia kenapa dia tak nak datang, staff dia kata boss dia sakit. Alah alasan aje tu. Kalau Abah yang sakit pun pun boleh datang dari Kuantan kenapa dia yang stay kat situ jugak tak boleh nak datang. Ish cakap pasal ni rasa panas je hati balik. I was so angry back then that I rasa kalau orang tu datang, memang akan kena punyalah. Rasa nak bagi aje 10 das. Geram ok.
Paling tak boleh blah, rumah tu disewa and dibuat tadika islamic. Pastu diorang ni set-set pakai tudung labuh. Tapi perangai macam apa aje. Menjatuhkan maruah orang yang pakai tudung labuh aje. I memang geram nak cakap macam tu. In fact I ada la cakap kat staff dia tu. Macam mana nak mendidik anak bangsa ke arah islamic kalau diri sendiri pun tak mengamalkan ajaran islam dengan betul. Orang islam sebenarnya yang merosakkan imej islam tu. Dah la orang islam yang pada luarannya nampak lagi warak. Elok lagi la I ni yang pakai tak la sewarak diorang. At least I tak buat perangai macam tu. Ok I tak la compare about my dressing dengan diorang but I memang bagi sedas la pasal perangai tu. Memalukan betul diorang ni tau. Like I said, dulu bukan main lagi kupas pasal agama masa dia sms Abah tapi perangai sendiri macam hampeh.
Maybe diorang lupa. Setiap perbuatan akan ada balasan yang setimpal. Hari ni mungkin hari kami menjadi mangsa, esok lusa entah apa nasib diorang. Sekarang ni Allah bayar cash aje. Kejap aje akan dapat la. Biarlah. Nak marah lebih-lebih pun benda dah berlaku and takkan dapat balik apa yang dah hilang and rosak tu. So sekarang kena la fork out some money to repair the house. Kebetulan tadi Pak Cik ada datang sekali and bawak kawan dia yang pandai bertukang ni. Estimation ada la dalam RM20k. Gila ah. Memang banyak duit nak kena keluar tu. Apa la nasib....
Lepas settle hal rumah, pegi melawat Nenek kejap. Dah alang-alang ada kat sana kan. Pastu balik Putrajaya and singgah office amik barang jap. (Thanks Anis for the biscuits). Packed some stuff, picked up Eman and terus shoot ke Gombak. Abah nak jumpa cousin dia. Nak mintak tolong pasal repair rumah tu la tu. Kesian Abah. Mesti tak senang hati nak lepas kat orang lain. Nak buat sendiri macam mana. Jauh kalau nak berulang selalu. Lepas berbuka, bertolak balik ke Kuantan sebab esok kan cuti. Mudah-mudahan urusan pasal rumah tu akan lancar aje lah lepas ni. Amin.
Siang tadi hati panas aje tapi ni dah balik Kuantan ni seronok aje. Banyak projek nak buat ni. Hehehe.....
No comments:
Post a Comment