Today till Wednesday saya akan berkursus lagi. Nak cukupkan kuota 7 hari berkursus. Kali ni Kursus Pengurusan Rekod pulak and venuenya adalah di Penang. My 1st and last time pegi Penang was on April 2007 bersama dengan Fadhley, Redzuan and Hafiz. Seronok gila masa tu. But I don't think I can spend too much kat sana. I baru je bershopping sakan last Saturday so kena la berjimat sikit. Apa ye yang best kat Penang? Jeruk best tapi I kan nak stay away from unhealthy food ni so maybe tak beli la kot. Oh there goes my jeruk mangga yang sangat yummy. I guess makan sikit ok kot. No? Hehehe....
Kaki I ni dah la sakit. Semalam lagi dah rasa sakitnya kesan berlari-lari hari tu. Nanti nak duduk dalam bas lama sure tak selesa. Nak jalan-jalan pun sure tak best sebab jalan sikit pun sakit especially kat pelvic joint and hamstring belah kanan tu. Left side ok je. Tak pe mula-mula je kan. Lama-lama nanti ok la ni.
Keje kat ofis ni dah la banyak. Tapi ada hati nak berkursus jugak tu. Hehehe.... So kena la suruh anak buah buat apa yang patut. Harap-harap diorang buat la. Dah la on Thursday nanti ada meeting dekat MoF dari pagi sampai petang. So tak dapat la nak attend perhimpunan bulanan on that same day. Friday pulak ada braces review. Next Monday ada taklimat in which I la tu yang kena bagi taklimat. Pastu nanti ada meeting lain pulak dengan orang dari MoF lagi. This time pasal sistem aset tu. And nanti nak kena setting mesyuarat dengan JKR, MoF (again) and another department regarding peluusan barang diorang. Pastu nak kena kick-off pengggunaan sistem yang I pergi kursus hari tu. Dan lagi dan lagi dan lagi. Wah banyaknye keje nak buat ni. Sape kate orang kerajaan tak de keje eh?
Selain nak fikir keje kat ofis, nak kena fikir benda nak buat kat rumah tu agi. Rumah my parents la. Maklumlah bulan November ni kan nak menyambut menantu baru. I pulak yang susah hati. Nak cat rumah la, nak buat goodies bag la, bunga telur la, bilik pengantin la. Orang yang nak kawin macam relax je. I pulak yang risau sebab bukan ada orang sangat kat rumah yang nak tolong my parents. Tu orang lain yang nak kawin tu. Kalau I sendiri tak tau la camne. Hahaha...
Oh today will be my last day of using this IBM PC. After 3 years and 7 months of using it, finally the ICT people will change it with a new one. Hoorey! Lagipun my PC ni dah selalu buat hal. Tengah syok-syok buat keje, tiba-tiba tershutdown dengan sendirinya. Banyak kali plak tu dalam sehari. Paling tension when it happened time tengah kejar dateline. Time tu lah dia nak buat hal. Pastu selalu hang. So Friday ni bila masuk ofis, I'll be using a brand new PC la eh. Brand apa la tu agaknya. Anyway, IBM PC, thanks for your service all this while. Dah banyak yang kita lalui bersama. Through you jugak la I belajar and improve myself. Cewah! Yelah, dok buat surat, memo, paper and minutes so banyaklah belajar in terms of writing tu. And with this PC jugaklah I wrote most of my blog entry. Banyak suka duka yang telah dikongsi bersama. Mujur ia hanya sebuah komputer. Kalau boleh bercakap la, tak tau la apa la dia nak cakap pasal I. Hehehe... So thanks again buddy. To who ever yang akan menggunakannya after this (if any) sila jaga dia dengan baik ok.
Ok nak breakfast, buat keje sikit and gerak ke Penang. See ya!
4 comments:
Salam,
Balik nanti jgn lupa beli buah pala yang dah di sira tu...hehehe!
wow. kursus pengurusan rekod korang kat Penang? best betul. banyak duit wooo. huhu. kami kursus kat Auditorium saja eny. :(
Kak Yati,
Kitorang tak singgah pun kat temat yang ada jual pala sira tu. Singgah kat kedai jeruk basah je. Melayu punya so tak de la was-was.
Yanti,
Bos yang nak. So terpaksa la turutkan. Aku ni penyibuk aje actually. Saje nak cukupkan kuota kursus 7 hari. Hehehe...
Post a Comment