Yesterday I was so tired. Kat office ok je tapi bila balik tu mengantuk sangat. Masa kat masjid, puas lah I manahan mata ni. Rasanya semalam tu sama ada I solat dalam tidur ataupun tidur dalam solat. Hahaha... tapi serious mengantuk dan penat la weh. Maklumlah belum betul-betul berehat lagi ni. Balik je dari Sabah terus kerja and ada briefing semua plak tu pagi semalam.
Rumah tu dah macam tongkang pecah dah. Banyak baju tak dan nak lipat. Yelah hari tu punya tak sempat nak lipat sebab ke Sabah. Tambah pulak baju yang pakai kat sana. Menimbun dah kat sofa tu hah. Serabut betul bila balik rumah dalam keadaan bersepah ni. Tapi salah sendiri la kan. Malam ni and esok kenalah kemas sikit-sekit sebab weekend ni nak balik Kuantan so memang tak de la masa dah nak kemas.
Speaking of balik Kuantan, tak sabar rasanya nak tunggu weekend ni. Nak balik berbuka kat rumah dengan family tersayang. Since Tuesday public holiday, I nak sambung cuti on Monday tu. Nak lama-lama sikit kat rumah. Baru lah syok kan. Tapi makan kena jaga lah sikit kan. Biasa la kalau dah balik tu, ikan goreng aje pun sodap. Bila dah sodap tu, makan pun bertambah-tanbah la eh. Hehehe....
As for today, I akan berbuka puasa bersama PM dan Menteri Wanita sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan kat UKM. Kejap lagi nak gerak dah. Together with me would be Shikin, Fatihah and CC Kewangan. Ada perasmian, jamuan berbuka dan solat terawih sekali. Biasa la kalau makan kat majlis rasmi ni, kena la jaga protokol tu kan. Not that makan sendiri tu tak berprotokol cumanya bila bukan masjlis rasmi rasanya lebih santai. Tak pelah, bukan selalu kan.
Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar la. Ok selamat berbuka semua.
No comments:
Post a Comment