Ramadhan datang lagi membawa bersama seribu keberkatan. Semalam tak sempat nak minta maaf dengan semua. So hari ni saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua andai ada tutur kata dan tingkah laku saya yang telah menyinggung atau mengguris hati anda semua. Sempena Ramadhan al Mubarak ni, sama-samalah kita meningkatkan usaha kita dalam beribadat dan mengumpul sebanyak mungkin pahala. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga je ye, kena puasa semua sekali; nafsu, deria dan tingkah laku juga. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment