Ok hari ketiga ni adalah hari terbest sekali although paginya bermula dengan agak slow. Pagi tu around 9am gerak ke rumah YBM tapi by the time kami sampai Datin dah nak gerak keluar so kami terus ke Hospital Semporna. Ada program menyampaikan sumbagan pada pesakit-pesakit di sana.
Ni lah rumah asal YBM. Belakang tu ada rumah baru. Locals akan berumah kat sini la kalau YBM balik. Ni pun tak ramai as usual.
Hamper yang akan disumbangkan pada pesakit-pesakit. Staff pun dapat juga sebab banyak extra.
Pertandingan menolak stretcher... hehehe
Ada orang terbersalin dalam kereta
Nampak sakit je muka orang baru bersalin tu. Eeeee takut...
Agak lama jugak la kami menunggu sampai naik lemau. Bukan apa, Sultan Selangor pun ada datang kat Semporna and that morning dia nak balik dah so YBM and Datin nak hantar la tu. Kat Hospital Semporna ni, ramai orang datang and bagi barang kat security untuk dipasskan kepada pesakit. Ye lah nak masuk melawat tak boleh kan. Security pun gigih je menerima dan menghantar. Kalau kat hospital lain tak nampak pulak ada security buat keje ni. Marah-marah lagi adalah.
Wad bersalin adalah wad pertama yang dilawati. Seronok la diorang dapat hamper besar tu. Yang bersalin dalam kereta tadi masih dalam labour room so tak dapat la nak tengok dia and the baby.
Ramai betul entouragenya. Kalau biasa-biasa tak de nya dapat nak masuk hospital sekali ramai-ramai ni kan. Orang RTM and TV3 pun ada. Tapi I tak de la menyelit-nyelit nak tayang muka.
Ni kat wad lelaki. This boy adalah tourist from France. Dia diving kat Mataking Island when something happened to him. Tak tau la injured ke apa ke sebab nampak macam ok je. Murah rezeki dia hari tu sebab dapat hamper juga.
Lepas selesai menyumbang hamper pada semua wad, plan seterusnya adalah lawatan ke pulau.Oh bukan setakat hamper je eh, duit raya pun dapat juga. Mula-mula tu diorang offer nak bawa ke Pulau Sipadan tapi nak pegi sana kena register dulu kat Pejabat Daerah untuk keselamatan. Maklumlah pulau tu dulu kan tempat culik-culik ni. Since hari ahad pejabat tutup, tak dapat la nak ke sana so plan ditukar ke Mabul Island aje.
Kebetulan pulak masa kat hospital tu hujan dah start turun. Dah 2-3 hari kami berpanas kat sana tapi elok je plan nak ke pulau hari pun hujan. Tak pe hujan pun hujan la, plan tetap diteruskan. Sayangnya ke sana time bulan puasa. Kalau tak sure lebih enjoy kan.
Orang tak sabar nak ke pulau. Sayangnya I'm not in the proper attire. Siap pakai seluar slack tu. Kalau diberitahu awal-awal boleh juga bawa yang lebih selesa. Tapi hentam ajelah labu. Yang penting boleh pegi.
Around 12 something kami pun gerak ke pulau dengan menaiki bot yang agak kecil. Altogether ada 12 orang semuanya; petugas 7 orang, staff Pejabat Menteri 2 orang, driver 2 orang dan pemandu boat sorang. Dan cuma ada 2 orang aje lady, I and my roommate. Perjalanan dimulakan dalam keadaan hujan renya-renyai.
Inilah bot yang kami naik. Kecil aje tapi ada life jacket. Tu yang penting tu
Abang Is ni suka menyelit tau. Banyak je gambar macam ni. Hehehe... Hah yang duduk depan tu adalah salah sorang pemanndu yang turut sama. Duduk depan macam naik kuda ok.
Halfway thru
Sepanjang perjalanan pergi, tak banyak gambar dapat diambil sebab hujan lebat. Thank God I ada bawak towel from hotel so dapat la cover my face and body. Boat laju, hujan lebat, so bayangkan lah bila terkena percikan air kat muka tu. Sakit wooo. Dah la melambung-lambung boat tu. Kerusinya cuma sekeping papan aje. Terhentak-hentak my bum ok. Sakit dan sengal. Hehehe....
Pastu bila dah hujan lebat, pemandangan mesti lah terhad kan. Tak nampak pulau apa-apa pun. Terasa cuak la jugak tapi I diamkan aje. Yang lain ada la yang kecoh-kecoh. Kat laut mulut tak boleh cabul kan. And of course the jurumudi know what he's doing so sabar aje lah kan. Abang Is terus menjadi warak. Hahaha... asyik dengar dia bertakbir aje. Geli hati betul. Lagipun dia tu phobia sikit dengan air. I pulak seronok sangat. Terasa sangat adventurous ok. Dengan hujan lebat, dengan boat yang melambung-lambung, dengan tak tau nak ke mananya. Sangat thrill.
Finally sampai juga kami ke Pulau Mabul. Subhanallah indahnya ciptaan Allah. Begitu cantik ok. Air yang jernih sejernih-jernihnya. Boleh nampak dalam tu, batu karang, tapak sulaiman, ikan biru, kuning dan macam-macam lagi. Kalau ikutkan hati mcam nak terjun je tengok kat dalam tu. Dari atas boat pun dah boleh nampak yang kat dasar tu. Sangat sangat sangat kagum dan teruja.
Ni tak pasti pulak pulau apa
Wellcome to Mabul Island. Ni tempat divers rasanya sebab banyak diving punya stuff je
Itu dulu pelantar minyak tapi sekarang dah convert jadi restaurant. Sangat creative kan. I wonder how it looks like inside. Nanti kalau ada duit lebih untuk jalan-jalan teringin nak try makan kat sana lah.
Yeay berjaya set my foot at this beautiful island
Jetty and chalet
Dah basah lenjun kena hujan. Sampai-sampai terus cari port nak berteduh.
Antara 2 darjat; ada chalet yang begitu lah cantiknya and the locals pulak duduk kat pondok buruk yang dah macam nak roboh je. Kesian betul tengok diorang ni. How do they live eh?
Nak tukar port sebab orang kat situ kata ada port lain yang lebih cantik kalau nak mandi
Dari atas jetty tu. See boleh nampak semua yang kat dalam tu kan. Kalau ada SLR camera mesti boleh amik gambar yang lagi best. (please excuse my feet although it was purposely positioned that way...hehehe)
Port yang lagi best untuk mandi. Kalau tadi dah terpana dengan kecantikannya, ini boleh pengsan terus. Tiada kata-kata mampu mneggambarkannya. Super duper cantik.
Just look at the water... Subhanallah....
Pasirnya begitu lah putih dan cantik dan berbeza dengan pasir kat pantai-pantai lain yang saya dah pernah pergi
Puasa-puasa pun I redah jugak main laut. Padahal I ni bukanlah seorang yang gemar pada laut pun. Tapi ini laut yang istimewa, so tak boleh lepaskan peluang.
Look at us, dah macam budak-budak dah mencari remis. Tapi memang serius teruja tau.
Budak tua tak sedar diri. Hahaha....
I tak pernah menulis kat pantai tapi kat sana tetiba rasa nak menulis pulak
Eny @ Mabul (eh kenapa I nampak macam cacat je dalam gambar ni? hehehe...)
Teruja dengan batu karang la pulak dia ni...
Cantik sangat the view kan. Tambah pulak dengan baju pink...very striking....
Kalau boleh setiap tempat pun nak amik gambar. Eh nampak tak my name kat belakang tu?
Ok time to go back to hotel. Perjalanan balik Alhamdulillah tak hujan dah. So boleh la melihat-lihat pemandangan sepuas-puasnya
Seafest Hotel from the sea
Sampai aje hotel I terus mandi, solat and baring atas katil berselimutkan duvet yang best itu. Menggigil-gigil sampai la waktu berbuka ok. Mana taknya kena hujan dan angin laut semua tu. Memang menggigil tak ingat punya lah. Dah macam demam kura dah. Hahaha....
Kesejukan menunggu waktu berbuka
For Iftar kami ke restaurant yang sama kami makan on the first night. Makanan kat situ ok dan rasa sangat homey. Kan kamilah satu-satunya customer dia. Specially booked kot that place.
Makan makan jangan tak makan
After Iftar, it was decided that malam itu mereka nak bawa kami ke Tawau. So kena la terawih sendiri-sendiri kat bilik. Ke pekan Tawau sebab nak pergi Pasar Gantung. By the time kami sampai dah pukul 9 lebih and dah banyak gerai yang tutup.
Orang tu tengah buatkan rantai dan gelang for me... sorilah ye ...susah dapat customer yang cerewet ni... hehehe...
Mazli ada kirim barang-barang sikit so I beli kat sana lah. Siap custom made lagi rantai dan gelang mutiara tu. Harap-harap dia suka lah. I ni bukan pandai sangat nak pilih perhiasan ni. Kalau untuk diri sendiri tak pe. Untuk orang payah sikit. Tu yang berhari-hari I survey untuk dia tu.
Sampai hotel I terus kemas bag, solat terawih and tido. Esok dah nak balik dah. Baru nak enjoy-enjoy dah kena tinggalkan tempat yang best ni. Rasa tak sabar nak datang semula. And definately I akan pegi lagi ke Pulau Mabul tu. Ye lah kat pekan Semporna bukan ada apa pun, pulau-pulau tu je yang best. Ok next entry would be on the last day.
No comments:
Post a Comment