Imsak kat Semporna adalah around 4.30am macam tu so at 3.30am I bangun sahur. Everyone turun kat bawah tapi I sahur kat bilik aje; roti and serunding yang I bawak from rumah. Lepas solat Subuh (before 5 dah masuk Subuh ok) I sambung tido. Kena berkumpul at 9am so sempat lah nak rehat-rehat dulu. Lagipun biasalah I ni, first night at new place memang tak boleh nak tido sangat.
View from my new room
Around 9am kami bertolak ke kediaman YBM. Orang dah start berkumpul. I baru je tau, kalau YBM balik, orang-orang kat Semporna memang akan berduyun-duyun serbu untuk mendapatkan habuan masing-masing. Lama betul kami tunggu barang -barang sumbangan yang perlu dipack tapi tak sampai-sampai. I risau je tak sempat nak packed sebab masa tu dah pukul berapa, majlis start pukul 3pm. Tak ke haru nanti kalau tak siap.
Penat menunggu aje....
To kill time, kami berbual-bual di halaman. Sedang rancak berbual, datang seorang wanita. "Oh di sini kamu sebatalion ya, aku di sini sorang-sorang saja" pastu dia terus joined in. Duduk je terus bercakap tanpa henti. After a few ayat I dah agak dah that there is something wrong with her. Sangat weird ok. And memang betul telahan I tu, she's short fused. Tak betul. Semalam jumpa sorang, hari ni jumpa sorang. Apalah nasib kat bumi Sabah ni.... Tapi memang kelakar la. I gelak sampai terbahak-bahak until dah tak de tenaga lagi nak gelak. She can talk just about everything under the sun. Mula-mula cakap hal a, pastu sambung hal b, pastu hal c. Haish naik pening I. Paling kelakar, she said otak ni terbahagi kepada 4; sebelum, serebrum and medula olongata (wait, itu cuma 3 aje). Terbahak-bahak kitorang gelak sebab she was right about the sereblum, serebrum and medula oblongata itu.
Wanita itu. On the outside, she looks so normal; siap pantis kening, mekap semua lah. But on the inside, only Allah knows. Hahaha....
She talk non-stop that the most loyar buruk man among us pun surrender. Then she talk about gaji and told us that today was her pay day. She took out calender to show the date and you know what kind of calender she bring? Calender dinding yang kena koyak everyday tu. Gila lah. Terbahak-bahak semua gelak. Ingatkan pocket calender ke apa. Lama jugak la we all do melayan minah ni. Until barang-barang sampai then we all kena gerak ke dewan orang ramai to pack the stuff.
The hall tempat majlis berlangsung
Semua pun gigih mengangkat barang
Me in action. Penat tau tak kena packing beras, susu pekat manis, tepung, gula, minyak masak semua tu. Dah la puasa, tak de tempat nak duduk pulak tu. Sakit pinggang and belakang I dibuatnya. Tapi demi tugas, tahan aje lah...
Orang ramai dah mula berkumpul untuk mendapatkan bantuan
Dah macam dalam penjara lah pulak
After we're done packing, balik ke hotel kejap to refresh our body yang dah berpeluh-peluh tu and to solat sekali. 2.30pm gerak semula ke dewan and by 3pm majlis pun bermula. Although the packing started quite late but we managed to settle everything on time dengan bantuan orang setempat juga. Tapi ada beberapa barang yang tak cukup so akan ada lah yang mendapat set yang tak lengkap nanti tu.
Dewan dah mula penuh when we arrived
Waiting for the VVIP
The VIPs; punyalah ramai sampai 12 orang duduk kat depan tu. Selalu majlis we all 3,5 atau 7 je.
Mula-mula ok lagi... ada yang duduk, ada yang berdiri tapi suasana adalah manageable
Bila kata mula nak bagi sumbangan aje terus semua serbu
Siap berpegangan tangan buat kawalan lagi tapi hampeh jugak sebab kena rempuh
Serbu-serbu... habis diorang kena rempuhan
Dahsyat juga orang-orang Semporna ni. RELA pun kena rempuh juga. Mula-mula I kesian betul tengok nenek-nenek dan datuk-datuk yang dah tua menerima bantuan. Nak angkat pun tak larat. Jalan pun terkial-kial. Tapi towards the end I see the ugly side of the locals there. They have to queue untuk dapatkan bantuan berupa makanan, kain dan wang tunai. Sepatutnya bantuan hanya untuk yang berkupon tapi memang ada extra pun so ramai la yang tak berkupon join sama. The things is, ramai yang bila dah dapat tu instead of keluar dari dewan, diorang kebelakang letak barang and masuk balik dalam barisan tu and claim as tak de kupon. I caught few yang buat sampai 3-4 kali. Mula-mula tu I sabar la tapi mana boleh tahan tengok sebab ramai lagi yang tak dapat. Kalau diorang bolot semua memang last-last akan ada yang melopong la kan.
So tanpa disangka-sangka, I turun and reprimand group itu. Macam tak percaya je I seberani itu. But I said nicely la and diorang buat tak endah pun. Buat tak tau je kat I. Geram betul. Dah la muda-muda lagi. Tak tau malu betul. Amik rezeki orang lain plak tu. Apa nak jadi ni... nak hidup mudah aje... In the end memang ada yang tak dapat. Kesian diorang dah la ada kupon tapi tak dapat jugak. Sedih aje diorang. Abang Is siap menangis-nangis masa tengok orang-orang tua yang dapat bantuan tu. Tersentuh hati dia. I dah biasa tapi tetap sedih juga bila tengok tu. Tapi kalau yang muda-muda and buat perangai ni memang I geram la. Tak de nak kesian-kesian dah.
Selesai majlis kami balik ke hotel tapi bukan terus ke bilik la. Singgah di restoran terapung nak tengok-tengok barang. Nak tau, walaupun I perempuan and walaupun I selalu je membeli benda-benda merapu macam gelang semua ni tapi I rasa I tak la seteruk beberapa lelaki di dalam group petugas tu. Setiap detik dan ketika yang ada digunakan untuk membeli mutiara la, kristal la dan macam-mcam la. Paling banyak of course 2 benda tu lah. Sape yang lelaki sape yang perempuan ni? Hehehe...
Banyak kan. Tapi tak sebest kat Pasar Philipines kat KK la. Sana lagi best and lagi banyak pilihan la. I tengok-tengok aje tapi tak membeli pun.
Eh I look slim in both pic kan. Wah sukanyeeee.... Tapi muka masih tembam la...
Memang cantik pemandangan di sini.... Kamera I bagi budak-budak tu guna sebab kamera diorang tak de bateri sudahnya dorang sibuk ngan kamera tu and left me all alone to take my own photo. Tapi tak pe... I tak kisah sebab dah biasa.....
Malam tu for Iftar kami berbuka di restoran terapung. Makanan memang sangat sedap. Eh tetiba terasa terliur pulak bila teringat ni. Sedap sangat walaupun lewat datang makanannya. Yelah berbuka dengan air kosong je dulu. Tapi sangat worth it la makan kat situ. For the first time I minum air manis untuk berbuka; fresh orange yang super sedap. Selalu I minum plain water je. Tak pe sekali sekala kan.
Ada ikan steam, udang, sotong, telur, Sabah vege and daging rusa. Kat sana daging rusa dipanggil daging payau. Masa mula-mula tu I ingat daging tu rasa payau rupa-rupanya daging payau as in daging rusa. Hahaha....
My plate... semua ni habis I makan tau. Licin.
For terawih that night kami ke masjid yang lain pulak; Masjid Nabahan Kamal (kalau tak silap la) and the situation adalah sama dengan masjid semalam tu. dengan bising mengalahkan pasarnya, dengan saf yang huru-haranya dan budak-budak yang berlarian dan macam-macam la. Tak tenang betul nak beribadah. And again solat terawih yang super fast sebab imam di sini pun baca surah yang amatlah pendeknya.
That night berehat-rehat aje di bilik. Penat lah seharian. From morning tu ke sana kemari je. Overall ok la despite banyak masa terbuang menunggu. Kalau tidak lebih banyak aktiviti dapat dibuat kot. Ok later sambung untuk hari seterusnya pulak.
No comments:
Post a Comment