Tuesday, August 24, 2010

Hari kesepuluh Ramadhan : Sabah day 1

On the night before leaving for Sabah, I can't hardly sleep. At 2am baru nak tido after last minute packing and by 4.30am already wake up for sahur and to get ready. 5.30am driver datang pick-up and reached LCCT around 6.30am. Checked-in at 6.50am camtu and terus berlari cari surau untuk solat Subuh. I was the last one running through the boarding gate. Orang semua dah dekat plane pun. Dah la jauh nak menapak. Sabar je lah. Touch down at Tawau Airport around 10am. Dah ada driver yang siap menanti dengan Landcruiser Ninja. There's 2 group of us and since I'm the only lady in my group, dapat lah duduk depan. Yeay sukeeee. I memang tak suka dok belakang pun. Hahaha...  


The driver was the quiet type and kami pulak tak tau nak ke mana so after pusing pekan Tawau kami lepak kat tepi pantai depan masjid waiting for solat Jumaat. And while the men performed their prayer, I was alone menghiburkan hati.

Cantik kan the view


Orang tak de keje... hehehe....

Macam-macam aksi dah ha... Tu pun banyak lagi yang tak di upload.

Sedang saya enak-enak menikmati keindahan alam ciptaan Allah di samping mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang sungguh merdu, tiba-tiba saya terdengar jeritan. Siap maki hamun dan mencarut-carut lagi ok. Terkejut betul. Sape pulak la ni? 

Orang itu

Oh ada orang kurang waras rupanya. Siap mengamuk-ngamuk dengar imam tu baca surah-surah tau. "Apa yang kau semayangkan? Tutt tutt tutt (mencarut) aku ini kau tinggalkan begini sedangkan aku lah yang begitu taat pada malaikatmu.. tutt tutt tutt (mencarut lagi).... dan banyak lagi lah. Lepas puas memaki hamun mencarut-carut tu dia menangis meraung-raung lah pulak. Eeee buat orang takut aje tau. Dah la sorang-sorang. Ramai jugak yang pakat tengok. Kuat ok dia menjerit-jerit tu.

The other group ada lagi sorang lady but they parked the car at the other side of the mosque so tak dapat la I nak lepak dengan dia. After solat kami terus gerak ke Semporna. The other group tu plak sambung shopping kat Pasar Gantung.

At Semporna, kami tinggal di Seafest Hotel. Masa mula-mula checked-in, I saw the list and came to know that I was given the cheaper room than others yang lower grade than I am. I wouldn't mind kena share room semua tu but why gave me something lower than others. Dah la the others tu cuma N1 dan N17 aje. Tak boleh jadi ni. Mula-mula I asked the hotel staff to change tapi diorang tak kasi. So I smsed my complaint kepada staff yang in-charged. I wouldn't mind kalau semua sama je tapi ni kenapa nak beza-beza pulak ni. But for the time being , I masuk lah jugak ke bilik itu and terus unpacked my stuff. Siap iron baju semua terus sebab looking to the itenary, macam packed jugaklah the programme. 

 The view from my room. Nampak kampung air. And a jetty tempat boat nelayan berlabuh

That evening we were unsure of what to do sebab staf in-charged belum sampai. They took evening flight so maybe sampai after Iftar. Since we got nothing else to do and not sure where to head for our Iftar, I joined the other group and we went to the bazaar Ramadhan . Wah macam-macam yang pelik ada dijual di sana.


Ramai juga orang di sini. And semua looked at me with one kind of look. Maybe sebab pelik tengok my braces kot. Hahaha.... Yelah semua dok pakat tindik sana sini sekali I, pakai gelang kat gigi ok. Lagi taiko. Hahaha....

All kind of ikan. Ada satu tu ikan tu sangat scary rupa dia tapi I tak sempat nak shoot

Abang Is sibuk nak beli ABC. Kat sana almost separuh gerai jual ABC. All kind of colour. Rasa terliur je tengok. Dah la murah, RM1 je.

Murtabak kat Semporna ni pelik sangat. Instead of ada daging/ayam with telur and bawang berkari, murtabak sana letak kobis and bukan kobis berkari ye. Kobis? Apalah rasanya ye....

Tak ingat la nama apa dah benda ni. Yang sarung tu adalah kulit siput or something from sea la. Dalam ada pulut dan sebagainya. Again almost all gerai ada jual ni so mesti ni juadah popular lah kan.
  Sate dia besar-besar. Ni kalau makan 1-2 cucuk pun gerenti dah kenyang ni...

The crabs look yummy la pulak. Kat sana makanan murah-murah aje....

This one made with ikan bilis. Must be popular juga because found it at a few stall

Sedang kami asyik mencuci mata melayan makanan yang pelik-pelik di sana, dapat call suruh ke sebuah restoran sebab makanan telah disediakan untuk kami di sana. So ke sana lah kami untuk Iftar. Kat Semporna, waktu Maghrib masuk pukul 6.18pm ok. Awal betul dapat berbuka. When we arrived at the restaurant, the food spread was so banyak that all 9 of us couldn't finished it. In fact makan setengah aje kot. Begitu banyak yang di sajikan.

Nampak tu... banyak ok. Ada ikan 3 rasa, udang, sotong, sayur, kari, mee goreng, nasi goreng, kuih muih dan macam-macam lagi.  Tapi menu yang paling gempak adalah yang kat bawah ni ha....


Besar dan macam keras kejung aje kan. Tapi tak lalu nak makan sebab...

Gigi dia menakutkan ok. Semua orang pun macam takut nak makan. That night when I called my mom about the fish, my mom said sebab ikan tu tak pakai braces. Hahaha.....

Orang yang dah tak sabar nak berbuka. We were the only customers so rasa sangat eksklusif and begitu homely. Macam one big happy family aje....

That night makan dengan begitu berselera sekali. Kenyang sampai ke dada ok. Hahaha.... Lepas makan terus rushing ke hotel untuk pegi solat terawih. Oh before that I cari roti untuk bersahur. Puas mencari sampai few kedai masuk tapi I tak jumpa pun roti gardenia. Kalau ada pun roti apantah and dah tinggal satu and doesn't look good. The driver ikut je karenah I singgah at few kedai untuk cari roti. Finally I singgah kat bakery aje and beli one loaf. Kat sana roti dia jenis roti biasa-biasa yang ringan tu. Hentam ajelah labu daripada tak de.

Dengan jeans and tshirt, I selamba je pegi masjid. But it seems orang kat sana memang pakai biasa-biasa je ke surau. Tak la nak pakai proper macam nak pegi Masjid Putra tu. Ya Allah boleh kena heart attack solat kat sana tau tak. Rasa sangat tak selesa sebab macam-macam. Dah la I ni jenis yang sangat aware dengan segala yang berlaku disekeliling. Sabar ajelah. I rasa kena hantar surat kat JAKIM la supaya adakan program dakwah yang lebih kerap kat sana sebab pengetahuan diorang sangat lah cetek. Kesian pulak. Kemahuan nak datang masjid bersolat semua tu dah ada tapi kaedah pelaksanaan dia tak betul. Kesian jugak dengan diorang sebab mesti diorang tak tau. Imam pun kenalah main kan peranan sikit kan. Ke imam pun tak tau? Ooopsss....

Tengok la tu... pembentukan saf memang fail. Semua solat atas sejadah masing-masing aje. Pastu kalau ada yang keluar dari saf, tak de orang yang akan fill the gap. Biar aje kosong sampai orang tu datang balik.

Betul tak I cakap? Banyak je empty space. And if you all perasan, ada yang nampak kaki semua tu. Ada ramai je yang pakai telekung tapi tak pakai kain so kaki diorang bare aje. Mak cik sebelah I pun lebih kurang je. Puas la I tolong tarikkan kain dia untuk cover her feet.

Nampak sangat the space kan. Pastu budak-budak selamba je duduk in between them and that budak-budak bukannya solat pun. I pasrah ajelah malam tu.

Oh kat sana solat terawih kul 8.30pm dah selesai. The imam baca surah-surah lazim yang pendek-pendek tu. Rasanya 8 rakaat boleh selesai dalam masa 15-20 minit aje. So setakat 20 rakaat tu senang-senang aje boleh buat. Tapi I tak la buat sampai 20. Buat 8 aje. Pastu terus balik hotel. Mandi semua pastu berehat and nak tido. Sekali tengah mamai-mamai tu, kena panggil turun untuk briefing for tomorrow punya programme. Sabar je lah hati. It was around 11pm already kot.

Turun bawah and diorang ajak ke cafe tepi laut untuk minum-minum. I am obviously not in the mood to minum-minum. Penat seh. Mengantuk plak tu. Everyone ordered drinks except for me. I waited and waited and waited tapi no briefing was given. Berborak pasal apa ntah. After some times maybe dirang perasan how bored I was, diorang suruh naik aje. Mana ada briefing pun. Berborak pasal politik aje. Hampeh. Maybe diorang saje nak beramah-mesra kot.

Naik atas ingat kan boleh tido for good la kan. Baru nak terlelap hotel called nak upgrade bilik. Hish sabar je lah. Tadi orang complaint tak mo terus tukar. Ni dah tengah-tengah malam baru nak tukar. Geram je rasa. Amik semua barang and terus pindah to another room. Unpacked lebih kurang pastu terus tido. Not a good start for me. Banyak je yang macam tak kena. Tapi tak la sampai nak marah kan. Sabar... sabar....

So thats about it for the first day. Sangat meletihkan. Esoknya ada kerja yang menanti.

1 comment:

swit@kon said...

aku taklah arif sangat bab2 agama ni eny, tapi pasal saf semayang tu agak pelik. and i think u shud let JAKIM know bout this. kau dah dapat pahala betulkan kain yang nampak kaki tu. hihi