Monday, December 21, 2009

Super aunty

Ok sambung cerita Jumaat yang penuh drama. Malam tu around 8pm kitorang keluar ke East Coast Mall. Sajelah kan nak jalan malam-malam. Thalha drive so selain I, Mak, Dik Man, Ayum, my nieces Adah and Bila pun ikut. Belek itu ini and adalah benda yang dibeli. Masa nak bayar tu dah around 9.30pm and queue pun panjang. I plan nak beli donut kat Big Apple so diorang queue and I turun dulu. Since I ni kan aunty yang baik (ops bakul bocor) and suka bawak budak jalan-jalan (memang sangat suka) so I bawak lah Adah and Bila sekali. Tangan kanan dukung Bila and tangan kiri pegang tangan Adah.

Since dah nak tutup, tak banyak choice yang tinggal. I beli 1 dozen of doughnut and separuh darinya Alien. Nyum,-nyum sedapnya. Sambil beratur sambil melayan Adah yang dok tunjuk-tunjuk kat donut yang dia nak. Drama bermula masa nak bayar tu. I dah betul-betul kat kaunter waiting for the cashier nak pack the box.

Adah: Cik Ngah nak kencing.
Me: Ok jap eh.
Adah: Waaaaaa nak kencing. (menangis dan menjerit sekuat hati ok)

Pergh panic betul masa tu sebab I ingat dah terkencing dalam seluar ke apa ke. Nanti meleleh kat lantai tu sape pulak nak cuci. Pastu macam mana nak naik kereta dengan seluar dah kena kencing tu kan. Haish macam-macam dalam kepala ok.

Me: Adah kejap eh.
Adah: Waaaaa…. dah tak tahan ni. Cik Ngah nak kencingggggg. Waaaaaa
Me: Menggelabah bukak wallet bawak keluar duit bayar and cepat-cepat capai plastic tu. Dah la tangan kanan ni dukung si Bila. Aduhai. Merah muka I malu tau tapi yang penting nak kena cari toilet ni cepat.

Tangan kanan dukung Bila, tangan kiri pegang plastic donut and sambil berlari mata melilau cari signboard nak ke toilet. Sambil berlari dan melilau mata tu sambil tengok belakang takut tercicir pulak drama queen sorang tu. Pastu memberi kata-kata perangsang suruh dia tahan.

Adah: Waaaaa Cik Ngah dah tak tahan ni. Waaaaa.....
Me: Ok-ok nak pegi toilet la ni.

We were running towards an area and suddenly si drama queen ni cakap;

Adah: Cik Ngah nak bawak Adak kat badut ke? (sambil menangis)
Me: Tak lah. Nak pegi toilet la ni. (sambil berlari)

Budak ni ingat aje. Dulu I penah bawak dia pegi mall ni and ada badut. Diorang ni rupanya penakut dengan badut and kebetulan pulak toilet tu dekat area yang pernah ada badut tu. Dalam pada nak terkencing tu, sempat lagi ingat. Bijak… bijak.

Sampai toilet nak tak nak I terpaksa bawak masuk kotak donut tu sekali. Takkan nak tinggal kat luar kan. Tapi tak la bawak sampai dalam cubic kecik tu. Letak kat area sink aje. Meraung-raung dah budak tu and I cepat-cepat letak kotak donut, letak Bila and buka seluar dia. Toilet pulak tinggi so kenalah angkat dia letak kat atas tu. Pastu nak buka air dan sebagainya. Pergh kalut betul jadiknya. Dah settle tu barulah lega. Bukannya dah terkencing dalam seluar pun. Dia ni memang suka berdrama macam tu.

Later balik semula ke area kedai Big Apple sebab janji jumpa kat sana. Cerita kat Mak and Mak gelak aje. Hah tu lah semua orang dah terkena and sebab tu jugak parents dia kalau nak keluar akan tinggalkan Adah kat rumah kitorang. Susah bawak dia ni.

Sabar ajelah. I ni dari dulu selalu bawak adik-adik I yang kecik berjalan. My nieces pun dari diorang baby I bawak keluar berjalan. Sepupu pun ramai. Dah macam-macam perangai I hadap tapi sorang ni memang over.

Balik tu semua orang gelak kan I. Diorang memang dah selalu kena and dah masak sangat dengan perangai drama queen terhebat tu. This time I pulak yang terkena. Tak pelah nak buat macam mana. Nama pun budak-budak kan. Lenkali I taulah macam mana nak deal dengan dia ni. Sebelum keluar kena warning dulu. Hehehe…

Nasib baik ada aunty yang boleh tahan kuat ni ok. Setakat berlari kat mall tu small matter aje. Dah biasa tapi masa menjerit kat kedai tu memang memalukan ok.

Agak-agak kan mesti orang kata; “Tengoklah tu mak dia nak beli donut sangat anak nak terkencing pun boleh buat dek aje” Padahal dia baru je bagitau and in fact baru je pegi toilet masa kat Parkson tadi. Ini budak…..

Tapi incident itu tidak membantutkan semangat I untuk membawa budak-budak keluar sebab best ok. Dealing with them memanglah kadang-kadang sangat menggeram dan memalukan tapi sangat kelakar dan puas hati. Seronok weh. Nothing I can’t handled yet. Lagipun bukan selalukan. Esok dah besar dah lain pulak ragamnya.

So anyone looking for babysitter, you know where to find me ok. Hehehe….


Adah si drama queen terhebat yang belah kanan atas tu. Yang bawah tu Bila si muka kartun. Suara pun macam kartun ok. Pak Man rindu ngan anak sedara, lama tak jumpa.

No comments: