Wednesday, December 02, 2009

Balik Kampung Day 5 (updated with photos)

Uih ngantuknyalah pagi ni. Malam tadi mimpi macam-macam so bangun rasa penat aje. Anyway tanpa melengahkan masa lagi mari sambung cerita balik kampung yang tak habis-habis ni. For those yang dah bosan membacanya, sila click kat butang merah belah kanan atas tu ye.

Ok hari kelima dimulakan dengan membuat breakfast. I masak mee goreng. Mee vege aje sebab udang tak de. Semua bahan-bahan diimport dari Putrajaya dan Sungai Petani ye. Semangat tu nak masak. I ni kan, semenjak dah pandai masak mee goreng ni, asyik masak mee goreng aje. Dulu I tak suka makan mee goreng. Suka kueh teow aje. Bukan tak suka mee tu sebenarnya tapi tak suka mee kuning. Sekarang ni dah ada mee Cintan yang macam maggi tu kan, barulah semangat nak makan mee balik. Eh apa dah melalut  cerita pasal mee ni.

Ok lepas sarapan, kerahan tenaga pun bermula. 2 orang telah menjadi buruh binaan manakala seorang lagi telah menjadi Bangla potong rumput. Hahaha…. nasib la korang kan. Dik Man and Ayum tolong Pak Su punggah batu untuk tambak jalan yang menyebabkan kereta kitorang lekat semalam. Tak sangka Ayum yang kenit itu mampu membuatnya. Hebat…hebat. Mamat pulak pinjam baju Pak Su and mesin rumput sekali pastu memulakan aktivitinya memotong rumput yang dah bersemak keliling rumah tu. Mamat bab-bab ni memang boleh diharap sebab kat kebun Abah kat Kuantan pun dia yang selalu tolong potong rumput time dia cuti.

Ok lelaki kena jadi buruh kat luar. Yang gadis pulak kena jadi maid kat dalam. Hehehe… I and Akak tolong mengemas kat dalam. Later teman Mak Abah ke pasar. Ayum pun ikut sekali. Macam-macam kitorang beli termasuklah durian sekali. Balik dari pasar singgah ke rumah a few sedara nak jemput makan kenduri. Sempat la jugak petik and makan rambutan. Yummy sedapnya…

For lunch we had masak lemak ikan sungai, sambal tumbuk ikan dan ulam-ulaman. I yang buat sambal tumbuk tu. Gila penat nak membuatnya. Kena pakai ikan sungai yang dibakar. Nak bakar tu tak de hal sebab bukan I yang bakar pun. Nak menumbuk cili dan sebagainya pun tak de hal. Yang menjadi halnya ialah nak membuang tulang ikan yang beribu-ribu lemon banyaknya tu. Naik juling biji mata ni hah. Tapi bila makan… aaahhhh nikmatnya. Duduk kat kampung ni, I tak heran dah lauk pauk lain. I makan sambal tu dengan ulam-ulam aje. Nikmat tak terkata woo.

Kat kampung jugak ada satu daun ulam yang menjadi kegilaan I. Pucuk Beka (tak tau nak eja camana). Daun ni bila makan dengan sambal akan menjadi lebih pedas. So Pak Su I gelar pucuk pedas. Bila I balik aje dia cari punya banyak lah. Tapi tak puas-puas makan jugak tu. Kalau boleh hari-hari nak makan. Another one ialah temulawak. Temulawak ni macam halia tapi lagi sedap la. But this time temulawak tak de sebab asyik hujan aje jadi berendam dengan air Cu kata. I ni bagi la ape je ulam-ulam ni semua I belasah. Tapi jering and kerdas aje yang tak.

Petang tu buat ape ntah tak ingat dah. Oh ok dah ingat. Petang tu gi mandi sungai dengan Dik man, Akak and Ayum. Hujan so air agak banyak and deras la and keruh. Banyak pun tak de lah dalam mana, takat betis and lutut aje. Bila air keruh, rasa berpasir je badan. Tapi tak kisah lah labu, asal dapat berendam dalam sungai.

Malam I tak makan pun sebab siang tu I dah makan 3 pinggan nasi. 3 pinggan korang. Pengsan. Macam manalah nak kurus camni. Dugaan betul.

Malam macam biasa kena bentang tempat tido untuk acara tido berjemaah. Kat kampung sejuk woo. Kena pakai selimut. Lagi satu kalau kat kampung malam tu rasa awal aje. Rumah jauh dari jalan so tak de la nak dengar bunyi kenderaan etc. Sunyi aje. Kalau ada pun bunyi cengkerik and bunyi kitorang yang bising lah. Nak tengok TV pun takat manalah sangat kan. So boleh lah nak tido awal kalau dah tak de ape nak buat tu. Kepala pun tak rungsing nak pikir pasal keje kalau kat kampung. Bestnya lah hai.


Gembira nampak.... nyanyi lagu apalah tu agaknya....

Buruh buat jalan yang begitu rajin membanting tulang pagi tu. Paling tak tahan, semangat si kecik tu. Tak padan dengan badan tapi kerja kuat weh. Syabbas betha.... (sila baca dalam nada cerita hindi ok)

Ini pulak Bangla potong rumput. Hehehe.... Bagus buat calon suami ni.... Ada sape-sape berminat? Wah promote adik sendiri nampak....

Abah sedang membakar ikan dan petai. Best woo kalau kat kampung ni. Boleh bakar atas tanah terus. Pakai kayu api so lebih real rasanya instead of pakai dapur gas.


No comments: