Ok sambung cerita balik kampung. Monday tu semua orang pun busy. Pengantin ke salon nak kene solek, Abah and Mak pergi menjemput rombongan pengantin perempuan; kereta Abah kena jadi kereta pengantin. Kami pulak ke dewan. Dewan tu punyalah jauh tapi dah itu aje yang ada so redah ajelah. Pah Teh I ni polis so majils tu buat kat Dewan PDRM. Banyaklah pak polisi kat sana. Bukan setakat pak-pak, abang-abang yang berbadan sasa pun ramai tapi….. ada aku kesah? Hahaha….
Oh I telah dipertanggungjawabkan untuk menyambut pengantin. I pernah tengok Mak buat masa Lina’s wedding dulu so this time I yang kene buat sebab Mak akan datang dengan rombongan pengantin perempuan. Bila nak menyambut pengantin ni, mula-mula kena tabur dengan pulut kuning, pastu percikkan air mawar sket and barulah jemput rombongannya masuk. Kena buat kat pengantin and semua rombongannya. Oooh barulah chek tau.
Sementara menanti pengantin datang, kami yang di dewan ni dah sibuk dengan tetamu-tetamu yang datang. Macam-macam benda nak buat. Paling kritikal, nak bagi benda alah souvenir tu. Kelam kabut la jugak sebab Mak Teh insist nak buat ikut cara dia tapi later dah kelam kabut I lah yang take control. Abis semua kene jadi askar kerahan termasuklah Apis, Mamat and Dik Man. Tak ke lawak jadinya bila lelaki-lelaki macho kena bawak bakul ke setiap table and agihkan souvenir tu. Tapi lantaklah kan asal keje jalan. Lagipun kitorang je sedara yang datang so kenalah tolong mana yang patut. Kesian jugak tengok Pak Teh and Mak Teh kelam kabut tu. Maklumlah anak sulung kawin sudah tentu tak pernah handle lagikan.
Bila pengantin sampai I pun buat lah tugas I. I’ve noticed that I punya perangai malu melampau macam tak de hidung I ni dah berkurang sket. Kalau dulu jangan harap lah I nak buat. Malu gila seh. Bagus jugak bila asyik kene jadi usherette ni. Keje retail dulu pun banyak mengurangkan rasa malu I ni. Sekarang mesti orang kata; Eny pemalu? Biar benar. Hehehe…
Anyway bila pengantin sampai makin sibuklah. Tak menang tangan jugaklah sampai later on bila dah penat tu I lepak kejap kat meja Mak Abah. Mula-mula tu nak makan tapi tak sampai hati sebab kesian tengok Mak Teh and Pak Teh yang sibuk tu. Tapi pastu kepala dah pening semacam so makan lah jugak. Masa tu makanan dah start kena catu so dapat makan ciput aje.
Oh satu lagi perkara yang I belajar ialah bila nak buat kenduri ni perlu diambil kira ialah style makan penduduk setempat. Kalau kat KL, orang datang makan kenduri tu makan amik syarat aje. Tapi kat Kedah ni orang datang makan kenduri balun cukup-cukup. Jadinya makanan kenalah extra banyak compared tu jumlah jemputan. Pak Teh and Mak Teh cukup risau takut makanan tak cukup. Ada yang siap bertambah bagai ok. I pun naik risau melihatnya. Alhamdulillah makanan cukup sampai petang tu.
Memandangkan majlis dibuat pada hari kerja, peak hour adalah masa rehat. Office mate Pak Teh and Mak Teh datang menyerbu reramai. Tak menang tangan jadiknya. Petang tu dah reda sket so I pun lepak ajelah dengan Mak Abah and adik-adik. Later Atikah pun join sekali. Bila dah tak ramai prang tu, pak-pak polisi ni pun sakan la berkaraoke. Paling best, ayah pengantin pun siap nyanyi satu lagu. Yang lawaknya, masa tu Mak datang bagi bunga. Kecoh satu dewan. Alah kakak bagi bunga kat adik dia, apa salahnya kan.
It was quite late in the evening when we left the hall. I tak solat lagi tu yang kene balik jugak tu. Balik rumah mandi, solat and packing barang sebab malam tu nak pegi tido kat rumah Pak Teh yang lain pulak. Bilik pengantin buat kat sana. His second home ni nun jauh kat Pendang sana. Rumah di tengah ladang getah. Best ah macam balik kampung aje sebab ada pokok keliling rumah, pokok kelapa and of course ada ayam sekali. Kampung kalo tak bela ayam macam tak real aje kan.
Malam tu sedara mara Mak Teh and pengantin perempuan ramai la yang datang. So I malas nak keluar, lepak dalam bilik aje dengan Akak, Nina and Atikah. Syok ah. Dah lama tak lepak sekali dengan cousins macam ni berborak sakan. Dah besar-besar ni ramai dah keje, ada yang dah kawin so jarang boleh berkumpul. Bila dah dok saje tu mulalah buat benda macam-macam termasuk I sekali. Nak tau I buat ape? Pakai inai korang. I am not a fan of inai-inai ni. In fact this is my 3rd or 4th time memakai inai sepanjang umur dah nak masuk 32 tahun ni. Tapi ntah kenapa malam tu ok aje. Ni dah masuk keje balik ni mula lah segan bila kuku berinai ni. Dah la cuti lama, sure orang ingat kawin dah ni. Hehehe…
Later Mak pun join sekali. Macam-macam Mak cerita. Yang kelakar tu, cerita pasal apa ntah. Sekali masuk cerita pasal nail colour semua ni. Atikah ada la pakai nail colour kat kaki dia tu. Lepas Mak cakap tu, dan-dan tu terus amik kapas and nail polish remover and terus cuci colour tu. Hah tau takut. Mak I ni pangkat Mak Long. Anak-anak sedara memang respect lebih sikit kat Mak I. Ingat lagi dulu-dulu masa kitorang remaja. Lina (my other cousin yang tua setahun dari I) suka la pakai seksi-seksi ni. Tapi bila kitorang datang, terus tukar baju dia sebab segan kat Mak I. Kuat penangan Mak Long ni. Hihi.
Malam tu tido lambak lagi beramai-ramai. Lenkali kalao nak buat rumah, kena buat ruang besar macam kat rumah Pak Teh ni lah. Senang besok bila adik-beradik datang beramai-ramai hah tido lambak aje. Penat betul hari tu. Lega dapat tido…..
1 comment:
eny... meh sini email ko ku nak explain pasal usana.
pastu kasik no skali tepon skali ok. segera ku kol.
Post a Comment