Ok meh nak ceria pasal dinner hari tu. We were having problem deciding for a venue sebab according to Mr. Big M, he wanted to do it at PJ Hilton. We were having reaaaaly tight budget so tak boleh la nak buat kat sana. Cari sana cari sini and akhirnya it was decided that Sime Darby Convention Centre would be the pick. Kat depan INTAN Bukit Kiara aje pun tempatnya but I didn’t know.
Dari segi luarannya, the place was ok la. Parking free and enough for everyone. (agaknya lah kot). But that’s about it. Yang lain-lain tu tak best mana pun. Makan memang out lah.
Dewan memanglah besar and all tapi stagenya sangatlah kecil. Mana nak letak rostrum lagi, nak letak band punya stuff lagi. Hiasan pun setakat daun-daun aje. No flowers at all. Cutleries agak kotor. Selalunya kat hotel-hotel kan berkilat aje. We had Muhibbah Set that night. Tapi as I said, foods memang fail lah. The first big no-no was when we found some hair in the soup. Not hair but “bulu” Eeee yuks! Jumpa 2 pulak tu. Luckily diorang served soup kat I lambat sket so I memang tak sentuh langsung soup tu. It was Ita and Zakiah yang terkena. Ita sat just beside me whilst Zakiah was on the same table too. Sup Bulu. Eeeeee…
The event started agak lewat from scheduled. Biasalah kan kalau tunggu orang-orang besar ni. Makan and dengar ucapan. Wah panjang berjela you. In between that ada cabutan bertuah. Ok that night punya cabutan bertuah memang meninggalkan kesan yang dalam lah pada semua yang hadir. Wah kesan mendalam sangat lah kan. Kesan mendalam yang makan hati punya. Ada banyak hadiah yang disediakan. Hamper aje dah berpuluh-puluh, tiket free, kerusi jati and stuff. Malangya hanya dalam 30 hamper aje yang sempat dibagi sebab time was so short. Tapi I tak salahkan time but more towards the arrangement.
Dah tau masa suntuk and hadiah banyak, tak payah lah nak sebut nombor satu-satu and siap bagi sekali hadiah tu. Nak sebut nombor lagi, nak tunggu pemenang datang ke depan lagi, pastu sambil amik hadiah nak la bergambar bagai la kan. Semua tu kan makan masa. Patutnya, suruh VIP cabut nombor, sebut nombor yang bertuah tu and suruh pemenang pergi kat meja hadiah and tuntut the hadiah from there. Barulah cepat kan. Nak buat macam mana, MC and department yang in-charged untuk hadiah ni tak terfikir macam tu kot. Tak pe lesson learnt. Lenkali sila buat seperti yang telah dicadangkan ok.
Next thing was performance on that day. Masa makan tu ada lah band from KEJORA yang performed. Lagu biasalah kan lagu lama-lama. Lepas ucapan and bagi-bagi hadiah tu, MC announced ada artist from Indonesia yang akan buat performance. Ingatkan famouslah kan sekali tengok ntah minah Indon mana ntah. Nama dia Dian apekebendantah. Tak ingat dah. Masa dia naik stage tu, I was like sape lah pulak ni. Sekali dia menyanyi, amik kau, terkesima ok. Ooh dulu dia ni ada lagu popular. Sedap suara dia. Tapi sempat nyayi 2-3 lagu aje sebab dah lewat sangat dah. It was 11.30pm then. So she ended her performance and MC called it a night. Dah habis dah…
Hadiah banyak lagi tak bagi tu. Dah la agensi-agensi banyak bagi sponsor. So apa lagi…. marah la kan. Well nak buat macam mana. Sometimes things might not goes as our plan. Nampaknya hadiah tu akan digunapakai masa event-event lain lah kot. Hopefully agensi-agensi takkan serik lagi untuk sponsor hadiah for next dinner. For those yang in-charged untuk hadiah next time, ingat ye; plan baik-baik. Timimg kena jaga.
So itu lah saje dinner kat sini. Tak best langsung. Sangat skema and full with protocol. Dah la kena pakai batik. Kan best kalau dinner ni ada tema. 70s ke, summer holiday ke or at least colour theme ke. Ini tidak, sama aje macam event-event lain. Dinner ni selalunya untuk raikan kerja sepanjang tahun kan so mestilah mode relax aje. Kalau dah mode skema dan berprotocol, memang tak best lah. Hopefully next year boleh lah buat dinner yang bertema sket. Macam masa keje swasta. Best ape, boss-boss pun boleh enjoy the night. Tak de protocol-protocol ni.
For those yang tak dapat join this year, next year ada lagi. Silalah join ye. Ok nak balik dah. Bye.
No comments:
Post a Comment