Syoknya datang keje hari ni. No need to iron my clothes, no need to wear batik and with bare naked face; no cream nor powder or anything at all. Kan best kalau hari-hari camni.
By the way, hari ni ada training pasal kebombaan kat balai bomba precint 7 sana tu so participants kena pakai sport attire saje. Tu pasal tak payah nak iron clothes dan sebagainya. Dan apa kes nak berbedak bagai bila dah nak berpeluh-peluh ni kan. Mau makin teruk jerawats naik kat muka ni hah.
Yeah rasa semangat nak bersukan pulak. Memang betul la kan bila orang cakap pakaian boleh mencorakkan kita kan. Kalau pakai baju formal, perangai pun macam formal aje. Like kalau pakai baju kurung kan, suddenly menjadi begitu sopan dan ayu gitu (walaupun I know I’m not sopan nor ayu at all). Bila pakai baju sukan, wow rasa sangat aktif macam nak berlari dan bersukan gitu. Bila pakai t-shirt and jeans pulak rasa macam sedikit rock gitu. Oh nak-nak bila pakai cargo pants. Pergh rasa macam macho aje. Bila pakai blouse and pants pulak berubah sket jadi a little bit sopan. Pelik…pelik. Ke I sorang je yang macam ni?
Anyway, agak terkejut jugak la bila tengok senarai kehadiran before balik semalam. I’m the only perempuan ok. Aduh camne ni eh. Ni yang eden raso sogan ni. Tapi takpelah kan, anggaplah sebagai refresher course. I ni nama je dapat award terbaik akademik masa kat bomba dulu (errr ini bukan statement berlagak ye!), cuba korang tanya balik sekarang. Hapah sebutir habuk pun tak ingat dah. Dulu ye-ye buat revision bagai nak rak. Hafal itu ini. Nasib baik boleh buat masa test tu, siap bagi orang tiru lagi ok. Sape yang tiru itu untung la, sape tak nak tiru koranglah yang rugi kerana I was so pemurah masa tu. Tapi sekarang tak ingat langsung dah.
Oleh sebab boleh pakai sport attire hari ni, I pakai t-shirt merah yang dapat masa kat bomba hari tu. Saje la nak feeling-feeling DPA balik. Tapi kan, hari ni mendung aje. Nak padam api apenya kalau dah mendung camni. Dah la tentative programnya ada kawad hose, kawad basah and teknik pemadaman. Kawad hose weh… oh siksa gak dulu nak buatnya. Mau berkawad dalam hujan karang ni. Tapi harap-harapnya biarlah tak hujan tapi stay mendung aje. Baru la tak kepanasan kami ni nanti. Kulit pun tak la sunburn teruk sangat.
Ok nak gerak dah ni. Cerita balik kampung yang tak habis-habis lagi tu nanti sambung ye. Daaaa
2 comments:
camne ko dapat g kursus kat bomba nih?
ko pasukan keselamatan kkklw ka?
Aah. Aku kena jadi pasukan keselamatan. Last minute je pun sebab aku tanggung tugas orang yang sepatutnya. Kerani dia pulak MC sebab campak so aku le tu yang kene.
Post a Comment