Another aktiviti berpeluh secara berjemaah yang telah dilakukan pada bulan Oktober ialah Putrajaya Night Marathon. Kali ni lagi best sebab turut disertai oleh 2 of my siblings; Akak and Ayum. My parents came to attend a wedding so dah alang-alang diorang ada kat sini baiklah I ajak join sekali kan. Adah and Meera pun nak ikut tapi tak bawak kasut sukan so tak dapat la nak bawak.
As usual, kalau kat Putrajaya ni mana lagi tempatnya kalau bukan kat tempat yang beberapa kangkang kingkong dari rumah I tu kan. So menapak la kami dari rumah. Kira macam warming up la jugak tu kan. I macam excited sangat sebab Akak and Ayum join sekali. Selalu kan I sorang aje. Kalau ikutkan I belum recover lagi dari from the bad cough and lately bila malam je demam. Tapi seronok punya pasal I gagahkan jugak. Dalam hati risau jugak kot terpitam ke apa tapi Alhamdulillah tak de apa.
They wore someone else bip
We started running around 9pm. Mula-mula sekali la tapi lepas tu Ayum jauh ke depan. I dah pesan suruh dia tunggu kat finishing line kalau sampai dulu. Halfway thru Akak tak larat sebab sakit perut. She underwent a surgery to remove her appendicitis few months ago so agaknya tu sebab dia cramp kot. So kitorang jalan aje lah. I pun tak berapa larat sangat. Kaki rasa berat aje. Tu tanda berat badan makin naik la tu. Penternakan lemak yang sangat berjaya. Hehehe......
Ayum sampai way earlier from us. Hebat jugak budak kecik tu. Kalau ikutkan in our family, dia la paling lembik sekali. Now dah jadi lelaki sejati ni dah tak lembik dah. Dah gagah perkasa gitu. Hebatlah Ayum! So we asked him to take the 100plus drinks for us. Tak payah la nak beratur lama nanti kan. When we reached finishing line, selain dapat sijil, we also got food pack yang ada roti and bingka ubi. I tak faham kenapa bingka ubi yang dipilih. What's so special with bingka ubi ni eh?
Since Puan K tinggal kat Seremban so lepas berlari diorang terus balik. We all pulak macam biasa ada sesi-sesi melepak sambil makan, melawak dan bergambar sakan. Teruk Ayum kena jadi mangsa usikan malam tu. Member diam aje lah. Mesti dalam hati dia pelik kan. Macam gini ke kawan-kawan Kak Ngah ni? Macam budak-budak. Hahaha..... Kitorang ceria gitu...
Back row from left : Leen, Sal, En. Ap, Zam and Shafarid
I rasa inilah event paling kedekut pernah I joined. Bayar mahal tapi goodies beg tak de. Cuma dapat food pack tu aje. Yang ada kuih bingka ubi tu. Actually I bukan la nak sangat goodies bag tu tapi ni kan first time Akak and Ayum join so kalau boleh I nak la diorang merasa dapat goodies bag macam event-event lain. Tapi tak pelah. Kalau ada rezeki next time la ye.
Hopefully lepas-lepas ni akan ada banyak lagi event berpeluh secara berjemaah yang Ayum and Akak boleh join. Lagi ramai my family dapat join mesti lagi best kan. Bulan Oktober I cuma join 2 event aje. This year banyak event I tak dapat join sebab clash dengan beberapa benda lain. Ada yang I dah bayar dah pun. Nak buat macam mana. Bukan rezeki.
Next event would be Putrajaya Diabetis Walk on 13th November. Kali ni buat kat Taman Wetland. Last year punya best. Hopefully this year akan lebih best lagi. See you there....
No comments:
Post a Comment