Saturday, October 29, 2011

Future angkasawan


Wah lamanya tak berblog. Banyaknya benda nak cerita tapi malasnya nak upload gambar. Hehe.... Anyway, this time I nak cerita sikit pasal my lovely niece; Adah. I pernah cerita pasal cita-cita si Adah ni yang nak jadi angkasawan kan. Cita-cita tak agak-agak kan. Memang jadi bahan la kat I. Hehehe.....

After raya hari tu Adah kena chicken pox so dalam 2 weeks jugak la dia skip school. Elok masuk sekolah balik dia ada exam. Gigih makcik tu study nak exam ok. Padahal exam tadika je pun. I masa kat U pun takdenya study-study ni. Tapi bagus lah kan. Nak jadi angkasawan kenalah pandai kan. Dalam pada dia sibuk nak exam tu, I sempat la mengusik dia.

Me : Adah, Adah kena dapat semua A tau. Kalau ada satu B, Cik Ngah rotan 10 kali. Kalau satu C rotan 20 kali. Cik Ngah tak kisah Adah dapat nombor berapa pun tapi semua kena A. Faham tak ni?
Adah: A tu penting ke Cik Ngah.
Me : Pentinglah. Semua kena A tau.
Adah : Ok

So masa dia tengah exam tu I saje je call nak ingatkan dia pasal denda rotan I tu. Hahaha..... Actually I didn't meant it pun. Saje la nak mengusik. Tapi dia ingat so baguslah. At least she would try her best kan. Tadi I called her mother. Saje lah nak menyembang. Sekali my sister in law tanya Adah dah bagitau result exam dia ke belum sebab I called Adah before. Adah didn't tell me yet tapi lepas Ummi dia bagitau I dah ada modal baru nak mengusik lagi. Hahaha..... I suka je bab-bab mengusik kasi menangis ni.

Anyway, her mother told me that one day dia balik sekolah cakap dia sakit hati. Wah kecik-kecik dah pandai sakit hati eh. More like geram la kot. She got her exam result already. She got number 4 with 7 A and 1 B. The B is for Bahasa Arab. Ish ish ish anak ustazah tak pandai Bahasa Arab la pulak. Lawak betul Adah ni. Tapi I tak blame her la sebab dia pun baru je start kat sekolah yang belajar Bahasa Arab tu. Orang lain dah start at 5 and dia start at 6. Because of that 1 B, dia siap menangis-nangis sebab takut kena rotan. I sukeeee....... Takut jugak dia dengan I eh. Adah....Adah....

Like I said earlier, masa I cakap tu I memang tak de niat nak rotan pun. Saje je nak mengusik tapi sekarang I rasa macam nak buat betul-betul pulak. Not because of dia dapat B ke apa tapi sebab kalau I tak buat, nanti next time bila I cakap nak denda mesti dia tak heran dah sebab dia tau I just cakap aje. But don't worry, I tak kan la nak rotan kuat-kuat pulak kan. Rotan kat tapak tangan je. Besides rotan, I tengah contemplating on other denda untuk gantikan rotan tu. Agak-agak nak denda apa eh.

As for that 7 A's, I kasi la hadiah nanti. Bab bagus kena la reward kan. Lagipun sekolah dia just kasi hadiah sampai nombor 3 je. Before ni dia dapat nombor 10 and lepas kena ugut terus dapat nombor 4. Bagus jugak teknik ni kan. Hahaha..... But don't worry, I tau tak elok ugut-ugut ni. Kena give motivation instead kan. Itu memang I selalu dah buat. Sekali-sekala mengusik tak salah kan. Hehehe......

In terms of academic, I rasa Adah ni bijak orangnya. Cewah puji anak sedara sendiri la pulak. Hehehe..... Tapi memang betul pun. Kalau mendapat bimbingan yang berterusan Insya Allah dia akan berjaya dalam pelajaran. Tapi bukan senang nak jadi angkasawan ni kan. Bijak is one thing. Being fit is another thing. Adah ni kuat makan so faham-faham je lah kan. Badan mantoppp. Susah betul nak kawal dia makan.

I told her that nak jadi angkasawan kena lah kurus sebab angkasawan kan naik roket. Nanti berat sangat tak naik roket tu. Hahaha.... I siap berlakon konon-konon jaga pusat kawalan la apa la. "Kapten Syuhadah..... ada masalah dengan roket kapten. Kapten perlu meninggalkan roket kerana ia tak dapat terbang." Elok je Adah keluar terus roket tu terbang. Laju je. Each time pun mesti dia ketawa mengekek bila I berlakon macam tu. Macam mana la nak control dia makan kan. I know budak membesar ni memang berselera makan tapi elok la kalau kita kawal sekarang kan. Kang dah obese kang susah pulak. Hehehe.....

Oh ada lagi satu funny story pasal cerita angkasawan ni. We were on the way to a shopping complex. Naik her MyVi. Ramai-ramai so mestilah sempit sikit kan. So my sister in law kata Adah nanti kena beli kereta besar la apa la. And this is her response.

"Adah nak jadi angkasawan. Nanti Adah kaya. Ada duit berjuta-juta. Ummi, sape bayar gaji angkasawan Mi? Makhluk asing ke?"

Adah... Adah.... Sakit perut melayan dia ni tau. Eeee tak sabar nak balik and tanya pasal 1 B dia tu. Nak tengok si drama queen berdrama. Dah la dia menangis tak de intro. Terus je melalak. Confirm dia akan menangis sebab cuak ni. Hahaha......

Berapa lama lagi la nak kena dengar cita-cita dia nak jadi angkasawan ni eh. Budak-budak bukan boleh percaya sangat. Cepat aje berubah. Lepas ni apa pulak cita-cita dia eh. Rindunya dengan anak-anak sedara. Tak sabar nak balik cuti Raya Haji ni.

No comments: