Hello kawan-kawan. Kembali bersiaran bersama Eny. Cewah nak feeling-feeling host pulak. Buat apa weekend? I macam biasalah. Kalau tak menjadi perajin atau pemalas kat rumah, keluar makan and shopping dengan kawan-kawan, I joined aktiviti berpeluh secara berjemaah.
Yes. Stop hunger gitu. So aktiviti berpeluh secara berjemaah minggu ni ialah Walk for Hunger. Last year pun I ada joined the same event. If last year pakai baju kuning then this year kita pakai oren. Kang pakai kuning kang orang ingat BERSIH pulak kan. Buat kat tempat biasa jugak. Mana lagi kalau bukan kat tempat yang beberapa kangkang kingkong dari rumah I tu. I warming up dari rumah berjalan tengah panas terik tu tau.
Meriah jugak la event site. Mostly ada games untuk kids
This year kurang meriah sikit comparing to last year sebab last year buat sampai malam. Siap ada concert Ramli Sarip lagi. This year ada concert gak. Mizz Nina and few others tapi buat petang so lepas habis jalan, amik goodies bag and ramai yang terus balik.
I walk with empty stomach tapi balik rumah terus makan the free KFC burger and leftovers from Kenny Rogers. Kenyang betul. Macam defeat the purpose pulak. Dah la sia-sia je pembakaran kalori petang tu sebab top up double. Lemak-lemak tepu pulak tu. i rasa lately macam asyik makan aje. Badan pun dah rasa berat sikit. Nak kena puasa balik ni. Dah lama sangat tinggal. Nak start malas tapi bila dah start Insya Allah rajin nak teruskan. Bila la nak start puasa balik ni......
Oh ada satu event lagi yang tak update. Putrajaya Night Marathon. Tu next eh.
2 comments:
tak pong gambar aku.. :(
Fatahah,
Eh kan ada satu tu.... Nak buat camne, asyik terpisah aje.
Post a Comment