Hari ni I pening sangat. Pening sampai rasa nak termuntah. Bluwek! Pening kali ni bukanlah disebabkan oleh stress atau angin or anything yang berkaitan dengan kesihatan. Tapi pening sebab wangi sangat. Hehehe.... Serious ok. I wangi sangat hari ni sampai pening tahap nak termuntah. Ye, ye silalah gelak tapi I serious ni. I pening sebab wangi sangat. Hahaha.... And no...no.... I'm not wearing any perfume. Tapi sort of perfume lah jugak kan.
This is the culprit that made me nauseous
Jannah recommended me to buy this softener and last time when she did my laundry she used this and baunya adalah sangat wangi. Contohnya my telekung. Bila nak solat tu sedapnya la bau my telekung itu. Even after banyak kali pakai pun still wangi lagi. Tapi disebabkan kemalasan I, I jarang la guna softener kalau buat laundry.
Entah macam mana last week punya laundry I terlebih rajin. Semua I letak softener. Banyak pulak tu. I ni memang suka letak benda banyak-banyak. Kononnya kalau banyak tu performance akan lebih baik la. Kalau bau pulak akan lebih wangi la. Like detergent. Kalau membasuh tu I suka letak sabun banyak-banyak. Nanti kan bau dia wangi je. So last week punya laundry (ada la 3-4 load) semuanya telah dicurahkan dengan softener. Curah ye. Bukan letak satu penutup ke apa. Kalau dah curah tu faham-faham je lah banyak mana kan.
So hari ni amik ubat. Pening tak hengat sebab wangi sangat. Hahaha...... I rasa kalau kat baju mungkin tak la ketara sangat. Yang membuatkan I pening sangat tadi sebab tudung tu. Kuat betul bau wangi dia sampai I rasa nak bernafas pun susah. Tak sabar-sabar I nak tunggu balik tadi. Tak tahan nak bukak tudung. Hehehe.....
Moral of the story, silalah guna softener ikut sukatan. Kalau tak silalah tahan dengan bau yang terlebih wangi itu. Aduhai how la to wear all clothes yang super wangi tu? Mau kepeningan aje I selepas ni. Bluweeekkkk....
No comments:
Post a Comment