Sunday, June 27, 2010

I am a worrier

As in perisau and not the warrior si perwira. I worries a lot because everything worries me. Like the one about my sister now. After her STPM, I worried that Siti will go to U yang jauh and not within my reachable radius. Then when the result was out and she didn’t get any offer, I worried about her future. Will she ever make it, where, what course, how and everything lah. Then on Friday night she smsed me about the offer from UPNM. Kena lapor diri on 4th of July. Nextweek la tu. Although I am happy that she finally make it and the course sound interesting and the campus is very very near but it didn’t stop me from worrying. In fact worrier than ever.

Although I don’t know much about UPNM but I know it is a military-related college so it is not like any other IPTA. It was formerly known as ATMA or Akademi Angkatan Tentera. I checked their website and it said there that there are 2 categories of student; civilian and cadet. All civilian students are required to join the PALAPES aka ROTU. A mandatory requirement. Itulah yang paling merisaukan saya.


My sister ni walaupun sangat atif bersukan dan sebagainya tapi jiwanya adalah ke arah bidang pendidikan. Pendidikan dengan ketenteraan ini adalah dua bidang yang sangat sangat sangat berbeza. When I told Abah about the PALAPES requirement, Abah kata saya ni memandang rendah akan kebolehan adik sendiri. Kalau dulu saya boleh kenapa adik sendiri tak boleh. Kalau dulu saya join macam-macam benda yang lasak kenapa bila adik nak buat saya kata tak boleh? Aduhai….Sebab saya dah pernah joined this kind of activities la menyebabkan saya risau terlebih ni. Bukan pasal pandang rendah or tinggi. Abah pulak sibuk dengan Leftenan Muda, Kapten, elaun semua tu. Itu perks dia tapi nak mendapatkan perks tu lah yang peritnya.


Ops sebelum ada yang tersilap faham, saya dulu tak de la joined PALAPES tapi saya ada joined KESATRIA. KESATRIA ni walaupun ala ketenteraan tapi tidaklah seteruk PALAPES. I have many friends dalam PALAPES and when they told about their training stories, I memang lega sebab tak join PALAPES. And when Thalha and Mamat (my brothers yang belajar kat UUM) bagitau nak joined PALAPES, I dah risau. Tu adik lelaki tu. Ni adik perempuan laaaagilah saya risau. Mamat and Thalha yang sangat aktif dan gagah perkasa tu pun tak lepas the fitness test sebab urat apakebendantah. How la Siti nanti ni.

Yang I pelik tu, kalau kat U lain, ada fitness test sebelum join PALAPES. How come this UPNM tak de buat any saringan sebelum offer places kepada student civilian knowing that all the civilian students will have to undergo the PALAPES training. So kalau dah dapat offer and the student tak cukup kuat untuk that kind of activity macam mana? Of course budak-budak ni bila dapat offer dari IPTA akan terima kan. Yelah takkan nak tolak bila dah diberikan peluang. Ramai je lagi yang mintak tapi tak dapat. So bila dapat offer, terima and kena pulak join PALAPES. PALAPES ni selalunya orang joined sebab minat, and bukan sebab terpaksa. Yelah training dia bukan calang-calang. Kalau minat at least dia akan terima dengan hati yang terbuka. Dah itu pilihan dia kan. Tapi kalau yang jenis terpaksa ni yang kesian. Like my sister la kan. 3 tahun tu…. bukannya sekejap.


From another point of view, memanglah sangat bagus peluang yang dia dapat ni. Because dia pun tak pernah berenggang dengan family. Not like me dulu. Dan mungkin by joining this kind of activity, dia akan menyedari akan potensi diri dia yang sebenar, dapat jadi better person and all. I know tu. In fact I keep telling myself that tapi ntah la. Risau sangat hati ni. Nak tidur teringat, bangun tidur teringat, buat apa-apa pun teringat aje. Saya kalau boleh tak mo adik-adik saya rasa kesusahan yang saya rasa.

Growing up, I have to endure macam-macam. Kena marah, kena rotan, kena buat itu-ini. Tak boleh silap sikit dan banyaklah. Masa tu saya geram aje kenapa saya je kena tanggung sorang-sorang padahal adik-adik syok aje. Ini tidak adil. Semua kena rasa sama. Tapi bila dah besar-besar ni, walaupun saya masih rasa adik-adik kena tanggung sama, tapi itu hanyalah terhad setakat beban kerja rumah aje. Benda-benda lain yang saya pernah lalui, kalau boleh saya tak nak lah adik-adik saya lalui jugak. Training yang berat-berat or having to survive being independent and all.


Adakah salah apa yang saya rasa ni? Saya rasa memang agak salah la sebab segala apa yang saya lalui tu lah yang telah mencorakkan saya menjadi saya yang sekarang ni. So kalau adik-adik saya tak terdedah dengan benda-benda macam ni, macam mana saya nak diorang jadi at least macam saya or better kan? Tak kan selamanya nak dimanjakan kan. Ok tak la dimanjakan sangat pun tapi tak de pendedahan akan cabaran hidup sebenar. Biarlah diorang tempuhi sendiri. Tak selamanya diorang akan berada dalam kawalan dan lindungan kita kan. Hmmm ok lah. After writing this, I feel much better. Maybe I worry too much kot. Tuan punya badan happy aje kenapa I pulak risau sangat kan. Hehehe… tuan punya badan tu happy sebab tak tau apa yang bakal dihdapi. I pulak risau sebab dah tau sikit-sikit. Apa-apa pun, let her choose her own way lah kan. Let her taste the real life. My job as a sister, to support her in any way I can la kan. Bab-bab risau semua tu, sila simpan di dalam hati aje.

Ok now you can stop worrying too much Eny. Sila tumpukan kepada kerja yang melambak-lambak jat office tu. Maybe the reality is not that bad after all. Kan. Sila bertenang dan jangan nak risau tak tetu hala ok. Ok…ok…. Oh…. Alamak now I remember that I have bigger thing to worry about. Sapa nak tolong masak kat rumah tu now that Siti the great cook dah nak duduk kat KL. Hish…… risau ni… risau…. risau….

1 comment:

Anonymous said...

dik..jangan masuk UPNM tu..hidup ko mcm dok dalam penjara..dengar la nasihat kau nie..member aku dah 3 orang terkorban.. jauh kan la diri anda dari UPNM tu....