Sunday, June 20, 2010

Dedikasi khas buat bapa terhebat

Today is Father's Day. To be honest, I don't actually know the real date for Father's Day. Tau-tau je dah Father's Day. So sempena hari yang istimewa untuk bapa-bapa di seluruh dunia ni, saya nak sharelah serba-sedikit mengenai Abah saya. Rasanya saya dah pernah buat entry pasal Abah saya tapi tak kisah lah nak buat 100 entry pasal Abah saya pun kan. Sebab cerita pasal pengorbanan seorang bapa ni (ibu juga) takkan pernah habis dikisahkan. Amaran awal dari saya: ENTRY INI ADALAH SANGAT PANJANG. TERUSKAN BACAAN ATAS RISIKO SENDIRI.



For everything happened to me, Abah la orang pertama yang akan saya call untuk bagitau. Apa-apa ajelah. Tapi pasal boyfriend-boyfriend tak pernah la. Eh chop, saya pernah ke ada boyfriend? Ok kecuali yang itulah. Semasa saya membesar, Abah saya jarang ada bersama sebab dia selalu posting kat tempat lain. Contohnya masa kitorang dok KL, Abah saya posting kat N9. Pastu dia transfer ke Kuching pulak. Later bila kitorang pindah ke Kuching, Abah saya kena posting ke Sibu pulak. So dulu moment-moment bersama Abah saya adalah sangat istimewa dan sering dinanti-nantikan sebab Abah saya kelakar berbanding dengan Emak saya yang saaaaangat garang. Walaupun bab-bab duit Mak yang jaga tapi kalau mintak kat Abah boleh kecek lebih sikit. Alah lebih manalah sangat setakat 50 sen ke RM1 aje tapi masa tu sangat besar nilainya dan seronok sangat kalau dapat tu.

Bila Abah dah start tinggal sekali, saya selalu ikut Abah pergi memancing. Joran dan umpan semua buat sendiri. Seronok memancing dengan Abah ni sebab kitorang cuma peh=gang joran dan tunggu ikan sangkut aje. Letak umpan Abah yang buat pastu bila dapat ikan, Abah jugak yang tanggalkan dari mata kail. Kalaulah by that time kami dah mampu beli camera, mesti ada banyak gambar kenangan kan.

Masuk Form 1 saya belajar kat hostel so saban minggu Abah akan datang amik kat sekolah hari Jumaat and hantar balik hari Ahad. Kadang-kadang kalau tak balik my parents akan datang melawat pada hari Sabtu bersama stok bekalan makanan yang super banyak. Mula-mula tu naik motor pastu halfway through Form 1 Abah beli kereta sebab selalu basah kena hujan dan baju sekolah jadi kotor. Dulu tak rasa apa-apa tapi sekarang rasa sangat terharu bila ingat-ingat balik sebab dulu kitorang sangat susah. Adik-beradik pulak ramai so mesti Abah kena jimat-jimat duit sebab pakai kereta. Masa tu beli kereta Mini je and selalu rosak. Tapi banyak kenangan woo dengan kereta tu.


Masa Form 2-3, saya sekolah dekat Jerantut whilst my family dok kat Kuantan. Kalau naik kereta atau bas jaraknya dalam 3 jam lah. So jarang-jarang dapat balik dan masa tu kehidupan lagi susah jadi my parents memang tak pernah datang melawat lagi dah. My parents menghadapi masalah kewangan yang sangat teruk masa tu sebab ada family member yang diberi amanah untuk menguruskan rumah sewa kat KL tak amanah dan menyebabkan Mak dan Abah terpaksa menanggung beban hutang yang banyak. Ada sekali tu masa Abah teman saya naik bas nak balik ke asrama, Abah cuma bagi RM2 saje. Abah cakap itu aje duit yang Abah ada. Instead of sedih dan terharu, saya rasa sangat marah. Tapi marah dalam hati dan mengomel sorang-sorang ajelah. Apalah yang saya dapat buat dengan duit banyak tu. Yuran asrama sebulan pun dalam RM30-RM40 macam tu. So ada beberapa bulan yang saya tak bayar duit asrama. Later bila Abah dah ada duit baru dapat bayar semua tunggakan. Bila ingat-ingat balik, teruk betul saya masa tu kan. Well sekarang pun teruk juga tapi ada baik sikitlah.

Oh masa Form 2-3 kan ada kena buat Kerja Kursus untuk subjek Sejarah dan Geografi kan. Hah kalau nak tau, Abah saya lah yang tukang buat tu. Masa cuti sekolah saya pun sibuk bercuti jugak, dah nak balik asrama baru kecut perut takut sebab kerja sekolah tak buat lagi. Sudahnya pergi kat office Abah and Abah la yang tolong taipkan. Yelah saya mana tau guna komputer lagi masa tu. Ada sekali tu pulak, saya nak bawak mangga muda ke asrama tapi saya tak tau macam mana nak buat colek dia so Abah saya lah yang tukang buat dan packed kan. Over kan saya ni.

However, towards my late teens saya ada krisis dengan Abah saya. Lama saya tak bercakap dengan Abah saya. Walaupun macam tu, masa saya daftar masuk U, Abah saya lah yang tukang hantarnya. Saya ni bukan lah jenis budak nakal ponteng sekolah merayap dekat pasar raya kawan dengan budak jahat nak lari dari rumah semua tu tapi saya salalu ada krisis dengan parents saya sebab saya rasa tertekan. Tertekan dengan beban yang terpaksa dipikul sebagai anak yang tua (no 2 dari 14 beradik). Saya kena jaga adik dan kena bereskan semua kerja rumah yang tak pernah nak habis-habis tu. Mak saya saaaaangat garang dan pantang kalau ada salah ada kurang sikit. So that explain how I become a perfectionist ni. Silent treatment is the only way for me to show my protest. Mak saya tak bagi melawan cakap dengan cara bercakap-cakap ni. Abah saya pula berpendapat, walau apa sekalipun, anak kena beralah kepada ibu bapa dan kakak kepada adik-adik so secara tak langsung bersangkutlah krisis tu dengan both parents.

Right after saya habis belajar, parents saya pegi haji so saya kena jaga adik-adik dan rumah sekali. Besar tanggungjawab tu. Macam-macam benda jadi tapi mengajar saya untuk lebih matang dan bertanggungjawab. Bila diorang balik, saya dah bersedia nak ke KL untuk mencari kerja. Abah ada belikan saya satu loket bentuk hati warna biru tapi bila Abah hulur kat saya, dengan angkuhnya saya tolak. Saya tengah merajuk or bengang dengan Mak masa tu. Well rajuk saya memang tak pernah habis sampai sekarang. Asyik nak meraaaaajuk aje kerjanya. Benda tu jadi igauan sampai sekarang. Setiap kali saya teringat, rasa nak menangis dan menyesal sangat. Tapi benda dah berlalu. Jadi pengajaran buat saya.


Makin besar, saya makin berani bersuara jadi episode tertekan makan hati semua tu dah makin kurang. Bila dah kerja, hubungan saya dengan Abah makin rapat. Masa saya keja dekat Kuantan, Abah yang hantar dan jemput saya dari tempat kerja. Kami selalu breakfast dan dinner bersama; breakfast kalau saya shift pagi dan dinner kalau saya shift malam. Banyak benda yang kami bualkan. Abah banyak bagi nasihat dan panduan bab-bab kerja ni. Abah juga lah penyebab utama saya dapat menjawat jawatan yang saya kerja sekarang. Saya ni bukanlah stok yang pandai sekali ambil terus lepas. Kali pertama saya sangkut kat exam bertulis. Kali kedua lepas sampai 2 kali interview. Kali ketiga baru sangkut. Untuk setiap round tu, Abah la yang hantar dan jemput saya pergi exam dan PAC dan siap temakan saya interview lagi. In fact masa lapr diri kat Johor dan Putrajaya pun Abah saya lah yang hantarkan. Sebab itu semua pencapaian atau anugerah yang saya terima sepanjang saya menjawat jawatan sekarang ni akan saya maklumkan terus kepada Abah saya. He is always the first to know no matter how small the matter.

Abah juga selalu buat benda-benda yang nampak macam kecil tapi cukup bermakna buat saya. Contohnya tolong ikatkan clothes hanger saya supaya lebih kukuh, tolong semaikan pokok cili untuk saya, tolong belikan racun semut dan paling terkini, tolong asahkan semua pisau yang ada kat rumah saya. Hahaha.... walaupun ramai kawan-kawan saya kata saya ni sangat berdikari dan tau banyak benda tapi sebenarnya ada banyak je benda-benda kecil yang saya tak tau ni. Dulu saya complaint pisau saya semua tumpul jadi Abah belikan saya pengasah pisau. Lepas tu saya complaint lagi sebab saya tak reti asah pisau. Baru-baru ni bila guna semua pisau tajam semacam. Rupa-rupanya masa datan rumahsaya, Abah saya tolong asahkan semua pisau yang ada. Comelkan Abah saya ni.

Kalau ikutkan banyak lagi boleh saya cerita pasal Abah saya. Betapa dia insan yang hebat di mata saya. Tapi cukuplah sampai sini dulu. Pasti dah ada yang kebosanan kalau tidak pun mengalir sedikit air mata. Saya tau ramai yang berkongsi pengalaman dan cerita yang sama dengan bapa mereka yang telah tiada. Saya simpati dengan mereka. Dan saya turut simpati dengan mereka yang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bapa mereka. Saya berdoa hanya yang terbaik untuk mereka semua.

Buat Abah saya, saya hanya mampu mendoakan agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan dalam mengharungi cabaran hidup ini. Saya juga doakan semgoa Abah saya dipanjangkan usia, dipulihkan dari semua penyakit yang dihadapinya serta dikurniakan dengan kesihatan tubuh badan yang baik. Terima kasih Abah di atas semua bantuan, dorongan, nasihat, bimbngan, teguran dan segala-galanya selama ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Dan ampunkanlah segala salah-silap dan keterlajuran saya dahulu. Andai kata saya beribadat tanpa henti walau sesaatpun selama 100 tahun, belum tentu saya dapat menebus kembali dosa-dosa saya kepada kedua ibu bapa saya kan.


Saya sangat sayang Abah saya. Sangat sangat tapi saya tak penah zahirkan secara kata-kata. Saya amat mencemburui orang barat yang boleh menyatakan kasih sayang mereka dengan mudah. Andai boleh saya katakan I LOVE YOU DAD, akan saya ucap setiap hari. Bukan to dad saje, to mom jugak. Tapi saya malu.... hehehe.....

Saya tau Abah saya ada satu aje permintaan sekarang ni tapi saya belum dapat nak mengabulkan permintaan itu. Saya hanya mampu berdoa dan andai ada jodoh yang ditakdirkan untuk saya, Abah saya lah yang pertama akan mengetahuinya. Ya Allah, kabulkanlah permintaan Abahku yang satu ini. Amin.....

3 comments:

Anonymous said...

eny. menangis aku baca entri kau ni. sbb mestilah aku teringat ayah aku. kalau bab kerja & sekolah dulu, mesti aku refer kat ayah aku gak. i miss my dad..

cuma, kenapa kau buat kerja kursus tingkatan 3 taip? sekolah aku bagi fair, semua orang MESTI tulis tangan, ok...

khairolin said...

eny. menangis aku baca entri kau ni. sbb mestilah aku teringat ayah aku. kalau bab kerja & sekolah dulu, mesti aku refer kat ayah aku gak. i miss my dad..

cuma, kenapa kau buat kerja kursus tingkatan 3 taip? sekolah aku bagi fair, semua orang MESTI tulis tangan, ok...

Eny Yusof said...

aku dah agak dah..... kau lah yang aku maksudkan kat hujung tu... sebab masa aku baca entry ko dulu-dulu pun aku nangis gak.

anyway taip tu masa form 2 la. form 3 kena tulis tangan.