Wednesday, May 16, 2012

From couch to 5k running plan

Last year (or was it year before) I found a good articles on running. Siap print lagi. Konon-konon nak practice la tapi tak de maknanya. Before I lost my mojo in running sebab tengok kawan-kawan semua makin hebat, better la amalkan this workout kan. Mana tau instead of my normal 1 hour for 5km, boleh up sket jadi half an hour je. Macam senang tapi ada sikit leceh sebab nak kena tengok timing. Dah la I ni tak reti nak budget jarak. Tapi kalau tak amalkan pun tak salah kalau share kat sini kan. Manalah tau ada kawan-kawan lain nak took up running ke. Boleh la try this simple workout. 

Kalau ikut jarak sebenar dia guna yard and miles tapi I dah convertkan to meter and km. Kalau ikut exact conversion jaraknya lain so I bundarkan kepada yang terhampir so senang nak budget. I took the articles here

Week
Workout 1
Workout 2
Workout 3
1
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 60 sec & walk 90 sec alternately for 20 min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 60 sec & walk 90 sec alternately for 20 min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 60 sec & walk 90 sec alternately for 20 min
2
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 90 sec & walk 2 min alternately for 20 min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 90 sec & walk 2 min alternately for 20 min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 90 sec & walk 2 min alternately for 20 min
3
Warm up – brisk walk 5 min
Do 2 repetition of:
·       Jog 200m (90 sec)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 400m (3 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Do 2 repetition of:
·       Jog 200m (90 sec)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 400m (3 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Do 2 repetition of:
·       Jog 200m (90 sec)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 400m (3 min)
4
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 400m (3 min)
·       Walk 200m (90 sec)
·       Jog 800m (5 min)
5
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
6
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 1.2km (8 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 1.2km (8 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Then:
·       Jog 800m (5 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 1.2km (8 min)
·       Walk 400m (3 min)
·       Jog 800m (5 min)
7
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 2.5km (25min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 2.5km (25min
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 2.5km (25min
8
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 4.5km (28 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 4.5km (28 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 4.5km (28 min)
9
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 5km (30 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 5km (30 min)
Warm up – brisk walk 5 min
Jog 5km (30 min)

By the way, I survived the 1 hour aerobic session yesterday despite puasa and slightly feverish. So next time tak perlulah I korbankan puasa I kalau nak beraerobickan. Cumanya kurang sikit berpeluh sebab buat dalam hall yang ada full blast aircond. Kalau kat luar mesti panas so lagi banyak peluh kan. Hari ni makin teruk pulak demam ni. Hopefully esok dah ok lah sebab Friday ada another session of aerobic and on weekend ada running event. My first for this year. Mesti teruk gila performance kan. Hehehe.....

Tuesday, May 15, 2012

Under the weather

Rasa nak demam la. Tekak sakit betul sampai tak lena tidur. Hidung pun mula nak berair. This year kerap betul demam, selesema dan sakit tekak. Selalunya dalam beberapa tahun baru sekali kena. Since I puasa so tak boleh la nak minum air banyak-banyak. Tapi petang ni nak join senamrobik. Hehehe.... Ada hati tu. Saje la nak test power. Hopefully larat la ye.

Agaknya penangan hujung minggu yang super sibuk la ni kot. Tak sempat nak berehat. Hari-hari tidur lewat. Siang pulak ke sana ke mari. Yang tu nanti la cerita sebab tak sempat nk upload gambar. Keje pun agak banyak this week. Masuk je keje semalam dah banyak benda urgent nak kena buat. Dah la ada pending satu minit. Hoih bercinta betul bila bab-bab kena tulis minit ni tau.   

Sejak puasa last week, hari-hari ada masalah. Masalah tak tau nak makan apa untuk berbuka. Sampai ada satu hari tu just makan cereal semangkuk. Pastu pow maggi Mamat sket. Gila kentang ah makan macam tu aje. Tapi kurusnya idok juga. Hehehe..... Sahur hari-hari makan a cup of Nestum (bancuh guna 2 packs 3in1 punya) and a cup of Hi Goat milk. Air masak pun minum sikit aje. Last time I paksa diri minum sebotol air kosong (ada la dalam 4++ml kot) tapi sekarang macam tak lalu pulak. Minum secawan aje. 

Sahur ok je macam tu tapi berbuka je ada masalah sebab selalu tak tau nak makan apa dan tak lalu sangat nak makan. Semalam makan nasi and udang goreng tapi macam tak fulfilling. Ni hari ni tak tau nak makan apa pulak. Dengan tekak sakitnya. Kalau makan Burger King aci tak? Hehehe....

Hoih stressnya nak fikir pasal nak makan apa ni.......

Thursday, May 10, 2012

Weighty issue

Baca her entry terus inspired to write one too. Title pun sama. Hehehe.... Sori Dids. 

So.... (Ini pun nak sama. Ini sudah lebih. Hehehe....) Until my late twenties, my weight adalah 40-42kg. Paling berat pun 43kg. But how come I was not as small as Dids eh? Towards the end, I've gained few kilos so jadi la dalam 45kg. I blamed it on makan lewat malam yang super heavy with Abah. Balik keje, makan, mandi and terus tido. Mana la tak gemuk kan. Duduk pulak ngan parents so jumlah langkah sehari adalah sikit aje. Dok KL kan kena jalan kaki turun naik bas LRT bagai tu kan. So agaknya tu yang boleh maintain slim tu kot. 

Masuk je government service terus shoot up to 58kg. That was within a year ok. Gila ah. Tak sanggup nak tengok gambar-gambar masa I went to DPA. Orang lain jadi selim melim tapi I jadi ikan dugong kat sana. Manalah taknya. Selalu makan paling banyak pun 2 kali sehari. Sekarang ni ada masa-masanya sampai 6 kali sehari ok. Normal 3-4 kali la. Kejutan budaya la kot badan ni. Makan pulak tak ingat-ingat. Lemak tepu memanjang.

Sekarang ni masalah berat badan adalah amat meresahkan. Pergh ayat tak boleh blah. It's kind like yo-yo. Kejap turun kejap naik. Tapi turunnya sikit. Naiknya Masya Allah..... Starting 2 years ago I managed to loose some weight. Turun sampai 47-49 ok. Last year almost everyone I met  commented on how slim I was. Terus semangat buat kurung moden (although not as fitting as her la). Walaupun due to certain health issue my tummy is always bloated but part lain-lain tu telah berjaya ditoned kan. I was active running (yang perlahan mengalahkan orang berjalan itu but still berpeluh-peluh so lantak la kan) and jarang makan malam sangat so both banyak membantu la kan. I jugak rajin puasa. Selalu puasa hari Isnin hingga Khamis. Hingga ye bukan dan. 

Tapi tahun ni sejak sakit teruk hari tu I tak pernah join any event larian lagi dah. Ni dah masuk bulan 5 and baru sekali je I berlari. Itupun mengelat banyak sebab teman Thalha je pun masa tu. Tinggal pulak dengan chef kan so dalam masa 4 bulan, berat telah naik kepada 55kg. Semua baju kurung moden telah ketat. Ok bukan takat baju kurung moden aje. Baju kurung biasa, jeans, pants and blouse. Semua adalah ketat. Stress ok. Takkan la asyik nak beli baju baru aje. 

Masalahnya mulut ni yang cakap dah gemuk la apa la tapi mulut ni jugak la yang laju je mengunyah bila nampak makanan. Pastu suka bermalas-malasan. Dah jadi couch potato. Suka lepak kat sofa tengok TV. I hardly do any keje rumah yang berat-berat lagi dah like mopping and sweeping the floor. I used a mop yang tak perlu gigih memerah. Menyapu pun dah pakai penyapu mahal yang tak perlu berpeluh-peluh bila menyapu. Yelah kalau pakai penyapu jerami biasa tu agak berpeluh la jugak nak kena swing-swing tangan kan. Dasar pemalas kan. Nak senang aje kejenya. 

Puasa pun dah jarang. Januari hingga Mac langsung tak puasa. April sehari je. So this month I start balik and Alhamdulillah hari ni dah masuk hari keempat. Makan malam pun I dah reduce kan. Jarang la makan kecuali lapar sangat. Lunch I nak kena belajar makan secara moderately. Since I've skip dinner most of the time so lunch adalah time to wallop everything. Which is definitely a wrong way to loose weight. I don't have problem with breakfast sebab hari-hari memang I akan amik breakfast before pegi keje. My breakfast mainly consisted of either cereals (I used to love low fat milk but nowadays I opt for full cream), 2 piece of toast or a cup of nestum and a cup of Hi Goat milk. I don't fancy heavy breakfast macam nasi lemak mee goreng bagai tu. Sekali sekala boleh la kot. 

Dulu I managed to loose weight sebab I banned air berperisa. Minum plain water je everyday. Sekarang main belasah semua. Sampai ada kad Starbucks la. Over kan. So lepas ni kena banned balik air berperisa ni. Maybe once a month boleh la kot nak minum Starbucks ke apa. Bukan apa, bila makan kan dah banyak lemak dan sebagainya. Top up pulak dengan air berperisa yang kaya dengan gula tu. Memang mintak penyakit la kan. Lagipun I noticed kalau minum nescafe tarik hari-hari, dalam seminggu je dah boleh rasa berat naik sikit. Susu pekat manis punya kerja la ni. I rasa kalau nak minum nescafe tarik ke apa kena substitutes dengan fresh milk la kan. Kurang sikit gula. Tapi yang penting, plain water kena banyak minum.

Bersenam. Hmmmm..... Yang ni tak tau nak cakap dah. Plan baik punya tapi execution hampeh. Nak start nak start tapi hampeh belaka. Tapi tak pe sebab starting next week akan ada senamrobik kat office every Tuesday and Friday so boleh la join. Bab jogging tu yang agak lambat sikit sekarang ni. Geng berlari I semua gigih lari siang malam. I je yang malas. Malu pulak nak join diorang sebab confirm akan tertinggal jauh kat belakang nanti. Maklumlah cheetah lawan siput kan. Hehehe..... I've bought a goggles so boleh la belajar swimming tapi tak de geng la pulak nak swim. Ada je alasan eh. 

My target ialah nak turun sampai 45kg. Entah bila la boleh tercapai tu. Agak-agak by end of this year boleh tak? Dream on la Eny oiii. Hehehe...... Ok tak pe. Kita set target sket. Hopefully by end of this year boleh turun bawah angka 50. Tak kisah la 49.5 ke apa yang penting bawah 50. We'll see how la eh. 

Tuesday, May 08, 2012

The green story continue...

Masa I sakit awal tahun hari tu, lama tak de kat rumah kan. So pokok-pokok yang I cerita kat entry ni semua dah kekeringan. Sedih sangat tau. I sayang ok pokok-pokok I ni. selalu I cakap-cakap dengan pokok ni bila I nak tinggal diorang lama. Diorang? Hehehe....

Dari segar bugar terus jadi macam ni....
Kering dan tunggu masa aje untuk mati
Lama jugak I biarkan pokok-pokok tu mengering dalam pasu. Nak buang sayang tapi dah tak de harapan it seems. Tapi Alhamdulillah lama-lama tumbuh tunas baru. Yang atas tu semua dah kena cantas so tunas baru keluar dari batang yang kat bawah tu. Alhamdulillah panjang umur pokok-pokok I ni. And now presenting the hasil.....

Berwarna-warni kan
Hijau ada, oren ada, merah pun ada
Banyak sangat sampai tak termakan sebab semua pokok berbuah
Ini pokok yang Abah tanam. Hampir mati tapi hidup balik
Buah limau purut
Limau purut I ni rajin berbunga dan berbuah tapi selalunya buah dia tak tahan. Mesti gugur
Sedap ni buat ulam
Eh cili I lebih tinggi dari 4 high rise building kat Putrajaya ni le. Ofis I nampak kecik aje.  Hehehe....
Sekarang semua benda letak cili padi. Goreng telur dadar, masak sardin, buat sambal belacan, sambal dengan ikan keli. Tapi tak terhabis-habis. Tu yang sampai cili tu dah tukar pada merah dah tu. Lama-lama tua la. Ada sape-sape nak? Lelong-lelong. Kasi free aje. Segar dari ladang okeh. Kalau yang dah merah and gugur tu I simpan aje. Buat jadi benih. Nanti boleh bukak ladang cili padi. Kannn......

Daun kunyit pun banyak. Memang tak pernah guna pun. Selalu kasi kat orang aje tapi ni dah terbanyak sangat. Sampai kering-kering. Sape mau? Kasi tau eh....

Wedding second cousin

Bulan Mei ni maka bermula la pesta perkahwinan. Sana sini orang kawin. Last weekend wedding second cousin kat Intekma Shah Alam. Kami pergi 7 beranak aje. By the time sampai pengantin pun sampai so masuk sama dengan pengantin. 

Me and Jannah
Sampai hati gambar Kak Ngah dia yang hot tu cuma sebelah aje....
Kepak kepung kepak kepung.... I rasa I suka kompang yang guna gendang sekali tu.  Yang ni tak de
Pengantin. Errr tak ingat pulak nama my second cousin ni. Hahaha......  Actually tak kenal sangat pun. Kenal parents dia aje. Keji punya sedara. Hahaha...... Fine nama wife dia I tau. Nadia.
Abah and Jannah
With Akak 
Orang suh amik gambar dengan Abah sekali tapi ini hasilnya. Cettt....
Macam biasa wedding adalah tempat berkumpul segala sedara mara so lepas makan kena la jumpa semua tok nenek mak pak sedara. Akak pegang camera tapi hampeh dia tak amik gambar sape pun. Oh jumpa batchmate Nazzian sekali. Hot mama gitu. Husband dia kawan my second cousin tu. Gambar masa makan tu tak de gambar Mak sebab Mak and Thalha tak join kitorang. Mak jumpa best friend lama dia so lekat kat meja tu. Wife Yusof Haslam. Tapi wife dia datang sorang je. Kelassss Mak ni. Geng best-best aje. Maklum la.... orang key elll kan. Kitorang just salam aje la. "Anak-anak kau ni Bedah semua hidung terpacak". Ehem-ehem terima kasih la sebab memuji. Boleh amik jadi pelakon tak? Hahahaha.......

Jannah, Abah, Mak, Thalha, Akak and me
With Bang Long
Akak dah tembam sekarang kan
Apakah motifnya bersembunyi di belakang orang ni?
Dah puas bersalam dan bertanya khabar barulah gerak balik. This weekend akan berjumpa lagi dengan semua sedara mara ni sebab wedding cousin pulak. Yang ni close cousin so kalau kata tak kenal memang nak mintak kena sekeh. Hehehe..... The last one from family Mak Ngah. Mesti grand ni. The last and anak lelaki tunggal kan.... Memandangkan kami adalah seperti adik-beradik maka kehadiran penuh adalah wajib so kalau ada kawan-kawan yang nak kawin this weekend, mintak mahap le awal-awal sebab tak dapat datang. Wedding fiesta start hari Jumaat sampai Ahad so memang tak dapek nak pegi mana-mana. Sori noooo.....

Saturday, May 05, 2012

The vowels song

I heard Akak sang a song and agak catchy bunyinya so I try to sing the song too. 

Ada sang ulat bulu
Punya kaki seribu
Siapa jumpa kakiku, kakiku
Jikalau tak dapat
Terpaksa ku melompat
Dengan kaki seribu kurang satu

Ada sang alat bala
Panya kaka saraba
Sapa jampa kakaka, kakaka
Jakala tak dapat
Tarpaksa ka malampat
Dangan kaka saraba karang sata

Ede seng elet bele
Penye keke serebe
Sepe jempe kekeke, kekeke
Jekele tek depet
Terpekse ke melempet
Dengen keke serebe kereng sete

Idi sing ilit bili
Pinyi kiki siribi
Sipi jimpi kikiki, kikiki
Jikili tik dipit
Tirpiksi ki milimpit
Dingin kiki siribi kiring siti

Odo song olot bolo
Ponyo koko sorobo
Sopo jompo kokoko, kokoko
Jokolo tok dopot
Torpokso ko molompot
Dongon koko sorobo korong soto

Udu sung ulut bulu
Punyu kuku surubu
Supu jumpu kukuku, kukuku
Jukulu tuk duput
Turpuksu ku mulumput
Dungun kuku surubu kurung sutu

Basically it's the same lyric cuma tukarkan the vowels aje. Bila nyanyi sekali terasa macam nak nyanyi banyak kali pulak so I kept singing the song over and over again. Tetibe anak sedara terbijak di dunia itu telah bersuara:

Adah : Cik Ngah, cuba Cik Ngah nyanyi dalam Bahasa Arab pulak.

Aduh terdiam Cik Ngah dia tau. Mesti dia ingat I nyanyi dalam banyak bahasa kot sebab bunyi lain macam aje. Hahaha...... Agak-agak la Adah oiiii. Tau la anak ustazah and kat sekolah belajar Bahasa Arab. Errrr Cik Ngah pun belajar jugak tapi fail wilth the capital E. Hehehe......

Now I try changing the vowels of other song pulak. Macam addicted pulak. Hehehe.... Try la. It's a fun thing especially kalau boleh lawan-lawan. 

Wednesday, May 02, 2012

Life of a chipsmore

I'm literally living out of my suitcase (or a backpack) nowadays. Keep packing and packing my stuff. It all started last March. Before ada jugak travel sana-sini tapi tak la kerap sangat. Jadual perjalanan adalah seperti berikut:

Mac 
23-25 : Off to Lumut for retreat
30-31 : Balik Kuantan

April 
1 : Balik Kuantan
13-16 : To Cherating for annual report thingy
18-20 : Lenggong. Opah passed away
21-22 : Back to Kuantan again
25-27 : Pulau Pangkor for leadership course
28-29 : Balik Kuantan lagi sebab ada kenduri

May
2-4 : Off to Sandakan, Sabah for a meeting

Tatau la after the one I'm going today akan ada outstation lagi atau tidak but all my weekends in May are fully booked sebab ada kenduri kawin bagai. Kadang-kadang macam seronok jugak travelling selalu ni tapi kadang-kadang macam tak seronok. Mainly sebab baju banyak kena basuh. And missed nak tengok my fav show. Hehehe......

After this akan selalu la balik Kuantan lagi. Epoi and family dah pindah ke rumah baru diorang. So sibuk la balik Kuantan untuk tolong diorang pindah barang. And since kami pun akan berpindah (but not too soon) so kenalah start kemas junk yang begitu banyak berlonggok kat rumah tu. Segala macam mak-nenek ada. Nak buang macam sayang tapi nak simpan buat menyemak. So last week dah banyak jugak yang dibuang. Baju, kasut, anak patung. Macam nak sedekah aje tapi Abah kata tak sesuai nak sedekah sebab anak-anak patung tu dah season sangat. Baju banyak yang ok lagi tapi tak de sape nak sorting bagai so kenalah buang.  

My own house here pun dah agak huru-hara jugak tapi semalam sempena Hari Pekerja aka Hari Buruh, maka saya telah memburuhkan diri dengan mengemas rumah. Walaupun ada banyak je benda lagi yang nak dikemas but tak la semessy before. The fridge is in order. Kain baju siap basuh, lipat and simpan. The hall is neat. Habuk je lah yang banyak pun. 

Weekend ni my parents akan datang to attend a wedding. Mudah-mudahan pak cik dua orang kat rumah tu tidak membuat sepah. Selalu diorang buat sepah I kemaskan tapi semalam makan nasi terabur 2 biji (ye 2 biji je) I suruh kutip. Hahaha.... Macam kejam la pulak eh tapi sekali sekala kena la kejam sikit. Selalu kita je yang kena mengelap, mencuci bagai kan. Lepas ni nak selalu kejam lah. Geram tau kadang-kadang tu. They hardly lift their finger to do anything. Except for memasak la kan. Tu pun sorang aje. Yang sorang lagi tu asyik bersukan bagai. Sukan banyak pulak tenaga. Nak tolong I kemas rumah tak larat. Hampagas betullll.....  

Oklah nak ke airport dah. Lamanyalah naik flight ke Sandakan ni. Naik flight ni yang tak bestnya seat tak begitu ergonomic. Tak syok langsung. By the way, bila selalu kena travel ni kan, terasa betapa syoknya kalau ada Ipad. Boleh main games to kill time. Hehehe...... 

Ok-ok I'm leaving now. See ya...


Tuesday, April 24, 2012

Opah (3.7.1924-18.4.2012)

Esok genap 7 hari Opah pergi mengadap Ilahi. Cepatnya masa berlalu. Terasa seperti baru semalam tengok Opah buat kali terakhir. Kadang-kadang macam tak percaya je yang Opah dah tak de. No more Opah after this. Yang tinggal cuma Nenek. Datuk Kedah dan Tok Lenggong both dah lama pergi. Tok Lenggong tahun 1981 and Datuk Kedah tahun 1994. Masa Tok Lenggong meninggal I was too small to remember anything about it tapi masa Datuk Kedah meninggal, I dah besar. Dah terasa kesedihan tu tapi this time lagi terasa sebab lagi besar dan sempat spend time banyak dengan Opah berbanding dengan Datuk Kedah.

I was away last weekend attending bengkel on annual report thingy kat Cherating. Monday night baru sampai rumah and keletihan. Later that night Abah called kata Opah sakit. Abah kata Abah akan balik kampung dulu and akan maklumkan keadaan Opah. On Tuesday I was mentally and physically exhausted. Dah la penat bekerja hujung minggu tak hilang lagi. Tambah dengan kerja lain lagi and the whole day I keep calling Abah, Bang Long, Jannah, Apis and Mak. Rasa maca nak buat video conference aje sebab susah nak berbincang. Kena call orang ni then sampaikan apa-apa yang diperbincangkan dekat orang tu then call balik orang ni nak cakap apa orang tu cakap.     

Abah kan tak boleh nak drive jauh. Kuantan-Lenggong tu bukan la dekat-dekat kan. So dok arrange macam mana Abah nak balik kampung. Macam-macam solution. Naik flight la, naik bas la. Last-last Jannah agreed tu ambil cuti and drivekan Abah ke kampung. This would be her first long distance trip so mesti la semua risau kan. Later that night baru dapat bertolak sebab tunggu Jannah and Mak balik kerja dulu. On the way tu macam biasa I asyik la kol tanya itu-ini kan. Sekali terlintas idea nak suruh Abah datang sini dulu and let Thalha drive the car. Why Thalha and not me? Because I can't drive manual car. Tapi Thalha kata kena tunggu esok sebab dia nak kena mintak cuti kat boss dia dulu. I pun cadang nak balik sekali la dengan Abah. Abah macam keberatan sebab delay lagi tapi dah semua nak balik sekali then dia ok kan aje. 

Wednesday morning I pegi keje macam biasa. Ada few urgent thing nak kena settlekan. Apis keep informing about Opah condition. Apis and family dah balik on Tuesday lagi. Apparently Opah makin tenat and finally dia cakap kaki Opah dah sejuk so cepat-cepat la balik. Kelam-kabut I siapkan apa yang patut and by 11am I balik rumah. 11.30am kami semua bertolak ke kampung. Bawak kereta memang laju tak hengatlah. On the way tu asyik la sms Apis. Abah tanya whether kami tau buat solat jenazah ke tidak. Since I tak tau, so Abah ajar la. I offer nak tolong bacakan buku Abah kuat-kuat. Buku tu tulisan jawi so ada la beberapa insiden kelakar yang terjadi. Sambil menghafal doa tu sambil sms Apis. Ada one time tu Abah call and Abah tanya; "Cakap la betul-betul. Opah ada lagi ke tak de dah?" Tenang betul Abah. Opah makin tenat masa tu. 

Around 1.15-20pm Abah received another call and terdengar Abah cakap; "Innalillhah......" Sunyi sepi dalam kereta. I terus baca Yaasin sambil air mata berjuraian. Selain sedih tak sempat jumpa Opah, I terasa bersalah kat Abah sebab menyebabkan Abah tak sempat jumpa Opah buat kali terakhir. Kalau Abah balik terus hari Selasa tu mesti Abah sempat jumpa. I asyik cakap kalau-kalau tapi diorang (Jannah and Cu) tak bagi cakap kalau sebab benda dah jadi. Kalau...kalau..... sampai bila-bila tak jadi apa-apa. Memanglah tapi tetap rasa bersalah kat Abah. Kesian Abah. Dah la sentiasa berjauhan dengan Opah. Akhir hayat Opah pun tak sempat nak jumpa Abah. 

Around 2.30pm kami sampai Lenggong. Bang Long, Eman, Mamat and Siti gerak dari KL dalam pukul 1 lebih and Epoi and family pulak dari Kuantan. Sampai rumah tengok jenazah Opah bertutup. Masa bertutup tu ok lagi tapi masa buka tengok muka Opah, air mata ni laju je tak boleh nak stop. Cu marah menangis sebab buat Cu lagi sedih. Nak buat macam mana air mata ni tak boleh kawal. Dah puas tahan tapi laju je mengalir. Lama jugak ambil masa nak bertenang and then we (Jannah, Akak and me) decided to help uruskan jenazah Opah. 

Sepanjang hayat I yang dah 34 tahun ni, tak pernah lagi tolong uruskan jenazah. Pergi kursus pengurusan jenazah pun tak pernah. Tak pe demi Opah semua pun boleh. Ada makcik-makcik kat kampung tu handle urusan jenazah ni so kami tolong apa yang patut. Opah sangat kurus. Dan baru perasan yang Opah ni putih melepak orangnya. Masa gosok kaki Opah tu terasa gelapnya tangan ni kalau nak banding dengan Opah. Orang yang uruskan jenazah Opah asyik la cakap yang jenazah Opah ni bersih aje. Alhamdulillah. Memang bersih dan senang urusannya. 

Lepas mandi kena kapan pulak. Last step diorang letak bedak sejuk kat muka Opah. Teringat pulak Opah suka buat bedak sejuk guna daun pisang. Sedihnya la hati ni. Lepas selesai urusan kapan, sapa-sapa yang nak cium Opah boleh la cium. Masa ni I dah start menangis balik. Jenuh nak tahan air mata ni. Orang kata jangan bagi air mata kena jenazah. Siksa dia nanti. Wanginya bau Opah. Wangi sangat. Dalam ramai-ramai, I paling tak tahan masa tengok Abah cium Opah. Abah ada cakap sesuatu sebelum tu.... "Ya Allah Mak aku...." Abah sorang je yang tak sempat jumpa Opah sebab Abah duduk paling jauh sekali. Pak Lang tinggal kat Ipoh. Pak Chik kat Teluk Intan and Cu memang tinggal sekali dengan Opah. 

Rumah Opah ni sebelah aje dengan kubur so mula-mula bawak ke surau dulu untuk solat jenazah and tunggu kubur siap di gali. Dalam 6 lebih tu jenazah di bawa ke kubur. By that time I tak henti-henti call Bang Long and Epoi yang tak sampai-sampai lagi. Diorang dah dekat sangat dah. Buat kali terakhir kain kapan dibuka untuk bagi kesempatan pada yang nak cium atau tengok. Masa tu Bang Long and Epoi dah sampai kat kampung dah tapi belum sampai area kubur. Ada sorang insan ni beria-ia nak suruh kebumi cepat. Geram pun ada masa tu. Kalau jauh lagi memang la kitorang consider tapi dah beberapa meter je nak sampai pun. Dari jauh kami datang ni. Yang tambah geram, insan tu keluarga terdekat pulak tu. Sabar je lah. Kesian Abah. Tak tenang hati dia anak-anak dia tak sampai lagi. Epoi, Mamat, Eman Siti and finally Bang Long berlari ke kubur and sempat la cium Opah. 

Pukul 6.45pm semua selesai and talkin dibacakan. Alhamdulillah urusan Opah dipermudahkan. Ada juga cucu-cucu Opah yang tak sempat nak tengok Opah buat kali terakhir. Sampai-sampai aje talkin dah dibacakan. Ada yang sampai malam. Walaupun tak sempat jumpa semasa akhir hayatnya, syukurlah dapat jugak tolong uruskan jenazah Opah. Kali terakhir I balik and jumpa Opah Oktober tahun lepas masa konvo Mamat. Lama dah tu. Lepas ni balik Opah dah tak de. Dan pastinya lepas ni susah nak kumpul ramai-ramai macam masa Opah ada. 

Bila dah berlaku kematian dalam keluarga terdekat macam ni, barulah terasa betapa ruginya kerana tak pandai nak menguruskan jenazah. Urusan jenazah ni benda sensitif. Dan kena berlembut. Lebih baik kalau ahlli keluarga sendiri yang uruskan. Betul tak. So Insya Allah I nak attend kursus pengurusan jenazah. Kalau sape-sape ada info pasal kursus ni maklumkan kat I ok. 

Mudah-mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh Opah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Mudah-mudah Allah ampunkan segala doasa-dosa Opah dan terima segala amal ibadatnya. Mudah-mudahkan Allah jauhkan Opah dari siksa kubur dan mudah-mudahan Allah tempakan Opah di Jannah-Nya. Amin....

Friday, April 13, 2012

Another year older lah today


I'm officially 34 today. Aiyak macam tak percaya aje the number. How come it feels like 24 aje eh. Hihihi..... Anyway, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk mengecapi usia ini. It's been quite a handful journey. Macam-macam dah rasa dan lalui. Manis masam pahit payau. Semualah. Kadang-kadang terasa macam nak erase aje semua yang pahit dan tak best tu tapi without that experience, I won't be who I am today kan. So bersyukurlah dengan segalanya. Life without obstacles akan menjadi mandom la pulak kan so mudah-mudahan diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup ini.

Alhamdulillah I'm happy the way I am now. Quite content with what I have. Boleh kata semua benda yang I nak I dah ada or dapat. Kalau ada pun yang I nak ubah cumalah nak berubah to become a better person. And some weight to shed. Hehehe...... Plus some bad habit macam boros tu lah kan. Mudah-mudahan saya akan menjadi seorang muslimah yang baik di dunia dan akhirat. 

Terima kasih kepada both my parents kerana telah membawa saya ke dunia ini dan terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang dicurahkan. Terima kasih kepada semua adik-beradik atas semua kenangan terindah antara kita sepanjang masa kita bersama ni. Yang tak indah tu nasiblah kan. Hehehe..... Terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi berkawan dengan saya yang complicated ni. Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup saya baik sekejap, lama, secara langsung atau tidak langsung. I am who I am today, thanks to you guys. 

Mudah-mudahan saya akan dikurniakan dengan kesihatan tubuh badan yang baik bagi meneruskan kehidupan ini. Dan dipermudahkan dalam segala urusan. Amin. Terima kasih atas doa dan ucapan kawan-kawan semua. I feel loved and blessed. Jazakallah khairan.....