Thursday, May 10, 2012

Weighty issue

Baca her entry terus inspired to write one too. Title pun sama. Hehehe.... Sori Dids. 

So.... (Ini pun nak sama. Ini sudah lebih. Hehehe....) Until my late twenties, my weight adalah 40-42kg. Paling berat pun 43kg. But how come I was not as small as Dids eh? Towards the end, I've gained few kilos so jadi la dalam 45kg. I blamed it on makan lewat malam yang super heavy with Abah. Balik keje, makan, mandi and terus tido. Mana la tak gemuk kan. Duduk pulak ngan parents so jumlah langkah sehari adalah sikit aje. Dok KL kan kena jalan kaki turun naik bas LRT bagai tu kan. So agaknya tu yang boleh maintain slim tu kot. 

Masuk je government service terus shoot up to 58kg. That was within a year ok. Gila ah. Tak sanggup nak tengok gambar-gambar masa I went to DPA. Orang lain jadi selim melim tapi I jadi ikan dugong kat sana. Manalah taknya. Selalu makan paling banyak pun 2 kali sehari. Sekarang ni ada masa-masanya sampai 6 kali sehari ok. Normal 3-4 kali la. Kejutan budaya la kot badan ni. Makan pulak tak ingat-ingat. Lemak tepu memanjang.

Sekarang ni masalah berat badan adalah amat meresahkan. Pergh ayat tak boleh blah. It's kind like yo-yo. Kejap turun kejap naik. Tapi turunnya sikit. Naiknya Masya Allah..... Starting 2 years ago I managed to loose some weight. Turun sampai 47-49 ok. Last year almost everyone I met  commented on how slim I was. Terus semangat buat kurung moden (although not as fitting as her la). Walaupun due to certain health issue my tummy is always bloated but part lain-lain tu telah berjaya ditoned kan. I was active running (yang perlahan mengalahkan orang berjalan itu but still berpeluh-peluh so lantak la kan) and jarang makan malam sangat so both banyak membantu la kan. I jugak rajin puasa. Selalu puasa hari Isnin hingga Khamis. Hingga ye bukan dan. 

Tapi tahun ni sejak sakit teruk hari tu I tak pernah join any event larian lagi dah. Ni dah masuk bulan 5 and baru sekali je I berlari. Itupun mengelat banyak sebab teman Thalha je pun masa tu. Tinggal pulak dengan chef kan so dalam masa 4 bulan, berat telah naik kepada 55kg. Semua baju kurung moden telah ketat. Ok bukan takat baju kurung moden aje. Baju kurung biasa, jeans, pants and blouse. Semua adalah ketat. Stress ok. Takkan la asyik nak beli baju baru aje. 

Masalahnya mulut ni yang cakap dah gemuk la apa la tapi mulut ni jugak la yang laju je mengunyah bila nampak makanan. Pastu suka bermalas-malasan. Dah jadi couch potato. Suka lepak kat sofa tengok TV. I hardly do any keje rumah yang berat-berat lagi dah like mopping and sweeping the floor. I used a mop yang tak perlu gigih memerah. Menyapu pun dah pakai penyapu mahal yang tak perlu berpeluh-peluh bila menyapu. Yelah kalau pakai penyapu jerami biasa tu agak berpeluh la jugak nak kena swing-swing tangan kan. Dasar pemalas kan. Nak senang aje kejenya. 

Puasa pun dah jarang. Januari hingga Mac langsung tak puasa. April sehari je. So this month I start balik and Alhamdulillah hari ni dah masuk hari keempat. Makan malam pun I dah reduce kan. Jarang la makan kecuali lapar sangat. Lunch I nak kena belajar makan secara moderately. Since I've skip dinner most of the time so lunch adalah time to wallop everything. Which is definitely a wrong way to loose weight. I don't have problem with breakfast sebab hari-hari memang I akan amik breakfast before pegi keje. My breakfast mainly consisted of either cereals (I used to love low fat milk but nowadays I opt for full cream), 2 piece of toast or a cup of nestum and a cup of Hi Goat milk. I don't fancy heavy breakfast macam nasi lemak mee goreng bagai tu. Sekali sekala boleh la kot. 

Dulu I managed to loose weight sebab I banned air berperisa. Minum plain water je everyday. Sekarang main belasah semua. Sampai ada kad Starbucks la. Over kan. So lepas ni kena banned balik air berperisa ni. Maybe once a month boleh la kot nak minum Starbucks ke apa. Bukan apa, bila makan kan dah banyak lemak dan sebagainya. Top up pulak dengan air berperisa yang kaya dengan gula tu. Memang mintak penyakit la kan. Lagipun I noticed kalau minum nescafe tarik hari-hari, dalam seminggu je dah boleh rasa berat naik sikit. Susu pekat manis punya kerja la ni. I rasa kalau nak minum nescafe tarik ke apa kena substitutes dengan fresh milk la kan. Kurang sikit gula. Tapi yang penting, plain water kena banyak minum.

Bersenam. Hmmmm..... Yang ni tak tau nak cakap dah. Plan baik punya tapi execution hampeh. Nak start nak start tapi hampeh belaka. Tapi tak pe sebab starting next week akan ada senamrobik kat office every Tuesday and Friday so boleh la join. Bab jogging tu yang agak lambat sikit sekarang ni. Geng berlari I semua gigih lari siang malam. I je yang malas. Malu pulak nak join diorang sebab confirm akan tertinggal jauh kat belakang nanti. Maklumlah cheetah lawan siput kan. Hehehe..... I've bought a goggles so boleh la belajar swimming tapi tak de geng la pulak nak swim. Ada je alasan eh. 

My target ialah nak turun sampai 45kg. Entah bila la boleh tercapai tu. Agak-agak by end of this year boleh tak? Dream on la Eny oiii. Hehehe...... Ok tak pe. Kita set target sket. Hopefully by end of this year boleh turun bawah angka 50. Tak kisah la 49.5 ke apa yang penting bawah 50. We'll see how la eh. 

2 comments:

mamamya said...

yes, air berperisa mmg culprit! aku blame latte, sbb kitorg kt sini mana la ada kedai macam2 pilihan nak melepak kan? so weekend je lepak costa, hazelnut latte one macha!

perut dgn bontot vavava sangat lah sihat kau! konon nak jogging masa mya gi sekolah xdo maknonyo...baru jog sekali kasut dah kopak(read: sbb dah 4 tahun dok terkepam that's why)

didi said...

Hihihi.
I dont think I've lost weight, tgk scale sama je. tapi baju kebaya yg sebelum start keje xleh pakai, tadi dah boleh pakai. siap ada longgar sikit lagi. weeehhhuuuuu!!!
* lompat bintang *
teruskan usaha!!!

btw, eny. mana2 walk atau fun run, ajak aku sekali ek? nak join sekali dan ajar Adyan ikut sama. hehehe