Esok genap 7 hari Opah pergi mengadap Ilahi. Cepatnya masa berlalu. Terasa seperti baru semalam tengok Opah buat kali terakhir. Kadang-kadang macam tak percaya je yang Opah dah tak de. No more Opah after this. Yang tinggal cuma Nenek. Datuk Kedah dan Tok Lenggong both dah lama pergi. Tok Lenggong tahun 1981 and Datuk Kedah tahun 1994. Masa Tok Lenggong meninggal I was too small to remember anything about it tapi masa Datuk Kedah meninggal, I dah besar. Dah terasa kesedihan tu tapi this time lagi terasa sebab lagi besar dan sempat spend time banyak dengan Opah berbanding dengan Datuk Kedah.
I was away last weekend attending bengkel on annual report thingy kat Cherating. Monday night baru sampai rumah and keletihan. Later that night Abah called kata Opah sakit. Abah kata Abah akan balik kampung dulu and akan maklumkan keadaan Opah. On Tuesday I was mentally and physically exhausted. Dah la penat bekerja hujung minggu tak hilang lagi. Tambah dengan kerja lain lagi and the whole day I keep calling Abah, Bang Long, Jannah, Apis and Mak. Rasa maca nak buat video conference aje sebab susah nak berbincang. Kena call orang ni then sampaikan apa-apa yang diperbincangkan dekat orang tu then call balik orang ni nak cakap apa orang tu cakap.
Abah kan tak boleh nak drive jauh. Kuantan-Lenggong tu bukan la dekat-dekat kan. So dok arrange macam mana Abah nak balik kampung. Macam-macam solution. Naik flight la, naik bas la. Last-last Jannah agreed tu ambil cuti and drivekan Abah ke kampung. This would be her first long distance trip so mesti la semua risau kan. Later that night baru dapat bertolak sebab tunggu Jannah and Mak balik kerja dulu. On the way tu macam biasa I asyik la kol tanya itu-ini kan. Sekali terlintas idea nak suruh Abah datang sini dulu and let Thalha drive the car. Why Thalha and not me? Because I can't drive manual car. Tapi Thalha kata kena tunggu esok sebab dia nak kena mintak cuti kat boss dia dulu. I pun cadang nak balik sekali la dengan Abah. Abah macam keberatan sebab delay lagi tapi dah semua nak balik sekali then dia ok kan aje.
Wednesday morning I pegi keje macam biasa. Ada few urgent thing nak kena settlekan. Apis keep informing about Opah condition. Apis and family dah balik on Tuesday lagi. Apparently Opah makin tenat and finally dia cakap kaki Opah dah sejuk so cepat-cepat la balik. Kelam-kabut I siapkan apa yang patut and by 11am I balik rumah. 11.30am kami semua bertolak ke kampung. Bawak kereta memang laju tak hengatlah. On the way tu asyik la sms Apis. Abah tanya whether kami tau buat solat jenazah ke tidak. Since I tak tau, so Abah ajar la. I offer nak tolong bacakan buku Abah kuat-kuat. Buku tu tulisan jawi so ada la beberapa insiden kelakar yang terjadi. Sambil menghafal doa tu sambil sms Apis. Ada one time tu Abah call and Abah tanya; "Cakap la betul-betul. Opah ada lagi ke tak de dah?" Tenang betul Abah. Opah makin tenat masa tu.
Around 1.15-20pm Abah received another call and terdengar Abah cakap; "Innalillhah......" Sunyi sepi dalam kereta. I terus baca Yaasin sambil air mata berjuraian. Selain sedih tak sempat jumpa Opah, I terasa bersalah kat Abah sebab menyebabkan Abah tak sempat jumpa Opah buat kali terakhir. Kalau Abah balik terus hari Selasa tu mesti Abah sempat jumpa. I asyik cakap kalau-kalau tapi diorang (Jannah and Cu) tak bagi cakap kalau sebab benda dah jadi. Kalau...kalau..... sampai bila-bila tak jadi apa-apa. Memanglah tapi tetap rasa bersalah kat Abah. Kesian Abah. Dah la sentiasa berjauhan dengan Opah. Akhir hayat Opah pun tak sempat nak jumpa Abah.
Around 2.30pm kami sampai Lenggong. Bang Long, Eman, Mamat and Siti gerak dari KL dalam pukul 1 lebih and Epoi and family pulak dari Kuantan. Sampai rumah tengok jenazah Opah bertutup. Masa bertutup tu ok lagi tapi masa buka tengok muka Opah, air mata ni laju je tak boleh nak stop. Cu marah menangis sebab buat Cu lagi sedih. Nak buat macam mana air mata ni tak boleh kawal. Dah puas tahan tapi laju je mengalir. Lama jugak ambil masa nak bertenang and then we (Jannah, Akak and me) decided to help uruskan jenazah Opah.
Sepanjang hayat I yang dah 34 tahun ni, tak pernah lagi tolong uruskan jenazah. Pergi kursus pengurusan jenazah pun tak pernah. Tak pe demi Opah semua pun boleh. Ada makcik-makcik kat kampung tu handle urusan jenazah ni so kami tolong apa yang patut. Opah sangat kurus. Dan baru perasan yang Opah ni putih melepak orangnya. Masa gosok kaki Opah tu terasa gelapnya tangan ni kalau nak banding dengan Opah. Orang yang uruskan jenazah Opah asyik la cakap yang jenazah Opah ni bersih aje. Alhamdulillah. Memang bersih dan senang urusannya.
Lepas mandi kena kapan pulak. Last step diorang letak bedak sejuk kat muka Opah. Teringat pulak Opah suka buat bedak sejuk guna daun pisang. Sedihnya la hati ni. Lepas selesai urusan kapan, sapa-sapa yang nak cium Opah boleh la cium. Masa ni I dah start menangis balik. Jenuh nak tahan air mata ni. Orang kata jangan bagi air mata kena jenazah. Siksa dia nanti. Wanginya bau Opah. Wangi sangat. Dalam ramai-ramai, I paling tak tahan masa tengok Abah cium Opah. Abah ada cakap sesuatu sebelum tu.... "Ya Allah Mak aku...." Abah sorang je yang tak sempat jumpa Opah sebab Abah duduk paling jauh sekali. Pak Lang tinggal kat Ipoh. Pak Chik kat Teluk Intan and Cu memang tinggal sekali dengan Opah.
Rumah Opah ni sebelah aje dengan kubur so mula-mula bawak ke surau dulu untuk solat jenazah and tunggu kubur siap di gali. Dalam 6 lebih tu jenazah di bawa ke kubur. By that time I tak henti-henti call Bang Long and Epoi yang tak sampai-sampai lagi. Diorang dah dekat sangat dah. Buat kali terakhir kain kapan dibuka untuk bagi kesempatan pada yang nak cium atau tengok. Masa tu Bang Long and Epoi dah sampai kat kampung dah tapi belum sampai area kubur. Ada sorang insan ni beria-ia nak suruh kebumi cepat. Geram pun ada masa tu. Kalau jauh lagi memang la kitorang consider tapi dah beberapa meter je nak sampai pun. Dari jauh kami datang ni. Yang tambah geram, insan tu keluarga terdekat pulak tu. Sabar je lah. Kesian Abah. Tak tenang hati dia anak-anak dia tak sampai lagi. Epoi, Mamat, Eman Siti and finally Bang Long berlari ke kubur and sempat la cium Opah.
Pukul 6.45pm semua selesai and talkin dibacakan. Alhamdulillah urusan Opah dipermudahkan. Ada juga cucu-cucu Opah yang tak sempat nak tengok Opah buat kali terakhir. Sampai-sampai aje talkin dah dibacakan. Ada yang sampai malam. Walaupun tak sempat jumpa semasa akhir hayatnya, syukurlah dapat jugak tolong uruskan jenazah Opah. Kali terakhir I balik and jumpa Opah Oktober tahun lepas masa konvo Mamat. Lama dah tu. Lepas ni balik Opah dah tak de. Dan pastinya lepas ni susah nak kumpul ramai-ramai macam masa Opah ada.
Bila dah berlaku kematian dalam keluarga terdekat macam ni, barulah terasa betapa ruginya kerana tak pandai nak menguruskan jenazah. Urusan jenazah ni benda sensitif. Dan kena berlembut. Lebih baik kalau ahlli keluarga sendiri yang uruskan. Betul tak. So Insya Allah I nak attend kursus pengurusan jenazah. Kalau sape-sape ada info pasal kursus ni maklumkan kat I ok.
Mudah-mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh Opah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Mudah-mudah Allah ampunkan segala doasa-dosa Opah dan terima segala amal ibadatnya. Mudah-mudahkan Allah jauhkan Opah dari siksa kubur dan mudah-mudahan Allah tempakan Opah di Jannah-Nya. Amin....
No comments:
Post a Comment