I'm officially 34 today. Aiyak macam tak percaya aje the number. How come it feels like 24 aje eh. Hihihi..... Anyway, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk mengecapi usia ini. It's been quite a handful journey. Macam-macam dah rasa dan lalui. Manis masam pahit payau. Semualah. Kadang-kadang terasa macam nak erase aje semua yang pahit dan tak best tu tapi without that experience, I won't be who I am today kan. So bersyukurlah dengan segalanya. Life without obstacles akan menjadi mandom la pulak kan so mudah-mudahan diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup ini.
Alhamdulillah I'm happy the way I am now. Quite content with what I have. Boleh kata semua benda yang I nak I dah ada or dapat. Kalau ada pun yang I nak ubah cumalah nak berubah to become a better person. And some weight to shed. Hehehe...... Plus some bad habit macam boros tu lah kan. Mudah-mudahan saya akan menjadi seorang muslimah yang baik di dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada both my parents kerana telah membawa saya ke dunia ini dan terima kasih atas didikan dan kasih sayang yang dicurahkan. Terima kasih kepada semua adik-beradik atas semua kenangan terindah antara kita sepanjang masa kita bersama ni. Yang tak indah tu nasiblah kan. Hehehe..... Terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi berkawan dengan saya yang complicated ni. Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup saya baik sekejap, lama, secara langsung atau tidak langsung. I am who I am today, thanks to you guys.
Mudah-mudahan saya akan dikurniakan dengan kesihatan tubuh badan yang baik bagi meneruskan kehidupan ini. Dan dipermudahkan dalam segala urusan. Amin. Terima kasih atas doa dan ucapan kawan-kawan semua. I feel loved and blessed. Jazakallah khairan.....
1 comment:
happy birthday eny! =D
semoga terus diberi kesihatan yang baik, murah rezeki, dan gembira selalu amin....
Post a Comment