Friday, July 23, 2010

Minggu yang sibuk

Wah busynya minggu ni. Ada begitu banyak kerja hingga saya ni dah macam tak terurus dah. Hehehe… Anyway mari kita recap balik apa dah berlaku semasa saya ke Kelantan tempoh hari.

Monday morning bertolak ke Kota Bharu, Kelantan dengan menaiki bas. Wah penjimatan sangat kitorang tau. Tapi jimat bab duit aje lah. Bab masa banyak je terbazir kat atas jalan. 10 jam tu naik bas ke KB. Dah la sakit-sakit badan sebab berlari tanpa regangan. Siksa betul nak mengadjust badan ni sepanjang perjalanan. Duduk camni tak kena, duduk camtu tak kena. Semuanya serba tak kena. Tambah lagi dengan stomach cramp due to my menstrual. Stress betul. Orang lain happy aje. Siap berkaraoke lagi.

Singgah for breakfast dekat Genting Sempah. I had nasi lemak. For lunch, singgah dekat Gua Musang and I had plain rice with sup tulang. Reached KB exactly at 6pm and for dinner at 7.30pm, I had plain rice with few side dishes. Setelah makan nasi sekali sehari for sekian lama, this time 3 kali ok. Amik nak sakit perut gila-gila malam tu. By the time meeting start at 8.30pm tu, my tummy felt so painful, tight and bloated. Semua rasa adalah. Self-control sangat perlu bagi memastikan tiada orang perasan bahawa setiausaha mesyuarat sedang menahan sakit. Alhamdulillah the meeting went well and I berjaya mengawal kesakitan sehingga meeting ditangguhkan pada jam 11.45pm.

Selalunya I don’t have supper but that night I had 3pc of karipap yang sungguh sedap. Saya mengakhiri malam saya dengan memuntahkan all my dinner and supper. Amik nak makan tak ingat. Rasa macam bulimic pulak sambil muntah-muntah tu. Yuks! Right after I came out from bathroom, my immediate boss called ajak makan durian. The timing couldn’t be more perfect eh. Of course I’ve to decline. Tak sanggup den nak muntah-muntah lagi. Malam tu tak boleh tidur sebab perut sangat sakit. Letak minyak angin yang super panas pun tak rasa apa dah.

Tuesday morning breakfast around 7am and bertolak untuk lawatan sambil makan durian around 8am. I only ate a few suap of nasi kerabu. My tummy still not feeling very well. Risau jugak ni sebab kejap lagi nak makan durian. Dah la perjalanan balik amik masa 10 jam jugak. Kot jadi apa-apa nanti susah jugak tu. On the way tu I makan roti krim untuk alas perut since my breakfast tu tak macam breakfast pun.

Lawatan adalah di MID (Medan Infodesa; something like cyber café) Kg Bukit Tandak, Pasir Mas. Lepas melawat and dengar briefing serba-sedikit, terus ke aktiviti utama iaitu makan durian. Selain durian, ada santan, pulut, gula and buah rambutan and dokong. Ke langsat or duku eh? Entah la, tak pandai nak beza. Hehe… I only ate durian saje. I tak pandai la makan santan+gula+pulut+durian mentah tu. Kalau nak makan semua tu, kena masak santan+durian tu dulu and makan dengan pulut atau roti. Nak kata banyak sangat makan tu tak la sangat tapi banyak la jugak sebab diorang dok tengok I makan terus bukak and sua tak henti-henti. So I pun makan aje lah kan. Nanti kata tak sudi pulak. Makan durian ni self-resistance kena kuat supaya boleh stop bila sepatutnya jadi tidaklah makan terlalu banyak sampai memudaratkan. Cuma yang tak best tu, lepas makan tangan berbau la.

Lepas makan durian, kami terus ke Rantau Panjang untuk sesi melabur kepada peniaga tempatan. Tapi masa yang diberi cuma 1 jam aje. 1 jam nak shopping kat Rantau Panjang? Apalah sangat yang boleh tengok dalam masa sesingkat itu. Patah semangat nak buat pelaburan besar-besaran. I cuma beli totto 2 (1st time datang pun beli totto 2 jugak), bolster 2, long skirt and belt untuk Siti, kuali leper untuk masak roti canai and kacang pistachio aje. Total semua tak sampai RM150 pun. Tangan I sampai hari ni sakit sebab pikul totto and bolster tu. Mujur ada sorang pegawai (gred 52 lagi tu) yang tolong angkat sekali. Baik sangat hati dia. Terima kasih banyak lah ye puan. Budi mu dikenang selamanya. Cewah….

Lunch was served at one nice restaurant dekat Rantau Panjang juga. Punyalah banyak the choice; plain rice, tomyam campur, kerabu sotong, udang goreng, ayam goreng, ikan masak 3 rasa, sambal belacan+ulam, buah-buahan dan air oren. Semuanya sedap-sedap belaka. Tapi I tak makan pun ikan and ayam tu sebab dah makan tomyam+udang+sotong. Lepas perut dah kenyang, solat zohor+asar dekat sebuah masjid yang sangat cantik. I tak tau nama dia tapi diorang panggil masjid Beijing sebab sebiji macam bangunan lama kat China. I tak amik pulak gambar. Orang gi solat I dok dalam bas aje. Panas and berlengas badan sebab berjalan sambil memikul barang lepas shopping tadi. Kaki pun sakit sangat dah. Tambah lagi pakai kasut baru. Melecet sana-sini sampai nak sarung kasut pun sangat la menyakitkan. Selalunya I bawak kasut spare tapi this time tak pulak. So tahan la sakit sampai malam tu.

On the way balik tu semua layan karaoke. Wah ketua akauntan kitorang sangatlah sedap suaranya. Dah la dia duduk belakang I. Layan aje dengar dia nyanyi. I karaoke-karaoke memang tak la. Nak cuba tido tapi tak dapat sebab tak selesa plus bising orang menyanyi. I ni bising-bising tak boleh nak tido. Mata pejam tapi sedar je. Stress lagi. Hehehe…

Last stop dekat Raub untuk solat maghrib+isya’ and dinner sekali. I tak turun pun dari bas. Selain dari kaki yang super sakit, I saje nak skip dinner. Makan banyak dah 2 hari tu. Sampai rumah around 12am. Gila penat weh. Sudahnya esok tu I mintak masuk lambat. Kali ke-2 I punch in lewat selepas hampir 4 tahun berkhidmat. Cacat dah punch card I untuk tahun ni. Penat betul la this week. Sakit-sakit aje badan ni. Paling sakit tangan la. Tu pun boss minit suh gi meeting kat Johor hari ni. Terpaksa la menolak sebab busy nak siapkan paper untuk meeting Monday nanti. Sebab busy sangat tak terasa dah habis seminggu. Tapi esok kena keja la beb. Tak best betul…..

Anyway silalah datang beramai-ramai ke Karnival Usahawan Desa kat Bukit Jalil ye. Ada 500 gerai kat sana. Banyak benda boleh dibeli. Esok ada perasmian so I kena bertugas. Datang jangan tak datang ye…..

p/s : Gambar akan diupdate kemudian. Tapi tak banyak la...

Wednesday, July 21, 2010

Siemens Run 2010

Alhamdulillah berjaya....

So last Sunday I've managed to participate in my 1st running event; Siemens Run 2010. As a beginner, I joined Dream Run category aje. Bak kata Intan; berlari sambil berangan. Memang sangat la. That night I hardly slept. Entah kenapa. Nak kata over excited tu tak la jugak. Maybe dah my nature kot; kalau ada apa-apa esoknya, malam tu memang la tak boleh tido. Pukul 5am terus bersiap and by 5.40am Edwin dah siap tunggu kat bawah pun. Due to my injury, agak lama jugak la masa yang diperlukan untuk bersiap sebab everything done single-handedly. Kejap aje tuhan tarik nikmat dah merasa payahnya. Tu orang yang OKU tu lagi lah kesian kan. Anyway bersama dengan Edwin pagi itu ialah 2 orang teman seberlarian dia from another department. Gadis-gadis gitu. Edwin ni memang sentiasa dikelilingi gadis-gadis aje tau. Ada apa-apa ke? Ahaks!

Park kereta kat Star Sg. Besi and ke Dataran naik LRT. Dalam train tu ada ramai jugak participant Siemens Run ni. Since gerak sebelum Subuh maka solat Subuhnya adalah di Masjid Jamek. Kebetulan it's my 1st day of you know what so saya hanya menemankan aje. Edwin pun sibuk gak nak masuk masjid dengan seluar pendeknya itu. Nak tumpang toilet sebenarnya. Kan dah kena sound dengan pak guard. Lenkali bawak spare kain pelikat ye Win.

Semangat diorang ni nak berlari. Siap-siap pasang number dalam train lagi...

Kat Dataran jumpa Intan and hubby serta Hasya yang comel, Wan Rahim and wifey Aishah, Fatahah and hubby serta daughternya Iklil and Aizat. Aizat ni junior batch ni. Eh ye ke nama dia Aizat? Semua pun nak berlari juga kecuali hubby Intan sebab dia kena jadi babysitter. Selain I, Intan, Aishah, Fatahah & family and Aizat pun joined Dream Run jugak. Edwin, Wan Rahim dan teman seberlarian Edwin, Lin dan Ana joined 10km run. Diorang memang otai so 10km tu tak de hal punya. Actually Fatahah pun otai gak tapi sebab dia nak train anak dia so terpaksa la dia joined Dream Run aje.

Since category kitorang adalah yang tershortest maka kitorang last sekali. I tak buat pun warming up before berlari. Main redah aje. Managed to lari halfway aje pastu berjalan. Once dah start berjalan memang tak la nak sambung berlari balik kan. Intan and Aishah ni walaupun dah menjadi ibu orang tapi lagi terrer dari I. Diorang jauh ke depan. I mula-mula ikut la kat belakang tapi bila dah jauh kena tinggal malaslah nak kejar. I memang amik semangat Dream Run sangat, mula-mula berlari pastu berangan tengok keliling. Dah la sorang-sorang aje. So memang tengok orang aje lah kerjanya. 

Ceria aje eh. Padahal letih tu weh. Nak tengok gambar sebenar? 

Hehehe.... ni la muka sebenar. Nampak sangat penatnya ye. Padahal tak la jauh sangat pun.....

Halfway through...

Wooo banyaknya bekas minuman..... lepas minum terus campak. Kelakar jugak tengok volunteer yang bertugas kelam-kabut tuangkan air.

Cantik pulak KLCC dari sini. Tapi dalam gambar tak cun sangat la. Maklumlah.... tukang amiknya bukan lah pro pun.

Antara pemerhatian yang dapat dibuat; orang Melayu tak ramai sangat yang joined benda alah macam ni. Orang Cina memang ramai. Pastu diorang siap train anak-anak diorang lagi. Seronok kalau dengar diorang dok bagi semangat kat anak-anak diorang sambil berlari tu. Fatahah pun sama macam diorang la, train anak dia berlari dari kecil lagi. Bagus betul. Bukan setakat tu je, ramai jugak yang tua-tua tapi joined category yang jauh punya. Ish malu I tau. Pasni kena tingkatkan usaha lah supaya setanding dengan nyonya-nyonya itu. Hehe...

Sepanjang perjalanan tu ada ramai photographer yang amik gambar. Pastu ada persembahan gendang tradisional Malayu, India and Cina lagi. Ada pasukan sorak yang dok menjerit-jerit menyorak, ada yang berlari dengan pakaian yang lawak-lawak (lawak as in clown, kain pelekat and t-shirt, kain batik and baju orang tua) and ada gak yang pakai costume (Popeye, Devil, Ninja etc). Seronok cuci mata aje lah sementara nak sampai ke finishing line tu.

Tengok tu, ada Popeye, Ninja, Devil and watak apa ntah yang pakai baju oren tu...

Ada koboi...

Gendang Melayu...

Gendang India dan baaaanyak lagi lah. Tak larat nak amik dah....

Bila dah siap berlari ada goodies bag yang disediakan tapi nak boleh dapat tu kena beratur punyalah lama dan panjang. Nasib baik ibu berdua yang terrer itu tolong amikkan. Thank you ye. Nak minum pun beratur panjang. Nak amik bag yang disimpan dekat khemah khas pun kena beratur panjang jugak. Maklumlah ada beribu-ribu participants. Bosan betul. Oh ye, lepas berlari pun I tak buat any cooling down thingy. Kesudahannya esok tu sakit seluruh badan. Muscle shock. Maklumlah dah lama tak bersukan tetiba terkejut tergempar je berlari . Mana tak terperanjat muscle tu. Siksa betul. Pelvic joint rasa ketat semacam aje. Tangan, belakang, kaki semua sakit. Rasa macam tua sangat tau. Ish ni yang tak gemar ni.....

Fatahah yang otai, lari siap carry anak dia lagi. Pasni pegi PULADA memang tak de masalah punya dengan jalan lasak semua tu... Cayalah Fatahah

Ibu-ibu yang tak kurang hebatnya.... Apasal semua ibu-ibu je yang hebat ni... nak jadi ibu jugak lah camni....

Lepas siap semua kitorang pun balik. Walaupun penat tapi seronok sangat. Seronok sebab berjaya memaksa diri untuk joined this kind of activity. Walaupun tak bersungguh berlari hingga ke akhir but at least ada lah jugak mengeluarkan peluh sket-sket masa berlari separuh jalan tu. Kalau tak paksa diri joined benda alah ni memang tak keluar peluh langsung la kan. It's a good start for me la. Boleh buat selalu ni.

As for this coming weekend, ada satu lagi event untuk kesihatan; Jacob's Walk of Life. Jom kawan-kawan.    
       

Friday, July 16, 2010

Mujur... mujur... dan mujur....

Amboi-amboi adik sorang tu.... Mentang-mentang kakak dia duduk dekat, senang-senang aje. Dekat nak lunch time tadi, Siti called suruh amik dia kat kampus. Mujur lah hari ni hari Jumaat. Lama sikit waktu lunch so tak de masalah nak amik dia. Tapi short notice sangat. Mujur jugak tak de keje urgent or meeting ke apa petang ni. Dan mujur jugak UPNM tu tak jauh mana. Oh mujur jugak kereta I dah ok. Eh satu lagi.... mujur I drive hari ni. Kalau I naik bas tadi? Alamatnya malam la....

Tadi sampai kat gate utama yang I biasa masuk tu, kena tahan and MP (Military Police) tu tak bagi masuk. Dia suh masuk ikut another gate. I try to beg pun tak dapat. Bengang betul. Dah la jauh nak kena u-turn. Jam teruk pulak tu. Maklumlah time budak balik sekolah. Tak pasal kena pusing balik. Masuk ikut another gate and the MP was kind enough to let me pass without having to take the visitor pass. Dia kata sebab hari ni hari Jumaat. Bagus betul. Sejuk sikit hati yang panas kejap tadi tu. 

So now she's here with me at the office. Balik nanti senang la ada pembantu untuk sesi tolak-menolak kereta and angkut-mengangkut groceries dari pasar. Seronoknya lah. Tak payah I nak bersusah-payah sensorang macam biasa.. Tapi dah macam kerahan tenaga la pulak eh. Well let assume it as part of training ajelah ye. Kata kena jadi ROTU kan. Kena la training buat kerja berat-berat sikit ni. Hehehe....  

Apa nak masak for dinner eh? I macam teringin nak makan taucu tapi kalau masak nanti mesti I akan makan dengan banyaknya. Makan taucu mana boleh sikit-sikit. So fail la my attempt to diet nanti tu. Taucu untuk luch esok la. Malam ni masak simple-simple sudah. Lagipun I kan dah ada tukang masak import ni hah. Hehehe.... tak sia-sia ada adik yang pandai masak ni. Senang keje I.

Jom berlari




This Sunday I'll be joining my first ever running event; Siemens Run 2010. But I'm not joining the marathon categories. Beginner like me hanya mampu untuk Dream Run aje. The distance pun tak la sejauh mana, 3.5km aje. Jauh-jauh nanti ada yang tak dan nak sampai ke garisan penamat nanti. Tak pun orang semua dah habis balik rumah, I tak sampai-sampai lagi. Hahaha....

I kan kata nak serious dalam menjaga kesihatan sekarang kan. So ingat saja la nak lari-lari sikit ni. But I'm not a good runner. Endurance itu tak de. Dulu nak lari 2.4km pun tak larat inikan pulak nak bermarathon berkilometer bagai ni kan. So I joined category fun run aje. Fun run ni distance dia tak jauh and boleh la nak berlari ke, nak berjalan ke. Kalau yang ada anak-anak kecil tu boleh la nak lari ngan anak-anak ke, nak tolak stroller semua tu ke. Walaupun semangat tu ada, kemampuan diri pun kena lah tengok sama. Saya hanya mampu short distance aje so buat yang itu aje lah dulu. Mana tau esok dah fit dah, boleh la saya join real marathon.

Dulu masa mula-mula kena paksa lari 2.4km, I memang tak larat. Lari beberapa ratus meter aje pastu pancit. Tapi masa tu I telah berjaya memotivasikan diri dengan mengcomparekan diri I dengan seorang kawan ni. Dia dah ada anak sorang tapi I tengok dia larat je lari. Orang dah beranak larat takkan orang bujang tak larat kan. So I paksa jugak diri I and setiap kali berlari, I'll make sure I'll stop at a distance yang lebih jauh dari yang sebelum. Rupa-rupanya kawan I ni pun memotivasikan diri dia dengan mengcomparekan diri dia dengan I. Dia lebih muda dari I so bila dia tengok I larat lagi nak berlari, dia paksa diri dia untuk berlari juga. Dia kata I yang lebih tua pun larat kenapa dia yang muda tak larat. Hahaha.... elok la tu. Lama-lama I berjaya untuk lari 2.4km tanpa berhenti. Tu kira pencapaian yang hebat la tu. Tapi I lari slow gila. Kira orang berjalan pun lebih laju la. Hehehe....

Since I dah bersemangat nak berlari-lari ni. I ingat nak beli la running shoes yang best. Eman ada beli running shoes yang best baru-baru ni. Asics. Ada gel technology lagi. Eman kata harga dia RM500++. Mak aih. Mahalnya. Tak mampu la wei. Takat RM200++ tu mungkin mampu lagi walaupun I rasa RM200++ tu pun dah mahal. My Nike running shoes yang berharga RM179 pun I dah rasa mahal gila. Inikan pulak nak beli yang RM500++ ni. Nevertheless, I google lah jugak pasal kasut ni.

Asics Pink Gel Kinsei@3

Asics Purple Gel-Kayano@16

Woohoohoo serious cantik ok. Terus I terjatuh cinta. Tapi masih berkira-kira lagi whether nak beli or not. Mahal sangat tu. I tunjuklah kat Edwin. Maklumlah dia ni kan selalu berlari. Boleh kata semua marathon dia joined. So mesti dia terror pasal kasut-kasut ni kan. Sekali dia kata dia pakai kasut Power aje. Ceh terus terbantut hajat hati nak beli kasut ni. Yelah nanti mesti dia mengata kat I. Baru berlari 2-3km dah nak beli kasut berastus-ratus. Dia yang lari berpuluh-puluh kilometer pun pakai kasut Power aje. Tapi betul jugak kan. Takat lari sikit-sikit buat apa la nak mengada-ngada beli kasut mahal kan. Tapi berkenan sangat lah. Teringat-ingat aje kat kasut ni. Hehehe.... over kan.

Nanti ada lagi event lain. Bulan Julai ada 3; 2 berlari and 1 berjalan. Tapi rasanya 2 yang berlari tu akan jadi berlari+berjalan for sure. Hehehe.... Pasni kalau ada sape-sape minat nak join jom lah. Seronok ramai-ramai ni. Nanti kita berenang pulak. Hehehe... Iya lah sangat tu. Cakapnya dah banyak kali tapi tak buat-buat jugak. Hahaha...

Tiba-tiba teringat ada satu lagi ni....

Jangan diturutkan gelora perasaan
Kau harus tabah hadapi segala
Hidup cergas jadikan amalan
Tubuh yang sihat
Sihat fikiran
..... tak ingat....
..... berenang berlari....
.....tak ingat.......
Marilah semua amalkan segera
Menjaga tubuh kita.....

Tak ingat sangat tapi lebih kurang macam tu lah. Jom kita sama-sama jaga kesihatan diri jom.

Kebetulan betul....

Sedang saya berkira-kira pasal nak memandu atau nak naik bas ni, harga minyak naik lagi. More reason to naik bas lah nampaknya. Yesterday 1st time balik naik bas. Took me half and hour jugak lah. 15 minutes waiting and 15 minutes dok dalam bas. Bas 200 punya route Kompleks D – Kompleks B – Bulatan Besar – Alamanda – Precint 16 - Wisma Putra – Precint 18. Macam jauh aje eh. Kena belajar bersabar la macam ni.

While waiting for the bus, Bang Long called. Bagitau harga minyak nak naik and suh pegi isi minyak siap-siap. Since fuel level memang sangat low, terpaksa lah I pergi isi jugak semalam. Sampai aje rumah terus start kereta pegi isi minyak kat Shell P8. Hehehe….

As for today, I drive sebab balik nanti nak kena gi Pasar Tani. My family nak datang tonight. Banyak la benda nak kena beli ni….

Thursday, July 15, 2010

Dah hilang dah.....

Baru masuk minggu kedua, Siti dah mengadu hilang duit. Haish cepat betul si pencopet ni memulakan operasi. RM50 pulak tu. Well maybe to some apalah sangat RM50 tu kan. Tapi for me and for student like her, besar nilainya tu. Hilang masa pegi library. She put the money inside her bag. Left it outside sebab tak boleh bawak masuk. Sekali keluar tengok duit dah hilang. Her friend lost handphone. Another friend lost a beret. Beret pun nak curi ke wahai sang pencopet oii.

Memang bab-bab hilang duit and barang ni sangat sinonim dengan kehidupan di asrama. Baik sekolah mahupun universiti. Dulu when Eman kat MRSM, Mak siap jahit poket lagi at his brief. Same goes when Bang Long went to ITM. Kelakar ok. Nasib Mak tak jahit poket at my bra nor panties. Uish malu ah nak pakai. Tapi duit memang selalu hilang. Barang-barang termasuk baju pun sama. Even underwears ok. Alah masa kat DPA bersama PTD-PTD yang kononnya cream of the cream pun my baju hilang. Baju sukan DPA yang wajib pakai pulak tu. Lagi horror. PTD ok. Bukan sebarangan orang. So apalah sangat dengan budak-budak mentah kat universiti tu eh.

Tapi tak puas hati betul. Kalau dah kena tinggal beg kat luar kenapa tak de security jaga? At least sediakanlah locker berkunci. Kan senang. Tapi kat UiTM Shah Alam dulu pun nak masuk library main tinggal aje beg kat luar. Alhamdulillah tak pernah la pulak hilang duit or barang. Well maybe because I was so poor back then so tak de nya orang nak curi duit I yang berapa ringgit sangat tu kan. Handphone pun tak de. The only barang mahal yang I ada was my stationary set. Semuanya Pilot ok. Kalau hilang tu mau nangis la. Sebatang pun dah berapa ringgit.

Pasni kena belikan Siti some small bag that she can carry every where la. Sian pulak hilang-hilang duit ni. Dah la kena makan sendiri. Nanti tak cukup pulak duit nak makan. Nanti makin kurus la Si Kurus tu. Kena bebel nanti ngan Mak kalau kurus-kurus sangat. Vitamin dah bawak sebeban. Dah boleh bukak farmasi pun. Tapi tak de duit nak makan takkan nak makan vitamin aje kan. Hypervitamirosis pulak nanti. Hahaha....

Semangat baru.... ececeh....

All this while I’ve been whining and complaining about my weight but never took any serious action to at least loose a bit. Serious actions like doing something secara berterusan lah coz all my efforts were hangat-hangat taik ayam only. However for these past few months, I’ve been excusing myself from taking dinner unless I am very very very hungry. But there are some times when I will still have dinner; if I got guest at home (normally my family), when I went somewhere like courses ke, night event ke or just having some fun session with friends ke or during weekends where I normally cook and have some leftovers. My self control during weekdays are very strong but when in that certain situation tu I just have to loose some guard la. Nanti orang kata poyo pulak nak berdiet bagai.

Sometimes I would reheat the leftovers kuih from my breakfast or lunch and eat just that. Sometimes I would take yogurt. Sometimes I would take instant noodles but very rare la. Sometimes I would take snacks or chips. I know it is very unhealthy so again very rare la. Most of the time…. nada…..nil….nothing. Just plain water. But for breakfast and lunch I have heavy ones. Kira twice a day je makan. Snacking sangat jarang. Patutnya makan selalu with small portion kan tapi malas la nak makan banyak kali ni. 2 kali tu pun dah cukup kenyang dah. 

I am planning to reduce my fast food intake; McDonalds, Burger King, Pizza Hut, Domino’s Pizza and semua yang sama waktu dengannya. Not avoiding terus ye, just reducing the frequency to maybe like once a month ke. So after this no more hanging out at those places la. Eh cop, Kenny Rogers healthy ke tak eh? Nando’s? Sama je kot eh. Last month I’ve been to McDonalds so this month I nak makan Domino’s la pulak. Each month one type of fast food aje would be ok kot.

As for exercising, swimming tu ntah bila boleh pergi tak tau la. Keep delaying aje due to macam-macam hal. Jogging pun tak de geng nak pegi but I’ll try to make do with joining some fun run session. In fact this month for 3 consecutive weeks I’ll be busy running and walking. More stories on that later. Dapat bersenamrobik pun best gak kan. Anyone know where I can bersenamrobik tak?

I am also planning to detoxify my body. I have irregular bowel movement so maybe that is one of the reason I still have breakouts although I am now in my thirties. Detox the colon, the blood, the liver and the kidney. I need to dig out more on that coz I used to read somewhere on things to eat and things to avoid during the detoxifying program years ago. Rugi tak simpan the mags. Now dah kena google sana-sini balik.

What else eh….. oh drinking enough water. It is so difficult to discipline myself to drink enough plain water everyday. If you all noticed, I carry around water bottle everywhere I go. Even at home ok. I don’t drink boiled water so I have stocks of mineral water, berbotol-botol of it. I don’t like to drink plain water from mug or cup unless during meal time so that’s why I carry water bottles everywhere. And yet I don’t drink enough coz I hardly have to refill my small cute purple bottle. 500ml aje pun and yet susah nak abiskan. I seriously have to force myself to drink enough plain water la after this; it’s good for the skin, the kidney, the digestive system, the bowel, eh semualah. 500ml per hour boleh ke? I doubt that but I should at least give it a try la kan. Belum cuba belum tau. 

Have to be serious la after this. No more hangat-hangat taik ayam. So starting from tomorrow, I want to live a healthy lifestyle starting with drinking more plain water. Kena sukat tengok how much I can drink per day and increase it bit by bit. Wah semangat ni… semangat… At least tak de semangat nak kerja pun ada semangat lain pulak. Hopefully the semangat akan memarakkan kembali my enthusiasm towards my work. Amin…..

Gambar pelik-pelik untuk kegunaan peribadi

Pagi-pagi lagi dah bergossip dengan my immediate boss. Hehehe…. Hari ni the topic was about FB. Ada orang tu telah menyebarkan gambar pelik-pelik wife dia kat dalam FB sebab wife dia curang dengan dia. Ada orang lain tu pulak sebarkan gambar pelik-pelik awek dia lepas clash. Dah la pernah terlanjur. Haish…. tak paham la. Orang sekarang ni banyak dah salah gunakan kemudahan yang ada. FB tu untul social networking, cari balik kawan-kawan lama, buat kawan baru dan sebagainya. Bukan pusat sebaran benda pelik-pelik ni. Ramai yang dah sakit otak agaknya.

Asyik-asyik isu yang sama aje sekarang ni. Penyebaran gambar dan video pelik-pelik yang kononnya untuk kegunaan peribadi. Eh hello…. gambar and video pelik-pelik untuk kegunaan peribadi? Guna untuk apa? Tak puas lagi dengan the real thing ke? Kenapa perlu ada gambar and video pelik ni? Kenapa? Serius tak paham. Baru setakat couples pun dah pandai nak buat hubungan terlarang eh. Tapi paling tak paham bila suami isteri buat la. Gila *tut* agaknya.

Walaupun dah ramai celebrities yang dah kena, Edison Chen, Wan Norazlin and yang latest Ariel and the gang, masih ramai yang tak serik-serik lagi. Nak jugak amik gambar pelik-pelik ni. Orang cipta gadget best-best ni bukan untuk buat benda-benda tak senonoh ni. Tapi mentang-mentang nak amik gambar or video dah mudah, terus disalahguna untuk hasilkan benda pelik-pelik ni.

Saya rasa memang ramai yang dah sakit otak sekarang ni sebab asyik terdedah dengan media-media yang berunsurkan sexuality ni la. Tu pasal semua pun terikut-ikut sampai nak buat jugak. Tu lah suh solat, baca Quran semua tak nak. Kan jiwa tu dah tak tenteram. Eceh macam la saya ni rajin sangat baca Quran eh. Hehehe…. Ok lah at least buat la amal ibadah sikit. Tak de la jiwa tu kacau sangat. Bila nak buat benda pelik-pelik ni, kalau tak sayang kat diri sendiri pun, ingat-ingat sama kata mak ayah tu. Sian diorang. Malu kat dunia pastu kena siksa kat akhirat. Tak kesian ke?

Takutnya la bila fikirkan pasal benda ni. Teringat kat adik-adik. Harap-harap diorang ni pandailah membawa diri supaya tak terjebak sama. Budak-budak sekarang ni kan advance. Kalau control sangat nanti kata mengongkong tapi kalau lepas bebas sangat takut nanti terpengaruh dengan anasir-anasir jahat ni lah. Ya Allah lindungilah kami sekeluarga dari sebarang perkara-perkara negatif seperti ini. Amin.

Moral of the story, whatever the reason or motive pun, never ever mengambil gambar diri anda dalam keadaan pelik-pelik atau membiarkan orang mengambil gambar diri anda dalam keadaan pelik-pelik ye. Never. Not even once. Ingat tu….

Masih cerita pasal kereta dan bas

Alhamdulillah semalam dengan bantuan Puan Sitti Aisa yang begitu bermurah hati nak menghantar saya kat worksyop despite congestion yang teruk, saya telah berjaya membawa pulang Savvy je rumah dengan selamatnya. Kos tak semahal seperti yang saya jangkakan; RM90 je. Alhamdulillah…. jimat duit.

However, pagi ni saya masih naik bas lagi. Selagi semangat masih berkobar-kobar nak naik bas ni, ikut kan aje lah ye. Pagi ni Abg Adi (gelaran saya untuk pilot Nadi Putra) saya muda orangnya. Rambut spike lagi. Merasa la saya dengar Hot FM pagi-pagi-pagi ni. Abg Adi ni mentang-mentanglah muda, bawak bas macam roller-coaster aje rasanya. Laju semacam. Amik selekoh laju aje. Puas lah saya berpaut dekat kerusi tu. Seriau rasanya. Dengan kelajuan macam roller-coaster tu, saya berjaya punch in at 7.10am. Laju kan dia bawak.

Hari ni saya nak finalisekan report-report yang dah naik muak saya tengok tu. Nak kena print out and buat folder lagi. Harap-harap by tomorrow semua dah settle lah. Mesyuaratnya would be on Monday night so Monday morning tu dah bertolak ke Kota Bharu dengan menaiki bas. Ye naik bas aje tuan-tuan dan puan-puan sekalian ye. Penjimatan kan…. So lepas ni dah tak de masa nak adjust-adjust lagi. Weekend ni saya sibuk. So by hook or by crook, tomorrow before balik semua dah ready. Insya Allah….

Hmmm nak breakfast apa hari eh?

Wednesday, July 14, 2010

Driving vs bus ride

After just 2 days of commuting by bus, I am starting to like the ride. But it was not really a complete ones coz yesterday my CC hitched me a ride and today I’ll be driving my Savvy in which I’ll pick after work. However, let me see the pros and cons of both. Who knows after this I’ll totally opt to ride the bus.
 
Driving
 
The Pros

  • Roughly 10-15 minutes to work and 5-10 minutes to home.
  • I leave home around 6.45am-6.50am and would still be able to punch in between 6.55am-7.05am. I have this fetish of being early. Don’t ask me why.
  • After work, normally within 5 minutes dah arrived home. Well except during Ramadhan.
  • Can listen to nice song on Fly FM. And the chatty DJs too.
  • Can go everywhere I want after work.
 
The Cons

  • Parking. This is the biggest.
  • I hate to push car; nowadays it’s getting seriously bad. I have to push minimum 3 cars ok. And that is MINIMUM. Sometimes it’ll be 4. On good days, it’ll be 1 or 2. Oh have I mention about the size and weight of the car before? I hate continental car the most. Way too heavy. As for type of cars, Avanza, Unser, Kembara, MyVi, Spectra, Civic, Vios…. you name it, I’ve pushed it all.
  • Because of this pushing exercise everyday, I dreaded to go home everyday unlike other people who jumped from their seat when the bell went off. It makes me angrier too. Berapi-api je rasa.
 
Bus Ride
 
The Pros

  • I don’t have to worries about parking. No more pushing-pushing cars and getting angrier everyday. Calm and peace gitu.
  • Save money. Only cost me 50 cent one way. So if I commute by bus everyday, the cost incurred would only be RM25++ per month. So cheap eh.
  • I can enjoy the nice scenery along the way. If not focus straight on the road only.
  • I can mengelamun and yet still be safe. Hehe…. Sometimes there’s too many things on mind that I tend to mengelamun while driving. Dangerous ok.
  • I can exercise a bit. Can you believe that I enjoy my walk from bus stop to office? Nice windy refreshing morning. Kalau driving sangat short the walking distance and not many to enjoy.
 
The Cons

  • Too long; 30 minutes.
  • I leave home around 6.30am and punch in around 7.15am. Quite late to my own standard. But still ok lah.
  • I haven’t ride the bus home yet so I’m not sure how long will it takes to go home. But it’ll be more than my normal 5-10 minutes la.
  • No music playing during my morning ride. Actually not that bad la kan. Tenang-tenang gitu.
  • Cannot simply go anywhere I like after work. Let say nak shopping at Alamanda. Have to ride bus there, shop-shop and wait for another bus. Not sure what time and have to carry everything on my own. Bosan ah. So have to go home first and take the car there. Wasting time la pulak. Or else just drive on the day I plan to go somewhere. Hmmm not a bad solution.
  • Ok sitting around doing nothing besides thinking and mengelamun only can make me sleepy. Especially in the evening when I’m already tired. Not good ok sleepy-sleepy in the evening. I’ll have headache after that.
 
Hmmm macam balance aje between driving and riding the bus. So can consider both ways la kan. Maybe on days I have nothing to do, I’ll ride the bus. On days I plan to go somewhere, I’ll drive. Tapi kalau drive sangat bercinta nak balik ok. And there will be no more visitors parking after this at the nearest block. Visitors parking will be very far and it takes nearly 30 minutes from there to main gate. Itu lagi nak mendatangkan amarah di petang hari di saat badan keletihan mintak nak mandi berehat semua tu. Then totally bus ride lah kan. So far macam teruja. Takut nanti dah ada kereta terus lemau tak mo naik bas dah. Haha…
 
Eh ada sapa-sapa nak car pool tak? Tapi nanti mesti I’ll be too early for them and they’ll be too late for me. Tak syok la pulak eh. Macam-macam la Eny ni. Tapi car pool pun can be considered jugaklah after this. Who knows ada yang suka awal like me jugak. Best tu.