Monday, December 14, 2009

Photos @ Along's Wedding & Alor Star

Asyik baca aje bosan gak kan. This time tengok gambar pulak. Yang ni masa wedding Along kat Alor Star aritu. Ada jugak gambar kat rumah kampung Pak Teh. Suasana aje kampung, rumahnya moden. Tapi tak kisahlah kan... suasana tu yang penting.


Ni la pengantinnya. Nampak dalam gambar macam ok aje kan padahal pengantin comel. Along tu lebih kurang I aje. Wifey dia lagiklah kecik.

Firdaus aka Adik ni anak bongsu so walaupun umur dah 12 tahun, perangai macam budak tadika aje. Tak matang langsung. Camnelah nak masuk form 1 nanti ni. Dia ni suka sangat kat Akak. Asyik nak berkepit dengan Akak aje.

Pak Teh and Mak Teh memang tak menang tangan lah hari tu. Anak sulung kawin so tak biasa lagi buat keje kenduri ni. Tapi Pak Teh sempat jugaklah nyanyi satu lagu.

Semua pun nak duduk kat buai tu. Kalau dapat stay lebih lama kan best.

Bila kat kampung mesti tidur lambak, ada ayam dan pokok kelapa. Pastu kawasan yang luas and kenalah sapu daun kering aje. Patutlah orang kampung sihat kan, kena senaman selalu.
 
Kelakarkan bila I pakai inai. Yelah jari dah la montok-montok, kuku pendek-pendek pulak tu. Buat kena gelak aje sebab nampak pelik. I pun rasa pelik bila tengok.


Balik Kampung Day 8 (updated with photos)

Hari last kat kampung rasa tak best aje. Ntah bila boleh balik kampung lagi. Dan lepas ni kena la keje balik. Ahhh malasnya nak gi keje. Abah decide nak balik lepas lunch so ada banyak masa la sket. Nak kemas barang lagi, nak mandi sungai lagi (wah sempat tu) dan macam-macam lagi.

Mak suruh bawak balik buluh letak kat rumah I. Boleh buat sangkut-sangkut baju yang nak dijemur. So Abah pegi cari buluh. Later Abah, Dik Man, Ayum and I ke sungai nak cuci buluh. Sambil tu mandi sungai sekali. I tak la tolong cuci beria tapi now I know how to do it lah. Abah and Dik Man cari buluh kat sungai pulak whilst I and Ayum mandi sungai. Ayum dah pandai floating. Dah pandai tu asyik nak floating aje. Dah I kena tengok-tengokkan. Tak dapat la nak mandi sangat kan. Wah si kecik ni kalau stay kat kampung sebulan sure terror berenang lepas tu.

For lunch we had daging bakar. Sambil tu bakar some ikan sungai sekali. Ingat nak bawak balik untuk buat sambal tumbuk for Bang Long and Eman. Tapi tak de rezeki diorang sebab tertinggal. Kereta Abah sangkut pulak petang tu. Teruk lumpur lekat kat kereta so sebelum balik singah car wash kat Pekan Lenggong dulu. Left Lenggog around 5pm. Harap-harap dapat balik lagi dengan semua orang lepas ni.

Sampai Putrajaya dalam 8pm. Dah sampai baru tau ikan bakar tertinggal. Aiseh kalau tak dapat makan sambal tumbuk malam tu. Malam tu semua kepenatan tapi memang betlah balik kampung trip this time.
Masa kat kampung ada cadangan nak buat reunion keturunan Yahya dan Esah (my grandparents) Sekarang ni ada 4 generasi dah so ramai tu. Harap-harap tercapailah tu. Insya Allah.

Well that’s all my balik kampung story for this time. Hoping for more in years to come. Insya Allah….


Kereta sangkut lagi. Jenuh nak kena tolak. Teruk jugak nak membasuh lumpur tu, nasib ada car wash kat pekan.

On the way balik. Apis drive half way tapi macam seriau je Apis drive. Abah dari nak tido pun tak jadi nak tido. Kecut perut. Hahaha....


Balik Kampung Day 7 (updated with photos)

Ahhhh it’s been a while since my last update. Been busy with all sort of things; personal and work related. Without further a due, let me continue with my never ending balik kampung story. Kalau bosan, you know what to do right. This story is for me to reflex back in years to come anyway.

On day 7, wake up quite early for it’s the big day; Pak Lang and Pak Chik with their family akan balik, nak sembelih lembu and kenduri at night. Masa bangun tu, terdengar announcement dari surau; ada kematian berlaku. Rumah Opah I ni bersebelahan kubur aje so kalau ada kematian memang boleh nampaklah.

Whilst berkemas pagi tu, Pak Chik and family sampai and terus ke surau untuk solat raya. Lepas solat, breakfast and bersedia untuk bekerja. Sebelum operasi penyembelihan dimulakan, kaum adam kena potong kayu api dulu. Not all lah; Apis, Mamat and Pak Su aje pun. Kami kaum hawa pulak macam biasalah kat dapur tu kan, kupas bawang, potong itu ini dan yang sama waktu dengannya.

Not so long later, tukang sembelih pun datang. Kaum adam pun sibuklah dengan operasi penyembelihan. Ikat lembu, adjust posisi dan sebagainya. My 1st and 2nd time tengok lembu kena sembelih memang sangat horror lah. Kesian tengok lembu tu tercungap-cungap menyedut nafas terakhirnya. Tapi for this time which is my 3rd, dah ok dah. Orang kata kalau tengok haiwan yang kena sembelih tu, kita tak boleh kata kesian, kalau tak tak boleh makan. Masa 1st time memang dok tersebut jugak, 2nd time tak sebut tapi terasa dalam hati. I guess over time kita akan terbiasa kot.

Pak Lang and family sampai lepas orang siap melapah in which sangat cepat sebab nak kejar solat Jumaat lepas tu. Jadiknya Pak Lang and sons tolong memotong daging. Alah kalau suruh Apis, Mamat and Dik Man memang diorang tak reti pun. Sangat surprised jugaklah tengok anak-anak Pak Lang yang reti dan rajin nak tolong potong daging tu. To be honest, I pun bukannya pandai sangat nak potong daging ni. Hihihi…
Lepas solat Jumaat, kami angkut barang-barang ke surau sebab nak masak kat sana. Team masak memang tak ramai coz most of them prefer dok kat rumah sambil berborak-borak. Iyelah lama tak jumpa kan, mesti banyak benda nak cerita. Team masak diketuai oleh Mak sebagai ketua chef, Abah assistant chef dan a few of us yang berminat nak tolong.

Penat weh masak untuk kenduri ni. Biasanya kalau buat kenduri kat rumah Kuantan, I tak de nya nak tolong-tolong masak ni. Ramai makcik pakcik yang memang terror bab tu akan buat. So this time I tolong dengan bersungguh-sungguh ok. Lagipun kesian tengok Mak Abah bertungkus-lumus. Untuk kenduri malam tu, kami masak Nasi Briyani, Kurma Daging (guna daging korban), Sambal Tumis Sotong (sotong diimport dari Kuantan ok) dan Acar Jelatah.

Hampir Mahgrib baru selesai masak. Sambil tolong masak, I tolong cuci kawasan surau tu sekali. Wah rajin betul orang tu ye. Ehem….. Dah la pakai baju kurung. Pergh memang macam gadis kampung mithali punyalah. Hihihi..

I didn’t wait till the end pun sebab nak balik solat Asar. Dah lewat sangat masa tu. So alang-alang dah berpeluh bagai tu, mandi sekali lah. Ingat nak kena ke surau lepas tu tapi tengok tak de sorang pun yang join pergi surau untuk kenduri tu kecuali kaum adam. Kaum hawa dok kat rumah aje so I pun join sekalilah. Kebetulan hujan lebatlah pulak malam tu. Haish kalau kat kampung hujan, memang perit lah sebab nak kena redah lecak-lecak tu. Jenuh jugak diorang dok berangkut makanan untuk kami yang kat rumah ni lepas kenduri tu.

Sambil nak tunggu makan tu, anak-anak aruah Mak Long sampai; 3 orang aje tapi campur family diorang sekali memang ramai lah. Wah meriah betul kali ni. 1st time ever semua dapat berkumpul sekali. Unfortunately Opah kind of tak berapa ingat dah. Sedih pulak rasanya. Kali pertama semua ada tapi she can’t seem to enjoy it. Tapi tak pelah kan. Dapat jugak kami generasi muda-muda ni berkenal-kenal dan merapatkan kembali hubungan tu. Maklum bila lama tak jumpa memang tak berapa nak mesra lah kan tapi that day memang bestlah. Semua pun mesra.

Since hujan lebat, jalan memang teruklah kan. Memandangkan kawasan rumah Opah kecik dan masing-masing balik bawak kereta besar memang ada lagilah kes kereta tersangkut. Kali ni lagi teruk, termasuk ke dalam paya. Nasib baik semua belum balik jadi beramai-ramailah kaum adam keluar menolong. Januh jugaklah. Dan nasib baik ada Pak Su; our Jack of all trade tu. Akhirnya berjaya jugak keluar kereta tu.
That night jugak semua orang balik meninggalkan kami yang akan balik esoknya. Sian lagi kat Opah. Kejap riuh-rendah rumahnya, esok sunyi baliklah bila semua dah tak de. Malam tu memang tidur lenalah sebab keletihan. Tangan ni pun naik kembang dok membasuh pinggan memanjang.

Alahai esok nak balik dah semula ke bandar dan meninggalkan keseronokan di kampung……


Lelaki-lelaki menunjukkan kehebatan memotong kayu. Tapi kapak kecik aje so tak de la macam cerita koboi omputeh tu, sekali hentak terus terbelah dua. Kena hentak banyak kali. Siap lekat lagi kapaknya. Macam biasa, what ever kerja mesti ada Jack of all trade: Pak Su yang hebat

Apis, Mamat and Dik Man kena tarik lembu tu masa diorang nak ikat. Tengok la muka masing-masing tu. Gigih...

Ni masa nak sembelih. Ada satu anak muda ni (wah anak muda you!) memang terrorlah. Kira dia ni geng pelapislah. Dia yang banyak handle masa nak ikat and adjust lembu tu. Tapi tukang sembelih tetap warga veteranlah.

Orang yang datang lambat kenalah potong daging. Again boleh nampak Pak Su yang hebat turut sama memotong daging.

Cucu Pak Lang. Comelkan. Tapi mulut kakaknya pergh tak boleh blah. You know what she said to me? "Hmmm cantik gigi kau" after tengok my braces. Later she ask me, " Apa nama kau?" and after I told her, she said, " Hmm sedap nama kau" Haish budak ini....

Geng memasak yang diketuai oleh Mak. Sedap weh masakan Mak. Mendapat pujian ramai. Tapi malangnya tak menurun kat I. I ni nama je dah tolong Mak masak nasi briyani berpuluh-puluh kali. Cuba suh I buat sendiri, hancus.

Amacam? Ada rupa gadis Melayu terakhir tak? Dah la pandai masak, ayu berbaju kurung lagi tu.... Hehehe...

Masa yang ada dipenuhkan dengan aktiviti berborak. Ntah bila lagi boleh kumpul ramai-ramai macam ni. Tengoklah Lisa yang cute tu. Tak habis-habis mengandam Akak. Sikat dan ikat rambut tak sudah-sudah.


Balik Kampung Day 6

On day 6, macam biasa Mak Abah ke pasar lagi. Tak habis-habis beli barang. Ada aje yang tak cukup. I kat rumah pun tak habis-habis mengemas. Well bukanlah mengemas sangat pun cuma menyapu aje and jemur baju. Kena selalu menyapu sebab banyak pasir.

For lunch buat sambal tumbuk lagi. Makan memanglah best tapi benci tau nak kena buang tulang ni. Azab sebab terlalu halus dan banyak pulak tu. Oh lembu sampai hari ni. Ish nampak macam kurus aje lembu ni. Sian dia, esok dah nak kena sembelih. Diorang kata air mata dia keluar aje. Diorang lah yang kata, I tak tengok pun. Tak mau lah tengok nanti lagi kesian.

Pak Su cari buluh and buat lemang hari ni. Dibantu oleh si kecik. My Pak Su adalah pembuat lemang terbaik ok. Kalau dia bakar lemang, dia akan tunggu aje kat lemang tu and kejap-kejap amik buluh tu and kesat-kesat guna kain. So lemang yang jadi cantik aje. Buluh kat luar tu pun cantik, tak nampak kesan rentung pun. Isi dalam sudah tentu lah sedap kan. I’m not into lemang sangat tapi kalau Pak Su buat ok aje.

Petang lepas lunch kami ke sungai lagi. Kali ni I tak mandi pun, amik gambar aje. Wah best betul diorang mandi ngan Abah. Masing-masing nak scrubkan badan Abah. Untung dapat anak yang rajin ni. Well kadang-kadang lah Kalau datang angin malas, nak tercabut anak tekak ni mintak tolong. Mak memang tak de nya nak join kitorang. Orang bandar lah katakan. Hehehe…

Basically hari ni tak banyak buat apa sangat sebab nak simpan tenaga. Esok teruk weh nak kena membanting tulang.


Pak Su membuat lemang dengan dibantu oleh assistant yang comel

Inilah lembu yang dikorbankan untuk tahun ni.

Mandi sungai lagi. Best wooo. Musim hujan so air banyak dan deras lah tapi keruh. Berpasir aje rasa.

Friday, December 04, 2009

Status: Unbearable pain (updated with photos)

Kalau ikut kata badan, I won’t be in office today. My body are aching all over. Ni semua semalam punya pasal. I can’t sleep at all last night. Bangun pagi ni, punyalah susah nak gerak. Haish tua sudah ini orang.

Yesterday, being the only lady among 40 men, memang I got excused from doing few stuff but then again bukan semua ok. I still have to do the carrying part and the laying part. One hose weighted 20kg. Nearly half of my weight and I have to jinjing, bimbit and pikul half of my weight single handedly ok (oklah tangan kiri ni adalah tolong sket masa bimbit and pikul tu but jinjing? Satu tangan aje ok). Dah la badan ni lemau due to lack of exercise. Mau tak meraung otot-otot ni hah.

The training kick off with some talks first. During break tu kami dijamu dengan nasi dagang yang sedap. I makan tak la banyak tapi cukup untuk mengcrampkan perut later. Sesi seterusnya teknik membawa hos. Kena buat 3 barisan and I kene duk depan sekali. So start off dengan jinjing dulu. Rasa nak terlerai aje bahu ini menjinjing hose seberat 20kg itu. Jinjing 300 feet, patah balik (still jinjing ok) and tukar posisi bimbit pulak. Juga for 300 feet, patah balik and pikul plak. Since I can’t put the hose at my shoulder on my own, adalah bombaman yang tolong. Hah pastu I lah juara you. Yeehaaa jalan laju-laju coz seriously I memang dah tak larat gila masa tu, fikir nak cepat habis aje. Kemudian baris kedua pulak sambung diikuti dengan baris seterusnya. I was shivering all over then sebab badan terkejut kena angakat berat. Even though we had some stretching before the exercise still it’s not enough. Stretching sikit-sikit tu apalah sangat kan. Cuma nak elak cramp aje tu.

Selesai bawa hose, kena bentang dan gulung pulak. Yang ni I memang last la coz masa nak bentang tu, the hose keep tersangkut at my left hand (sakit gila ok) thus kena stop a few times to adjust. Dah bentang kena la gulung balik kan. Penat weh.

Exercise 3 was on menyambung hos. 1 team ada 3 orang; 1st man kena lari 300 feet and start bentangkan hos from there. Or was him to wait for the 2nd man? Ntah la tak ingat dah. 2nd man kena pass the male coupling to the 3rd man and bentangkan hose. Pastu kena attachkan the female coupling with the male coupling of the 1st man tadi. 3rd man kena hold the hose and help to straightened it. Dah bentang tu, gulunglah balikkan. Sape jadi 1st man memang penat lebih la. As for me, I jadik the 3rd man aje (man ke?). Patutnya 3rd man kena jadi 1st man later tapi as the only lady, bombaman to excusedkan lah I. Oh terima kasih sangat-sangat coz obviously dia mendengar kata hati ini yang dah tak larat dah nak pikul hose tu.

Finished that we went for lunch break pulak. I was so exhausted that I lost my appetite. Makan beberapa suap aje and that’s it. Bagus jugak kalau selalu macam ni kan. Boleh la cepat kurus. Hehe sempat lagi tu. Lepas lunch break, buat kawad hose basah pulak. Masa beratur tu I was the 2nd one tapi one of the bombaman tu suh I jadi 1st one. Sebab 1st one tak payah pikul hose lagi. Lari bawak nozzle aje. Wah best tu tapi kena lari 900 feet and jadi branchman ke ape namanya. Haish kenapa banyak lupa ni? Penat sangat kot. And I was on the 1st team so lepas tu boleh la berehat. Sambil berehat tu I snap la sana sini. Pergh nak focuskan camera tu pun terketar-ketar ok.

Overall I dapat kenal few new staff dari Bahagian lain and refresh back things I learn masa kat KKB dulu. Tapi mengenangkan kesakitan badan ni memang rasa tak mo buat dah. Ni nak type entry ni pun jenuh menahan sakit belakang ni. Kesakitan ini actually served as a reminder that; I’m getting old and so does my body so have to act like old people la jangan ingat diri tu muda aje and belasah je buat semua benda lepas tu sengasara sakit sana sini dan jugak kena rajinlah buat exercise. Sebab lack of exercise pun turut menyumbang pada sakit sana sini ni.

Dah la kena rush to KL after work today to attend another wedding. Aduhai….


Antara aktiviti yang dilakukan; ceramah, latihan membawa dan membentang hos serta kawad basah.

Antara participant yang hadir.

Wah teringat masa DPA pulak. Tapi yang ni banyak senang juga sebab tak perlu pakai uniform dan bawak BA.

Thursday, December 03, 2009

Moh ke Balai Bomba

Syoknya datang keje hari ni. No need to iron my clothes, no need to wear batik and with bare naked face; no cream nor powder or anything at all. Kan best kalau hari-hari camni.

By the way, hari ni ada training pasal kebombaan kat balai bomba precint 7 sana tu so participants kena pakai sport attire saje. Tu pasal tak payah nak iron clothes dan sebagainya. Dan apa kes nak berbedak bagai bila dah nak berpeluh-peluh ni kan. Mau makin teruk jerawats naik kat muka ni hah.

Yeah rasa semangat nak bersukan pulak. Memang betul la kan bila orang cakap pakaian boleh mencorakkan kita kan. Kalau pakai baju formal, perangai pun macam formal aje. Like kalau pakai baju kurung kan, suddenly menjadi begitu sopan dan ayu gitu (walaupun I know I’m not sopan nor ayu at all). Bila pakai baju sukan, wow rasa sangat aktif macam nak berlari dan bersukan gitu. Bila pakai t-shirt and jeans pulak rasa macam sedikit rock gitu. Oh nak-nak bila pakai cargo pants. Pergh rasa macam macho aje. Bila pakai blouse and pants pulak berubah sket jadi a little bit sopan. Pelik…pelik. Ke I sorang je yang macam ni?

Anyway, agak terkejut jugak la bila tengok senarai kehadiran before balik semalam. I’m the only perempuan ok. Aduh camne ni eh. Ni yang eden raso sogan ni. Tapi takpelah kan, anggaplah sebagai refresher course. I ni nama je dapat award terbaik akademik masa kat bomba dulu (errr ini bukan statement berlagak ye!), cuba korang tanya balik sekarang. Hapah sebutir habuk pun tak ingat dah. Dulu ye-ye buat revision bagai nak rak. Hafal itu ini. Nasib baik boleh buat masa test tu, siap bagi orang tiru lagi ok. Sape yang tiru itu untung la, sape tak nak tiru koranglah yang rugi kerana I was so pemurah masa tu. Tapi sekarang tak ingat langsung dah.

Oleh sebab boleh pakai sport attire hari ni, I pakai t-shirt merah yang dapat masa kat bomba hari tu. Saje la nak feeling-feeling DPA balik. Tapi kan, hari ni mendung aje. Nak padam api apenya kalau dah mendung camni. Dah la tentative programnya ada kawad hose, kawad basah and teknik pemadaman. Kawad hose weh… oh siksa gak dulu nak buatnya. Mau berkawad dalam hujan karang ni. Tapi harap-harapnya biarlah tak hujan tapi stay mendung aje. Baru la tak kepanasan kami ni nanti. Kulit pun tak la sunburn teruk sangat.

Ok nak gerak dah ni. Cerita balik kampung yang tak habis-habis lagi tu nanti sambung ye. Daaaa

Wednesday, December 02, 2009

Alahai jadi balik laaaa...

It’s happening again. Urgh. Hate it when it happens. But then again I’m the one who was careless for not thinking about that thing before putting stuff into my mouth. Yes I’m talking about loosen bracket. Another bracket tercabut laaa. How hah? This one yang second last, betul-betul depan yang tercabut last time tu. And this time oleh sebab in between, bracket tu keep on hanging aje kat wire tu. Tak dapat nak keluar. Memang tak selesa betullah.

I can’t remember when was the last time I makan popcorn yang sedap kat Pasar Tani Precint 2 tu so yesterday I bought 4 packs. Ok I’m not planning to eat all the 4 pack, it was meant for Dik Man yang ada kat rumah sekarang ni and of course for those yang akan datang this weekend. Yesterday Dik Man ate half of a pack so masa nak pergi keje tadi I bawak la yang tinggal half tu. While bloghopping during lunch ni I pun munch la the popcorn only to realize one bracket tercabut at the end of it. Arghh tensi betullah.

To attach back the bracket to the tooth will coz more work to be done. Memula kena keluarkan dulu wire tu. Pastu lekatkan semula bracket tu and kemudian masukkan balik wire tu. Wire yang sekarang pun belum rasi lagi dah nak tukar baru. Haritu kan I cakap tak sakit tukar wire ni. Masa tukar memang tak sakit tapi later tu sakit aje. Sakit because the protruded end yang asyik mencucuk-cucuk kat inner cheek tu. Until today sakit lagi tau. I risau takut bocor aje pipi tu. Hehehe… Tetiba ada tersembul wire dari pipi hah dah jadik macam Thaipusam pulak. Yuks!

I’m still contemplating whether to get it done today or not. Sempat ke huh? Esok dah la ada training kat balai momba tu. Lusa pulak nak attend nikah Natasya. Haish camana ni. Padan muka sendiri… Ni semua popcorn punya pasal.

Balik Kampung Day 5 (updated with photos)

Uih ngantuknyalah pagi ni. Malam tadi mimpi macam-macam so bangun rasa penat aje. Anyway tanpa melengahkan masa lagi mari sambung cerita balik kampung yang tak habis-habis ni. For those yang dah bosan membacanya, sila click kat butang merah belah kanan atas tu ye.

Ok hari kelima dimulakan dengan membuat breakfast. I masak mee goreng. Mee vege aje sebab udang tak de. Semua bahan-bahan diimport dari Putrajaya dan Sungai Petani ye. Semangat tu nak masak. I ni kan, semenjak dah pandai masak mee goreng ni, asyik masak mee goreng aje. Dulu I tak suka makan mee goreng. Suka kueh teow aje. Bukan tak suka mee tu sebenarnya tapi tak suka mee kuning. Sekarang ni dah ada mee Cintan yang macam maggi tu kan, barulah semangat nak makan mee balik. Eh apa dah melalut  cerita pasal mee ni.

Ok lepas sarapan, kerahan tenaga pun bermula. 2 orang telah menjadi buruh binaan manakala seorang lagi telah menjadi Bangla potong rumput. Hahaha…. nasib la korang kan. Dik Man and Ayum tolong Pak Su punggah batu untuk tambak jalan yang menyebabkan kereta kitorang lekat semalam. Tak sangka Ayum yang kenit itu mampu membuatnya. Hebat…hebat. Mamat pulak pinjam baju Pak Su and mesin rumput sekali pastu memulakan aktivitinya memotong rumput yang dah bersemak keliling rumah tu. Mamat bab-bab ni memang boleh diharap sebab kat kebun Abah kat Kuantan pun dia yang selalu tolong potong rumput time dia cuti.

Ok lelaki kena jadi buruh kat luar. Yang gadis pulak kena jadi maid kat dalam. Hehehe… I and Akak tolong mengemas kat dalam. Later teman Mak Abah ke pasar. Ayum pun ikut sekali. Macam-macam kitorang beli termasuklah durian sekali. Balik dari pasar singgah ke rumah a few sedara nak jemput makan kenduri. Sempat la jugak petik and makan rambutan. Yummy sedapnya…

For lunch we had masak lemak ikan sungai, sambal tumbuk ikan dan ulam-ulaman. I yang buat sambal tumbuk tu. Gila penat nak membuatnya. Kena pakai ikan sungai yang dibakar. Nak bakar tu tak de hal sebab bukan I yang bakar pun. Nak menumbuk cili dan sebagainya pun tak de hal. Yang menjadi halnya ialah nak membuang tulang ikan yang beribu-ribu lemon banyaknya tu. Naik juling biji mata ni hah. Tapi bila makan… aaahhhh nikmatnya. Duduk kat kampung ni, I tak heran dah lauk pauk lain. I makan sambal tu dengan ulam-ulam aje. Nikmat tak terkata woo.

Kat kampung jugak ada satu daun ulam yang menjadi kegilaan I. Pucuk Beka (tak tau nak eja camana). Daun ni bila makan dengan sambal akan menjadi lebih pedas. So Pak Su I gelar pucuk pedas. Bila I balik aje dia cari punya banyak lah. Tapi tak puas-puas makan jugak tu. Kalau boleh hari-hari nak makan. Another one ialah temulawak. Temulawak ni macam halia tapi lagi sedap la. But this time temulawak tak de sebab asyik hujan aje jadi berendam dengan air Cu kata. I ni bagi la ape je ulam-ulam ni semua I belasah. Tapi jering and kerdas aje yang tak.

Petang tu buat ape ntah tak ingat dah. Oh ok dah ingat. Petang tu gi mandi sungai dengan Dik man, Akak and Ayum. Hujan so air agak banyak and deras la and keruh. Banyak pun tak de lah dalam mana, takat betis and lutut aje. Bila air keruh, rasa berpasir je badan. Tapi tak kisah lah labu, asal dapat berendam dalam sungai.

Malam I tak makan pun sebab siang tu I dah makan 3 pinggan nasi. 3 pinggan korang. Pengsan. Macam manalah nak kurus camni. Dugaan betul.

Malam macam biasa kena bentang tempat tido untuk acara tido berjemaah. Kat kampung sejuk woo. Kena pakai selimut. Lagi satu kalau kat kampung malam tu rasa awal aje. Rumah jauh dari jalan so tak de la nak dengar bunyi kenderaan etc. Sunyi aje. Kalau ada pun bunyi cengkerik and bunyi kitorang yang bising lah. Nak tengok TV pun takat manalah sangat kan. So boleh lah nak tido awal kalau dah tak de ape nak buat tu. Kepala pun tak rungsing nak pikir pasal keje kalau kat kampung. Bestnya lah hai.


Gembira nampak.... nyanyi lagu apalah tu agaknya....

Buruh buat jalan yang begitu rajin membanting tulang pagi tu. Paling tak tahan, semangat si kecik tu. Tak padan dengan badan tapi kerja kuat weh. Syabbas betha.... (sila baca dalam nada cerita hindi ok)

Ini pulak Bangla potong rumput. Hehehe.... Bagus buat calon suami ni.... Ada sape-sape berminat? Wah promote adik sendiri nampak....

Abah sedang membakar ikan dan petai. Best woo kalau kat kampung ni. Boleh bakar atas tanah terus. Pakai kayu api so lebih real rasanya instead of pakai dapur gas.


Tuesday, December 01, 2009

Balik Kampung Day 4

The next day before breakfast tu ronda kejap keliling rumah. Teringat rumah kat Alor Janggus tu. Dah kene tinggal gitu aje rumah tu. Tapi seronok la rumah Pak Teh ni. Feeling kampung gitu.

Nasib baik Pak Teh ada maid. 3 orang pulak tu. So tak de la teruk sangat nak kene tolong masak and basuh pinggan tapi itu tidak bermakna tak buat langsung. Tolong jugak sebab dah terbiasa. Kitorang memang dah detrained oleh Mak; kalau pegi rumah orang tu kena la tolong basuh pinggan bila lepas makan tu.

Lepas breakfast pengantin bertolak pegi honeymoon kat Langkawi. Kenapa la tak pegi jauh sikit. Dok kat Kedah tu, bila-bila masa boleh pegi Langkawi. Oh tapi kalau korang nak tau, I tak pernah lagi pegi Langkawi ni. Never ever ok. Ntah bila la dapat pegi agaknya.

Lepas lunch Angah hantar Apis balik dulu sebab tetiba pulak Apis kena masuk keje. Mamat pun teman jugak. We left Pendang later in the afternoon. Pegi balik ke Sungai Petani nak amik Mamat and a few barang yang ditinggalkan kat rumah Apis aritu. Before amik Mamat tu singgah Tesco jap. Beli barang punya banyak sampai penuh satu kereta. When I said penuh maknanya memang banyak gila ok.

Both my parents kalau balik kampung memang akan beli macam-macam la. Bawang, minyak, gula, beras, teh, tepung, susu dan macam-macam lagi. Dah macam beli groceries untuk rumah sendiri juga. Bukan ape, diorang kat kampung tu bukan orang senang, tak naklah nanti bila kita datang diorang susah nak sediakan makan minum plak. I memang respect both my parents bab-bab ni. Mak even plan nak belikan diorang dapur tapi tak dan nak survey and ruang pun tak cukup dah. Ini baru beli kat Sungai Petani ye korang. Kat Lenggong nanti, hari-hari keluar ke pekan beli jugak. Memang senang lah Cu and Pak Su kalau kami balik. Macam bawak balik pasar raya aje. Hihi… Eh aah la, lupa pulak nak amik gambar kan.

Anyway kami sampai Lenggong pun dah agak lewat. Dah malam pun. Nak masuk tu terlekat la pulak kereta sebab jalannya lecah. I’m not sure whether I’ve talk on this matter before or not tapi nak bagitau jugak sekali lagi. Ada orang bangang tak sekolah, ulang sekali lagi, ada orang bangang tak sekolah yang telah membuat tandas betul-betul depan rumah Opah. Gile ke apa diorang ni. Nak tau sape orang bangang tak sekolah tu? Jabatan Muzium. Otak letak kat lutut gamaknya diorang ni.

FYI, rumah Opah I ni dekat dengan banyak kawasan pra-sejarah macam Gua Puteri, Gua Gunung Runtuh etc. Jadiknya diorang buat tandas untuk kegunaan pelancong kat depan rumah Opah I tu sebab kat situ ada tanah wakaf. Tandas tu sebelah surau and depan rumah Opah. Kira kalau bukak je pintu tu memang nampak tandas terus lah. Ok memang tandas tu bukan betul-betul depan muka pintu tapi depan rumah ok. Ada lah dalam 20meter kot dari rumah. Diorang ni tak tau feng shui ke? Suwei tau buat tandas depan pintu rumah. I tak paham la diorang ni.

When I said dekat dengan gua-gua tu, bukanlah maksudnya betul-betul depan muka pintu or belakang dapur. Dekat as in within walking distance lah. Kira few hundreds meter jugaklah. I ni bab-bab jarak ni memang fail so tak tau nak agak. Tapi memang beberapa ratus meter lah. So kenapa tak buat aje tandas tu betul-betul dekat area gua tu. At least dalam area 20-50 meter tu kira oklah kan. Tu pasal I kata bangang tak sekolah. Kalau sekolah mesti tau kan. Oklah meh kita lupakan aje bab tandas tu sebab bila teringat aje rasa mendidih aje darah ni. Walaupun I tak duduk situ but still Opah, Cu and Pak Su dok situ. Macam mana lah diorang nak ngadap tandas tu hari-hari. Kalau ada bau busuk macam mana?

Ok back to cerita kereta terlekat. Pak Su, Dik Man and Mamatlah yang kene tolak. I dah siap tunggu kat rumah aje. Hahaha kejikan. Eh tapi I tolong tau lepas tu. Tolong masak and tolong bentang tempat tido. Orang lelaki ni malas tau. Balik kampung hari-hari I kene bentang tempat tido. Diorang tau nak tido aje. Ok-ok tarik balik. Diorang pun ada tolong buat keje lain jugak. Yang tu cerita esok ok. Malam tu lepas makan berehat-rehat and terus tido.

Ok nak balik dah. Sambung esok eh. Panjang betul cerita balik kampung ni kan.

Balik Kampung Day 3

Ok sambung cerita balik kampung. Monday tu semua orang pun busy. Pengantin ke salon nak kene solek, Abah and Mak pergi menjemput rombongan pengantin perempuan; kereta Abah kena jadi kereta pengantin. Kami pulak ke dewan. Dewan tu punyalah jauh tapi dah itu aje yang ada so redah ajelah. Pah Teh I ni polis so majils tu buat kat Dewan PDRM. Banyaklah pak polisi kat sana. Bukan setakat pak-pak, abang-abang yang berbadan sasa pun ramai tapi….. ada aku kesah? Hahaha….

Oh I telah dipertanggungjawabkan untuk menyambut pengantin. I pernah tengok Mak buat masa Lina’s wedding dulu so this time I yang kene buat sebab Mak akan datang dengan rombongan pengantin perempuan. Bila nak menyambut pengantin ni, mula-mula kena tabur dengan pulut kuning, pastu percikkan air mawar sket and barulah jemput rombongannya masuk. Kena buat kat pengantin and semua rombongannya. Oooh barulah chek tau.

Sementara menanti pengantin datang, kami yang di dewan ni dah sibuk dengan tetamu-tetamu yang datang. Macam-macam benda nak buat. Paling kritikal, nak bagi benda alah souvenir tu. Kelam kabut la jugak sebab Mak Teh insist nak buat ikut cara dia tapi later dah kelam kabut I lah yang take control. Abis semua kene jadi askar kerahan termasuklah Apis, Mamat and Dik Man. Tak ke lawak jadinya bila lelaki-lelaki macho kena bawak bakul ke setiap table and agihkan souvenir tu. Tapi lantaklah kan asal keje jalan. Lagipun kitorang je sedara yang datang so kenalah tolong mana yang patut. Kesian jugak tengok Pak Teh and Mak Teh kelam kabut tu. Maklumlah anak sulung kawin sudah tentu tak pernah handle lagikan.

Bila pengantin sampai I pun buat lah tugas I. I’ve noticed that I punya perangai malu melampau macam tak de hidung I ni dah berkurang sket. Kalau dulu jangan harap lah I nak buat. Malu gila seh. Bagus jugak bila asyik kene jadi usherette ni. Keje retail dulu pun banyak mengurangkan rasa malu I ni. Sekarang mesti orang kata; Eny pemalu? Biar benar. Hehehe…

Anyway bila pengantin sampai makin sibuklah. Tak menang tangan jugaklah sampai later on bila dah penat tu I lepak kejap kat meja Mak Abah. Mula-mula tu nak makan tapi tak sampai hati sebab kesian tengok Mak Teh and Pak Teh yang sibuk tu. Tapi pastu kepala dah pening semacam so makan lah jugak. Masa tu makanan dah start kena catu so dapat makan ciput aje.

Oh satu lagi perkara yang I belajar ialah bila nak buat kenduri ni perlu diambil kira ialah style makan penduduk setempat. Kalau kat KL, orang datang makan kenduri tu makan amik syarat aje. Tapi kat Kedah ni orang datang makan kenduri balun cukup-cukup. Jadinya makanan kenalah extra banyak compared tu jumlah jemputan. Pak Teh and Mak Teh cukup risau takut makanan tak cukup. Ada yang siap bertambah bagai ok. I pun naik risau melihatnya. Alhamdulillah makanan cukup sampai petang tu.

Memandangkan majlis dibuat pada hari kerja, peak hour adalah masa rehat. Office mate Pak Teh and Mak Teh datang menyerbu reramai. Tak menang tangan jadiknya. Petang tu dah reda sket so I pun lepak ajelah dengan Mak Abah and adik-adik. Later Atikah pun join sekali. Bila dah tak ramai prang tu, pak-pak polisi ni pun sakan la berkaraoke. Paling best, ayah pengantin pun siap nyanyi satu lagu. Yang lawaknya, masa tu Mak datang bagi bunga. Kecoh satu dewan. Alah kakak bagi bunga kat adik dia, apa salahnya kan.

It was quite late in the evening when we left the hall. I tak solat lagi tu yang kene balik jugak tu. Balik rumah mandi, solat and packing barang sebab malam tu nak pegi tido kat rumah Pak Teh yang lain pulak. Bilik pengantin buat kat sana. His second home ni nun jauh kat Pendang sana. Rumah di tengah ladang getah. Best ah macam balik kampung aje sebab ada pokok keliling rumah, pokok kelapa and of course ada ayam sekali. Kampung kalo tak bela ayam macam tak real aje kan.

Malam tu sedara mara Mak Teh and pengantin perempuan ramai la yang datang. So I malas nak keluar, lepak dalam bilik aje dengan Akak, Nina and Atikah. Syok ah. Dah lama tak lepak sekali dengan cousins macam ni berborak sakan. Dah besar-besar ni ramai dah keje, ada yang dah kawin so jarang boleh berkumpul. Bila dah dok saje tu mulalah buat benda macam-macam termasuk I sekali. Nak tau I buat ape? Pakai inai korang. I am not a fan of inai-inai ni. In fact this is my 3rd or 4th time memakai inai sepanjang umur dah nak masuk 32 tahun ni. Tapi ntah kenapa malam tu ok aje. Ni dah masuk keje balik ni mula lah segan bila kuku berinai ni. Dah la cuti lama, sure orang ingat kawin dah ni. Hehehe…

Later Mak pun join sekali. Macam-macam Mak cerita. Yang kelakar tu, cerita pasal apa ntah. Sekali masuk cerita pasal nail colour semua ni. Atikah ada la pakai nail colour kat kaki dia tu. Lepas Mak cakap tu, dan-dan tu terus amik kapas and nail polish remover and terus cuci colour tu. Hah tau takut. Mak I ni pangkat Mak Long. Anak-anak sedara memang respect lebih sikit kat Mak I. Ingat lagi dulu-dulu masa kitorang remaja. Lina (my other cousin yang tua setahun dari I) suka la pakai seksi-seksi ni. Tapi bila kitorang datang, terus tukar baju dia sebab segan kat Mak I. Kuat penangan Mak Long ni. Hihi.

Malam tu tido lambak lagi beramai-ramai. Lenkali kalao nak buat rumah, kena buat ruang besar macam kat rumah Pak Teh ni lah. Senang besok bila adik-beradik datang beramai-ramai hah tido lambak aje. Penat betul hari tu. Lega dapat tido…..