Ok sambung cerita aktiviti sepanjang cuti raya hari tu. This year maybe sebab cuti raya panjang sangat so semua jiran balik kampung (semua orang Pahang so kampung dekat aje) so tak de la sangat orang datang beraya. Kalau tak pagi raya dah kena serbu. Kami ni je yang pelik. Kalau balik kampung ke KL. Eh tu kira balik bandar la kan. Bila tak ramai datang beraya, tak de la banyak sangat pinggan mangkuk nak kena basuh. Kalau tidak, tangan ni sampai tak sempat kering. Since nothing much to do, malam tu suruh Jannah ajar drive kereta manual. Sekali all the girls nak ikut sama.
Ever since I dapat lesen, I tak pernah drive kereta manual so tak dapat la nak drive kereta yang ada kat rumah tu sebab semua manual. Tapi susah la nak bawak manual ni. Nak jaga clutch la, tukar gear la. Barpeluh-peluh I drive malam tu and yang ada dalam kereta semua seriau aje. Hahaha..... Later terus ke rumah Epoi sebab esok tu diorang dah nak balik ke Besut. Pegi beraya pakai baju tidur aje. Boleh? Dah la datang pukul 12 malam. Teruk punya tetamu. Hahaha..... Esok tu lepas sarapan baru balik rumah.
Hari raya kedua Mak Ngah and family datang all the way from KL. Ini dah macam tradisi la pulak. Mak Ngah and family akan berkonvoi 3-4 biji kereta datang ke rumah kami. This year Lina and family balik ke Johor so tak join and Mad Shah pulak akan datang lepas balik keje so lewat sikit. Kami jamu dengan mee bandung. Lepas makan diorang nak terus gerak ke rumah Natasya kat Kemaman. Rumah je kat Kemaman tapi tuannya still duduk dengan Mak Ngah kat KL sebab husband dia keje offshore. Sebelum balik kami bawak pegi tengok rumah yang dalam construction tu. Wah sume suka. Siap plan nak sambut raya kat Kuantan je tahun akan datang. Boleh sangat. Ramai-ramai baru la meriah. Mad Shah and wife sampai malam tu but I dah tidur pun. Keletihan sangat.
Pagi raya ketiga semua yang lelaki ke tapak rumah sebab Abah nak tanam rumput. Kawasan besar so memang kena buat ramai-ramai la. Apis sampai around noon. Risau jugak kami sebab dia bertolak dari hari raya kedua lagi. Tak pe lah orang paling jauh kan. Perjalanan balik kampung merentasi banyak negeri tu. Rindu sangat dengan Zahra. Maklumlah duduk jauh sangat so kekerapan berjumpa memang jarang-jarang sangat la. Finally setelah hampir 8 bulan barulah Ayum dapat jumpa dengan anak sedara dia yang sorang ni. Dah besar and sangat aktif.
|
Putih melepak Zahra ni macam mak dia. Mak kata I dulu putih macam ni la masa kecik tapi dah besar ni gelap. Hehehe.... |
|
Seronok main dalam bakul laundry |
|
Suka buat mulut muncung camtu. Comellll.... |
Petang raya ketiga tu pegi town kejap dengan Siti, Akak, Hayat and Dik Man. Hayat jadi driver. Keluar sebab nak belanja Dik Man Tutti Frutti. Ada cerita di sebalik tu. Nanti la cerita eh. Raya keempat kawan Siti nak datang beraya so dia nak masak mi kari. Hebat betul kan adik-adik I ni. Semua reti masak masakan macam tu. Nak harapkan I? Tolong potong sayur boleh la. Hehehe..... Keluarga Cik Ha datang on raya keempat. Cik Ha pun sama macam Mak Ngah. Kalau datang, sampai 4-5 biji kereta. Anak dia pun ramai jugak and selalunya datang semua sekali la. Cik Ha ni jiran lama masa kat kem dulu.
Raya kelima sibuk mengemas barang sebab nak bertolak ke Besut. Nak attend kenduri kahwin adik lelaki Zakiah. Sambil tu boleh hantar Ayum balik asrama sekali. Mula-mula Apis nak ikut tapi finally tak jadi sebab dia nak jumpa kawan. Lagipun jauh pulak perjalanan tu. Nanti dia nak balik ke Perlis kena menempuh perjalanan yang jauh lagi so intead of 3 kereta, kami pergi dengan 2 kereta aje. On the way ke Besut, kami singgah kat Setiu. Rumah bakal besan Mak Abah. Sape la agak-agaknya tu kan. Hehehe.... Yang pasti bukan saya ye.
We were rushing home sebab Apis dah menunggu. Dia nak balik ke Perlis dah so tak sempat la nak menyinggah mana-mana shopping. Sampai aje rumah, kami dihidangkan dengan spaghetti carbonara. Apis dengan Ina la yang masak. Unfortunately Abah bukan suka benda-benda western ni. Spagheti bolognese pun dia tak makan apatah lagi carbonara yang creamy tu. Yang lain-lain kemain laju je makan. Lepas makan diorang pun gerak balik. Tak sempat nak main lama-lama dengan Zahra. Entah bila boleh jumpa lagi.
Sunday morning bangun terus kemas barang. Hanim datang around 10am. Masa balik berdua tapi kali ni berempat, adik Hanim and Mamat ikut sekali. Alhamdulillah the traffic was smooth. So habis lah cuti raya kat situ. Rasa tak semangat aje nak balik. Nak start keje apatah lagi. Mula la rasa nak jadi suri rumah aje. Hehehe..... Tapi tak pe sebab Mak Abah nak datang KL masa cuti merdeka so boleh sambung beraya. And memang syok pun masa Mak Abah datang last weekend. Aktiviti penuh dari pagi sampai ke tengah malam. Penat tapi best....
No comments:
Post a Comment