Masa cuti panjang sempna Hari Malaysia tu I tak balik Kuantan. Ada kenduri to attend on Sunday so stay la kat sini. Since Rahmah pun dah nak abis cutinya so ajak dia datang lepak Putrajaya. Rahmah kalau datang rumah I, aktiviti wajib ialah jalan-jalan pagi. Kalau tak de Rahmah, memang I tak jalan pun kat kawasan rumah I tu. Pemandangan memang cantik but jalan sorang macam bahaya la pulak kan. So bila ada geng nak jalan barulah I dapat menikmati keindahan kawasan kejiranan I tu. Hehehe.....
|
Muka tak mandi pagi. Hahaha..... |
|
Rahmah ni berdiri straight aje. Hehehe.... |
|
Ok fine I ni tak la sesopan dan seayu Cikgu Rahmah kita tu.... |
|
Macam cantik pulak gambar ni... |
Kat depan PICC tu ada alamak tak teringat pulak nama apa tempat tu. Ada orang buat wedding kat situ. Memang cun lah. Based on jumlah meja yang super duper banyak (penuh the whole area) I rasa jemputan dalam ribu jugak tu. Memang cantik deco for that wedding. Budget pun confirm cantikkkk jugaklah.
Next day tu pegi kenduri kat Shah Alam. Also sensorang but nenek sedara and mak sedara ramai so jumpa kat sana. Mak Abah couldn't make it so I ni wakil lah. Tapi tak amik gambar pun. Segan. Hahaha..... Pegi pun kejap aje. Makan-makan terus balik. Nenek Chik ajak lepak rumah dia. Ingatkan ajak lepak aje sekali ajak tido sekali. Since I got nothing much to do so agree aje lah. On Monday tu Cik Anet bawak I jalan-jalan kat Pasar Kampuchea. Best lah. I beli blouse sampai 7 pasang. Macam nak meniaga je eh. Hahaha.... Pastu beli kain untuk I pakai as pengapit nanti.
Eeeee camne lah I jadi pengapit nanti kan. Janganlah mengelabah. And muka, please la don't blush too much when berada di khalayak tu. My face blushed like seriously ok. Selalu kena tegur. Apsal muka merah, apsal muka merah. I memang macam tu. Kalau tetibe menjadi limelight aje terus muka terasa panas. Darah menderu naik ke muka. Telinga pun sama tapi dalam tudung so tak la nampak sangat. So muka tolong la behave. Jangan terlalu blush eh. Ok I think it's not muka but perasaan la kan. Ok fine perasaan tolong la behave. Jangan panik/segan/menggelabah ok. Relax. Cewah pengapit plak lagi nervous dari pengantin.
Anyway, I baru je perasan masa kat kenduri hari tu that Cik Anet is way too tall. I tau dia tinggi but I tak teringat masa setuju nak jadi pengapit tu. I am 153-154cm and she's 169cm. Jenuh la I nak mendongak and sampai ke tangan nak lap-lap muka dia nanti tu. Hahaha..... It was the jokes of the weekend. Cik Anet siap cakap takut I lap muka I lebih dari lap muka dia. Tau tak pe. Hahaha.....
2 more weeks to go. I pulak yang lebih nervous. Hahaha....
No comments:
Post a Comment