Monday, September 24, 2012

Hujung minggu yang padat

Second weekend of September Mak Abah datang lagi. Siti nak balik ke UPNM so dia suruh hantar. As usual mesti la sampai on that Friday night kan. Saturday morning I kejut Meera bangun. Punyalah liat tapi bila I cakap, " Kata ada banyak aktiviti nak buat" terus member bangun and cakap "kita pegi swimming eh Cik Ngah". Wah-wah budak bertuah ni. Main air jelah kerjanya ye. 

Since I got nothing much to do so I agreed la. Dengan tak mandinya (hahaha kantoi!) I bawak la dia ke Pusat Kejiranan P16 sebab sana ada swimming pool. We were there around 8am and the pool only bukak at 9am. She got a tight but no swimwear so kena pi beli dulu. Told her about it tapi dia dok la bising kata nak swimming jugak. Tak kira dia nak jugak swimming. Hello cakap sekali je Cik Ngah dah tau ok. Ni tidak. Macam berzikir. 

Sebelum keluar Meera breakfast with this. Macam mini market aje eh. Semua ada. Hehehe....
Pagi-pagi ni mana la ada kedai yang bukak kecuali Carrefour. Yelah Carrefour kat Alamanda tu kalau weekend bukak around 8.30am. So to kill time kita breakfast dulu. Dah lama tak makan kat area P16 tu. Ada kedai kelantan yang best. So makan roti canai and nescafe tarik. Sekali sekala boleh la kan. Can't remember when was the last time I minum nescafe tarik. Dulu hari-hari minum pastu dalam masa seminggu je naik la few kilo. Bahaya kan. Sekarang minum air kosong aje. But sekali sekala nak la jugak minum kan. Tak pe esok akan berjalan jauh. Boleh cover. Hehehe....

Minum cepat and kena bagi habis kalau tak, tak boleh swimming

Sambil minum ni pun masih berzikir nak swimming ok. Bersyukurlah mood Cik Ngah kamu ni baik Meera. If not jom kita balik. Tak payah nak swimming swimming dah. Hahaha...... Oleh sebab mood terlalu baik, siap beli toys lagi. Tapi pelik betul kat Carrefour tu tak de swimwear. Member dah stress dah tu nak main air tak dapat. Tak pe sabar ye Meera. Kita cari kat tempat lain pulak. 

Balik rumah mandi and bersiap ke Jusco Equine. Siti nak beli few stuff so boleh la cari swimwear Meera sekali. Mak datuk mahal jugak swimwear budak-budak ni. Seratus lebih ok. Belasah je lah. Tapi balik tu tak dapat nak pegi swimming sebab Abah dah janji nak ke rumah Kak Mi kat Nilai. Dia tau Pak Ngah dia pegi rumah adik dia last week so this week kena datang rumah dia pulak. So ke sana lah kami. From Nilai kami ke sungai Besi untuk hantar Siti. Then ke rumah Lina kat Ukay Perdana pulak. 

Masa kat rumah Lina, Siti called to pick her back. Tuan punya bilik yang dia patut masuk tu tak balik lagi so dia tak boleh masuk and tak de tempat nak tidur. Pulak dah. Dah la jalan jem teruk. Dari satu tempat nak ke satu tempat yang lain tu punyalah lama. Semua orang pun attend open house and kenduri kot. So on the way balik ke Putrajaya tu singgah la amik Siti dulu. Syukurlah makcik yang pagi tu berzikir nak swimming telah memberhentikan zikirnya. Hehehe......

Esok tu pagi-pagi dah bangun and mandi. Nak join 10,000 Langkah Merdeka. Meera pun join sama. Boleh tak lepas mandi tu dia nak makan ice-cream. Hello sekarang pukul 6 pagi ok. Bukan 6 petang. Ok la Meera main puzzle la. Sukati lah Meera. For 10,000 Langkah Merdeka ni, selain I and Meera, Siti and Mastura pun join sama. Ahli tetap KKLW Runners pun ada jugak. 

The shirt was so big on her
Mastura, Meera and Siti

Semangat Merdeka la sangat kan....
Meera and Cik Ngah
Meera and Cik Ti




Ye kibarkan lah Jalur Gemilang tu
Geng KKLW Runners
Seronok ye berjalan-jalan

Mula-mula jalan dengan I then jalan dengan Cik Siti dia. Sibuk call Nenek suruh tengok nampak tak dia kat jalan
Mastura and me yang jauh ditinggalkan oleh Meera and Siti
At first Meera was with me. Then masa u-turn depan PICC tu, since Siti dah jauh ke depan so I suruh je lah Meera tu terus ke Cik Siti dia. Kesian lagipun. 6.5km tu. She was a bit reluctant tapi I suruh jugak. Sudahnya jauh dia tinggalkan kami. Maklumlah Cik Sitinya tu kan askorrr. Takat jalan ni apa ada halll.... I just follow the crowd and tak la sangat penunujuk jalan. Rupa-rupanya dah salah jalan la coz the crowd semua jalan straight aje. Patut kena belok ke arah Masjid Sultan Mizan. So our pedometer tidak menunjukkan ke angka 10,000 la obviously. 

She did it!
Muka penat gila
Sampai keluar peluh jantan. Hebat Meera ni....
Alhamdulillah one more cert for the folder
Congratulations Mastura on your first walking event. Hopefully there would  more after this
Siti's first event too
Sebelum keluar rumah, Meera dah breakfast roti and peanut butter. Before berjalan dia makan roti cream pulak. Lepas berjalan dapat roti cream lagi. But considering how active she was during the whole time (I rasa she did more than 10k steps sebab berlari la pastu ulang alik in between us) so no harm la kan to eat so much calories. 

Amboi sedapnya dia makan....

She really really look tired
Tak sampai 10,000 pun. Mission failed. Hahaha....
Balik rumah instead of berehat, terus packed baju ke swimming pool pulak. Sejam dia berendam ok. I wonder where she got all the energy. Cik Ngah dia ni rasa nak terpengsan berdiri almost sejam kat tepi pool tu. But it seems Meera ni tak seberani Adah. Adah lebih adventerous kalau main air. Meera ni a bit penakut. Ada sorang member kat situ nak ajar dia how to jump and what not tapi Meera a bit reluctant to try. Puas la I kena menyuruh dari tepi pool tu. 









Pool session ialah 9-11am. We were there at 10am so boleh main until 11am je lah kan. Few minutes before 11 I suruh dia naik. Pandai pulak dia menjawab tu, "eh tak de bunyi wisel pun". Sabar jelah. Dah suruh banyak kali baru la keluar. I am soooo tired by then so merasa la sepanjang jalan from swimming pool sampai ke rumah kena bebel. Hehehe..... 

Semua yang I dok perhati and simpan je tu I sound sakali harung. Member tunduk aje. Bla...bla...bla... Faham tak ni Meera?. Faham. Bla...bla...bla... Dengar tak ni Meera? Dengar. Kesian pun ada tapi benda tak betul kena la tegur. If not dia tak tau apa salah dia kan. Tapi balik tu member tak merajuk pun so ok lah. If not lama la dia tarik muka. Pastu keletihan sangat kot sampai terlelap kat tepi Pak Uda. Konon-konon nak layan PC games la tu. 

Petang tu pulak lepas hantar Siti kami ke kedai lampu lagi. Lama gila kat situ. Macam-macam lampu ada and this shop sell much cheaper lamp compared to kedai yang kami pegi last week. So banyak jugak la Mak Abah memborong.  






Penuh belakang tu dengan lampu
Seat belakang sekali kena lipat sebab nak letak lampu yang kemain la banyaknya itu
By the time kami balik dah nak dekat Maghrib. So balik solat and bersiap-siap nak balik ke Kuantan. Sambil Mak Abah bersiap, I dok bersilat kat dapur buat tiramisu sebab esok ada open house kat offfice. Penat gila. Lepas tu Abah belanja makan nasi arab kat kedai kegemaran Abah. Mana lagi kalau bukan Saba' kat Cyberjaya tu. Lepas makan Mak Abah terus gerak ke Kuantan while I and Mamat balik rumah. Lepas solat isya' terus I tidur. Penat ya Rabbi. One whole day bergerak ke sana ke mari. Tak tau la berapa puluh ribu langkah I dah jalan hari tu. Tulis ni balik pun terasa kepenatan masa tu. 

Tak sabar nak tunggu Mak Abah datang lagi Oktober nanti. Pastu nak ke Kedah sama-sama for Thalha's convocation. Uish tak sabarnyaaaa.....

No comments: