Tuesday, September 11, 2012

Cuti Hari Merdeka

Such a long overdue post. Banyak benda nak buat so tak sempat nak bercerita kat sini. Anyway masa cuti merdeka hari tu, my parents came down from Kuantan bersama cucu cum anak bongsu diorang tu. Thalha kena ada la sebab dia kan sekarang ni jadi driver tetap. Cuti panjang so targetnya nak mencari lampu. Wah kemain jauh datang membeli lampu ye. Anyway, since on Friday tu ada jemputan from Nenek Chik so kenalah pegi rumah dia dulu. Kat Kampung Melayu Subang. Teringat kat Cik Yanti bila pegi area tu. 

Nenek Chik menjemput untuk majlis bertunang Cik Anet. Cik Anet ni anak yang bongsu. Buat majlis bertunang sekali dengan open house la kot sebab makanan tak putus-putus ok. Since Nenek Chik ni banyak jugak menolong kalau kami buat kenduri kahwin (acar buah dia yang terbaik) so kali ni Abah kata kita kena la buat something for her. Sudahnya hari Jumaat tu pagi-pagi I dah bangun untuk membuat muffin. Dapat la dalam 1++. Paling banyak I pernah buat so far. 

Siap buat muffin terus la bertolak ke sana. We were one of the earliest. Pagi tu kami breakfast nasi lemak sebab Abah kata dah lama tak makan nasi lemak. Sekali kat rumah Nenek Chik kami dijamu dengan nasi lemak lagi. Rezeki Abah betul. Since nothing much to do, I pegi la melawat Nek Long Maya yang tinggal not very far from there. 

Meera merasmikan mini pelamin tu


I ni tak creative tapi takat tolong buat ribbon boleh la kot

Tetamu dah start ramai
Me and cousin Nadia anak Mak Ngah
Mak taken by Meera
Nenek dan anak bongsu
Rombongan lelaki dah sampai



Meera yang comel....

Sarung jangan tak sarung




Pak Long, Nenek Chik, Cik Anet, Tok Chik, Pak Ngah and Cik Aie
Pak Ngah Gangnam style
Pak Ngah ni memang kelakar so ada je gaya dia

Orang darah manis.....
Lama jugak kami stay kat sana. Until lewat petang. Maklumlah bila ada kenduri macam ni la baru dapat jumpa segala tok nenek pakcik makcik sepupu pepapat. Meriah sangat. Makanan pulak macam-macam sampai tak termakan dah. Meera mula-mula ceria la pastu not really in the mood sebab dia nak ajak balik. Not because dia tak larat ke apa tapi sebab dia nak main kat taman kat rumah I tu. Boleh? Sabar je lah budak sorang ni. 

Sampai Putrajaya around Maghrib tapi Abah temankan jugaklah cucu kesayangan dia tu main. Lepas Maghrib bersiap and ke rumah Mak Ngah pulak. Mak Ngah pesan anak-anak dia suruh kami datang rumah malam tu. Diorang ada buat BBQ rupa-rupanya. On the way nak pergi tu Abah ada kata nak suruh Mak Ngah goreng mi aje. Alhamdulillah rezeki Abah lagi bila sampai tengok selain BBQ, diorang ada masak mi bandung. Masin mulut Abah ni. Sebut je nak makan terus dapat. 

Perut dah kenyang, badan pun dah letih so masa untuk beransur balik. Tapi tersilap timing la pulak. sangkut dalam massive traffic jam kat Bukit Jalil. Ye lah malam tu kan ada himpunan sempena merdeka yang sepatutnya wajib kena hadir tu. Tak pelah kiranya I hadir lah jugak kan. Tak caya tengok bukti ni....








Hampir sejam kami tersangkut kat tepi stadium tu. Langsung tak bergerak. So merasa la tengok mercun bagai. Kalau Dik Manan ada mesti dia suka. Sampai rumah hampir pukul 1 pagi jugaklah. Ya Allah letihnya la. Maklumlah I bangun awal gila sebab nak buat muffin tu. And almost the last one to sleep jugaklah. Esok tu ada plan lain pulak. Tapi bila Mak Abah ada sama rasa syok aje walaupun kepenatan. Merata kami berjalan. 

By the way, Cik Anet mintak tolong I jadi pengapit. Malu la jadi centre of attention ni... Eh tapi orang mesti tengok pengantin kan. Sape la nak pandang pengapit pun. I pernah la dulu jadi pengapit few times tapi tu macam sekejap aje and bidan terjun. Main belasah aje. Kali ni nak kena tanya sikit kat orang yang dah biasa jadi pengapit ni. Aish segannya......

No comments: