Tuesday, July 10, 2012

Team-building Sektor Khidmat Pengurusan

I've accidentally uploaded the whole photos together so this would be such a long entry. Beware....

We heard about the team-building few weeks back lagi. Mula-mula ingatkan tak jadi or only for selected aje sekali semua kena pergi. Those who requested for exemption and approved aje yang tak payah pergi. And I heard all request for exemption was granted. Mula-mula dengar tu macam "Alamak rugi pulak tak hantar". My siblings semua balik Kuantan. Eman is going away for 4 month so this would be the last la jumpa before he went away. Even raya nanti pun dia akan beraya di perantauan. Tapi kalau mintak pengecualian takut tak lepas and boss ingat saje-saje pulak so tidaklah saya menghantar. Tak pe lah at least I learnt something during the course.

On Friday morning we left Putrajaya in 4 buses. Since there were only 3 of us from my department, we got to share the bus with HR staffs. Diorang pun tak ramai so boleh sangat nak conquer the seat. I thought nak tidur or berehat sepanjang jalan tapi tak dapat. Diorang pasang cerita. Nak kata best sangat tu tidak la tapi I mana boleh tidur kalau Tv terpasang. Nak-nak bila dengar the dialogue so macam tertanya-tanya la apa yang berlaku. Cuba pejam mata tapi bila ada bunyi suspense sikit je mesti nak buka mata tengok. Hahaha.... Nampak sangat kepochi. 

We stop for lunch at Sungai Perak. Makan nasi and ice-cream (ye saya memang suka makan ice-cream). Masa nak meneruskan perjalanan tu lama jugak we got stuck. Ada satu kereta mewah yang parking ikut suka so menyusahkan orang lain. 

Kesian driver lori ni
Syukurlah ramai yang membatu
Reverse...reverse... mujur tak langgar bas kami. Sikit je lagi nak kena
Perjalanan diteruskan and cerita pun disambung. I rasa setiap kali I travel with the office-mate mesti tengok cerita Ong Bak. I pun tak tau berapa kali dah tengok cerita ni. Finally ada la jugak terlelap sekejap. Sampai Bukit Merah Laketown Resort around 3pm. For those on gred 1-44 kena share room and since kita ni nak berteam-building, makanya I tak kisah pun kena share dengan sesiapa. I ni memang pelik sikit. Sometimes I nak bersama dengan kawan-kawan rapat shaja. But sometimes when I set in mind yang I nak mingle around then I memang tak kisah je kena stay dengan sesiapa. Fortunately my roomate adalah orang yang dikenali. Mungkin tidaklah begitu rapat tapi tak pe kita rapatkan dalam masa beberapa hari ni. Lagipun itulah tujuannya berteam-building kan.    

Check in time
Petang tu free and easy. Malam baru start kelas. To be honest, I was a bit skeptical with the whole team-building thingy. First sebab ramai sangat. Macam mana nak cater rama-ramai tu kan. Second sebab I dengar semua aktiviti dalam classroom. Alah mesti tak best. Team-building kenalah buat aktiviti lasak sket. Baru syok. And then I tengok dari segi pergerakan tak de pembahagian sangat pun. Naik bas ikut department. Bilik pun boleh pilih nak duduk dengan siapa. Ok maybe organizer ada plan tersendiri kan. Ini cuma pandangan I je. Tak pe. We'll see how.... 


Nick, our facilitator
That night we were introduced to our facilitator. Nick, Sanjeet and sorang lagi I tak ingat nama. Soriii.... Semua orang kena letak nama panggilan masing-masing. During the entire course, kena panggiil ikut nama panggilan tu. Tak boleh ada tuan, puan, encik dan sebagainya. Kalau Abang or Kakak je boleh. Macam-macam nama ada. Lulu (a guy ok), Jony, Atok, Manis (my roommate), Kecik, Cantik... just to name a few. I macam biasa la kan. Eny. I don't think I want to be called by any other name. Yeah I'm not that sporting. Hehehe....

Ada a few rules of the course. Pertama kena punctual. Sape lambat kena berdiri kat tengah and apologize to everyone. Second kena panggil ikut nama yang dipamerkan. Kalau salah panggil kena ketuk ketampi 3 kali (tapi tak pernah buat pun). Third each time lepas break kena tukar tempat duduk. So kena duduk dengan orang berasingan la kan. I suka rules ni. Dapat la kita berkenalan dengan lebih ramai orang. Unfortunately in reality tak jugak pun. I tengok ramai je orang duduk dengan kawan yang sama. Although I tukar-tukar tempat and wouldn't mind duduk dengan sesiapa tapi most of the time yang duduk dengan I mestilah orang yang I kenal. It's either I memang kenal ramai orang or orang yang tak kenal I tak mau duduk dengan I. Eh tapi ada jugak yang I tak kenal tapi terus berkenalan. So bagus la kan. I'm not as snobbish as I look ok. Ye muka saya memang muka sombong. Nak buat macam mana.... 

The next morning, we had some exercise session. Berpeluh la jugak berlari kat situ. Lepas breakfast sambung kelas. A guess bit my bit the facilitator prove that my skepticism was un-based for. Walaupun dalam  kelas aje tapi aktiviti adalah menarik. Banyak management games. Asyik tergelak aje. Unfortunately I  always left my camera so tak banyak gambar yang ada. Ada games where you have to stand in circle. Then lock your hand dengan orang depan tapi different orang with different hand. Macam bersimpul-simpul kan. You have to move around with locked hand and form a circle. My group tak lepas pun. Ada yang lepas. Macam nak terseliuh jugak la tangan berpusing-pusing tu. I believe kalau lebih bersungguh-sungguh buat mesti akan berjaya jugak. Kumpulan I ramai preggerino so kesian jugak kat diorang bila nak kena berpusing-pusing tu. Anyway it's a good games.

Ada yang tergeliat tangan ni
Macam-macam gaya ada
Bersimpang-siur
Berjaya ke tak ni???
Ada games yang kena pass message tu. Yang tu memang kelakar habis. Lain yang disampaikan lain pulak yang diterima. Ada games yang sorang jadi boss pastu ada 2 anak buah yang kena cakap simultaneously untuk tarik perhatian the boss. Hoih memang keliru habis ok. Tak tau nak dengar mana satu. Ada sesi pembentangan. For the first time I volunteered untuk menjadi penulis di atas kertas majung. Boleh tahan jugak tulisan I eh. Boleh jadi cikgu ni. Hahaha.... Ye sila lempang sekali. Perasannnn.... There were also a session where satu ada sorang kena duduk atas kerusi dan meluahkan masalah. Kawan-kawan lain kena dengar dan tolong nasihat tapi not directly. Kena kasi nasihat dalam bentuk soalan. Payah jugak tu kan. Ada session kena tulis about ourselves and later the paper telah dipamerkan. I took the time to read about everyone and memang banyak benda yang kita belajar about that person from there.       


On the second night we had by far the funniest activity ever. Everyone was divided into 2 lines standing at the end of the hall. Orang from line 1 kena berjalan ke line 2. Continued by orang from line 2 ke line one and sambung-sambung sampai habis. The trick was everyone kena jalan menggunakan gaya yang berbeza. So ada yang berkawad, ada yang jalan macam orang cacat (sorry no offense), ada yang menari, ada yang melompat, macam robot. Hoih semua gaya adalah. Tengok orang memang la kelakar habis tapi bila turn sendiri macam nak terkeluar jantung ok. I never like to be the limelight tak kisah la apa pun so bila kita jalan semua kena tengok memang nak terkeluar jantung ok. Dah la I tak tau nak jalan macam mana. At first I nak kawad perlahan jalan but then macam ada orang dah buat so I kawad tabik hormat aje. Ingat nak shuffle all the way tapi mau terkejut pulak orang tengok I shuffle kan. Me shuffling? Yeah babeh. Hahaha......

Actually on the first night, everyone were given a set of colourful memo's paper. Kena tulis love letter to 30 orang. Tulis something good about that person. Kalau nak tulis something bad then tulis kat belakang and kena bagitau cadangan or nasihat how to change it. Hoih bercinta jugaklah nak tulis that love letter. Mula-mula nak cari 30 orang. Susah jugak tu sebab tak semua orang yang kita kenal kita boleh kasi. Risau jugak kalau ada yang tak dapat tu terasa ke. Ke I je yang rasa macam tu? On my list ada yang I dah kenal lama and ada yang I baru je kenal masa team-building tu. To facilitator pun ada jugak. Kalau boleh nak kasi kat semua yang I kenal tapi kertas limited ok. Soriii.....

Ok nak pilih penerima satu hal. Nak tulis tu pun satu hal juga. Apa la yang nak dituliskan. So mula-mula tulis Dear xxxx and Best Regards Eny. Dear tuuu.... Tak tahan ok. Hehehe..... Hari Sabtu petang tu baru lah start menulis. First few memang slow sikit tapi lepas tu mencurah-curah la pulak idea. Dah tulis satu hal. Nak bagi tu lagi la susah ok. Malu. Hahaha..... Dah la kena bagi direct to that person. Acik ni kan pemalu. Kalau  nak pos pun malu inikan nak bagi direct. Tapi belasah je lah. 

My love letter for others
Seronok ok
Bertempiaran mencari penerima

Boss nak kasi kat sape tu???
For me. Thanks kepada yang sudi memberi
Tak sangka banyak jugak dapat love letter. Senyum sampai ke telinga bila baca. Paling tak sangka when ada orang kata I ni lembut. Lembut ke? Kadang-kadang. Hehehe.... That's what that main objective la. Nick kata when we feel down, we can always look back at that letter and mesti akan feel much better. He did the same too. I really love this idea. Boleh dipraktiskan. So kawan-kawan bersedia lah menerima surat cinta dari saya ye.... Tapi tak tau la bila kan. Hahaha.....

Nick berkongsi cerita
Tekun semua mendengar

Dalam maksud ni
Four. This one deserve a special entry
Ok there's another activity that make me open up myself towards other. Something that I hardly do. Yang tu deserve an entry on it own. I really hope the change I did that time akan terus berlarutan. Insya Allah.... 

Ok dah tamat
Nick very passionate in sharing
Tanpa nama.... Hahaha.....Sori...
Sanjeet
All of us
Ewah..ewah... ada orang dapat bunga...
Wakil perolehan yang hadir
Fourrrrr....
Kyrel and Hani
Kak Ain

Fiza, me, Hani and Kak Ain
Lepas acara penutup, we had our lunch and and terus gerak balik. I guess the team-building was a success. Banyak yang I belajar. Especially on myself. I nak jadi orang yang more open up especially in showing my love. Cewahhhh..... Betullah. I love all my friends. Really do and I care for them but I guess I never show it. Not just friends but family too. The least I could do was offering help or menjadi pendengar yang setia. I don't hug them. I never say how much I appreciate them. So lepas ni I will try to show how much I love peoples in my life. 

The barrier is actually my shyness. Hahaha..... Rasa macam nak lempang je dengar statement itu kan. Eny pemalu? Ye la sangattttt. Tapi betul la. I ni pemalu ok. Although I dah try and yes dah berubah la sikit compared to dulu-dulu but still rasa malu tu masih tebal. Kadang-kadang I pun tak faham kenapa la perlu malu. Yes ada benda kena la malu and ada benda tak payah la nak malu kan. Sometimes because of that shyness, I had the reputation as being aloof. Sombong, suka menyendiri etc. Tapi untuk yang kenal rapat, I know sometimes dalam hati diorang berdoa, "Eny, tolonglah berhenti bercakap". Kannn.... Hahaha.....    

Anyway, I hope akan ada lagi sesi team-building macam ni. Bukan mudah untuk berubah sekelip mata tapi kalau selalu ada sesi macam ni and each time dapat ubah sikit then mesti lama-lama dapat la jadi better person. Kannn..... Pastu boleh kenal orang baru. Dan belajar benda baru. Dan macam-macam lagi lah. So orang HR lepas ni organize la lagi ye. Buat jadi acara tahunan. Baru la meriah. Kannn......

Hoih banyaknya nak cerita pasal team-building ni. Penat nak taip. Korang pun mesti penat membaca. Oklah nanti sambung eh. 

No comments: