Rindu la sama ini Abdul Manan Basyirin yang botak macam "Pipin" feveret dia tu. Ni actually gambar lama. Masa balik last week tak amik pun gambar dia. Tak pe this week balik lagi. Hopefully boleh main puas-puas lagi. Tapi kesian dia. Dah kurus. Ringan je rasa bila dukung tu, Hari tu dia demam teruk. Chicken pox pastu demam sampai 3 minggu. Banyak pulak tu parut-parut. Siaannnn.....
Last week masa first day puasa tu bawak la kanak-kanak 4 orang tu bershopping groceries. Gigih ok I jaga sorang-sorang. Dah la puasa. Penat mulut ni cakap tak berhenti. Geram pun ada. Yang kat kakak 2 orang tu la. Yang kat adik kecik sorang tak geram. Ye lah masa kecik buat apa pun nampak cute aje kan. Hehehe...... Mesti orang kata kesian tengok mak budak-budak ni. Gigih dengan troli lagi, dengan mulut bising panggil anak-anak dia yang dok ke sana ke mari tu. Mana la ayah diorang ni.... Agaknya lah kannn.... Hahaha....
Plan asal nak beli mineral water and hook. Sekali kena pow dengan budak-budak ni sampai seratus lebih. Dik Manan I nak belikan toys semuanya dia tak nak. Amik ultraman kasi dia, dia sangkut balik. Amik lori dia sangkut balik. Tapi bila offer dia drawing block yang ada gambar Upin Ipin tu tak lepas. Siap marah orang letak dalam bakul. Bila letak jugak, dia nak bawak bakul tu. Gigih la menyeret bakul tu sebab tak larat nak angkat.
Yang kakak-kakak orang suruh amik satu benda je boleh pulak counter. Ala takkan satu je. Dua la. Amboi ingat Cik Ngah dia ni millionaire ke apa. Sudahnya bukan takat 2, lebih lagi ok. Adah beli pencil colour. Angah beli crayon and handphone mainan yang hampeh tak boleh main langsung. Meera beli modelling clay sampai 2 kotak. Dik Manan beli pistol, pencil colour and drawing block "Pipin" tu. Tu belum kira cookies la, snek la, air la. Paling tak tahan, Dik Manan nak coklat Ferrero Rocher ok. I offer yang lain dia tak nak. Nak yang tu jugak. Amboi kecik-kecik dah high taste ye. So beli kan aje lah.
Dik Manan ni kalau nampak I balik memang melekat je lah. Jumaat malam tu tidur sekali. Saturday malam balik rumah dia la lepas berbuka tu. Sunday datang to pick up Angah yang tak mau balik malam tu and bila nampak I pakai jeans aje, tak lepas tangan dia pegang tangan I. Asal hilang kejap dari pandangan mata dia terus menangis. Alahai Dik Manan. Ni yang Cik Ngah sayang sangat ni. Manja. Well kakak-kakak tu dulu pun semua macam tu. Dah besar ni kurang la sikit. Kurang-kurang pun still nak mengekor jugak la I ke mana-mana.
Tak sabar nak tunggu weekend. Nak balik jumpa Pipin yang asyik meleleh je air liur ni. Mulut pun asyik menganga aje. Puas I tutupkan. Tapi sekarang dah pandai. Kalau I kata tutup mulut, terus dia tutup mulut dia the same way like I did. Comelnyaaaa.... Eeeeee gerammmmm.... Rindunyaaaaa....
No comments:
Post a Comment