Friday, July 06, 2012

Beg baru Abah

Ada orang tu ada beg baru. Kemain lagi menayang. Syok le tu dapat hadiah beg baru. Selalu Mak je yang dapat beg ni. Kali ni Abah pun dapat sama. Abah memang ada a few beg yang diisi dengan barang-barang penting tapi yang biasa-biasa je and tak de la dia pakai ke sana-kemari. Tu yang kadang-kadang tertinggal barang tu. Now that Abah dah ada beg, boleh la bawak barang-barang yang penting tu bersama and tak de la tertinggal-tinggal lagi.  

City beg
Poket depan letak wallet
Barang-barang penting Abah
The pills in a cute bag. My pouch actually but since ada beg cantik, pills kena lah letak dalam beg cantik juga. Tak gitu?
Blood glucose meter
Dulu kan I kerja kat Guardian Pharmacy. Banyak belajar pasal health stuff ni. Baik supplement, ubat and gadget sekali. So we bought a blood glucose meter for Abah as a birthday present. Most probably in 2005 or 2006 kot. Lama dah tu. Recently meter tu macam not functioning so Abah bawak la untuk repair. I'm not sure what went wrong tapi diorang ganti baru. FYI, semua Accu-Check blood glucose meter come with lifetime warranty. Although the one we bought was of Advantage type tapi sebab tak de stok so diorang ganti dengan Performa. This one also ada lifetime warranty. Rosak boleh repair/tukar baru. 

Kaedah guna tetap sama. Masuk lancet (jarum) kat pen yang tengah tu, adjust kedalaman  jarum, cucuk kat cari, picit kasi keluar darah sikit, masukkan test strip kat reader and tunggu keluar simbol darah setitik tu then letak darah kat strip (ada suction function kat strip tu so tak payah la guna darah banyak sangat) and wait for few second to get the reading. Kalau datang angin nak main doktor-doktor, habis semua orang dalam rumah tu I check. Cucuk orang memang laju je tapi bila turn nak cucuk diri sendiri ada sikit nervous juga. Hahaha....    

Insulin pen
Insulin pen ni ada siang malam punya. Dulu one type aje sekarang ada 2. Semua ni dapat free aje kat hospital. Insulin pun dapat free. Yang kena beli cuma jarumnya aje. Yang ni I tak sanggup nak cucukkan. Abah buat sendiri. Kami tukang tengok aje. Sian Abah kan. Kena cucuk-cucuk ni. Masa mula-mula dapat glucose meter tu Abah seriau jugak bila I nak check his blood glucose. Sekarang main cucuk sendiri aje sebab cucuk insulin tu hari-hari and satu hari 4 kali kalau tak silap. Dah biasa dah kena cucuk dengan jarum ni.

Ointment for skin
Orang ada diabetic ni kulit selalu kering. Pastu kadang-kadang ada kesan hitam kesan yang kering tu. Keratosis something-something namanya. So guna this ointment untuk reducekan kekeringan. Kalau rajin guna, keratosi tu lama-lama akan menipis and lagi baik hilang terus. Kalau tak sapu pulak, lama-lama akan jadi tebal and gatal.  

Minyak atar
Handphone kat belakang
I pun tak de beg jenama ni ok
Haaaa.... orang pencen pun dapat pakai beg Fossil. Orang yang keje ni pun pakai beg murah aje. Hehehe.... Told Abah lenkali kalau balik Kuantan I tak mau bawak beg la. Bawak wallet aje. Pastu boleh melaram beg dia. Hehehe..... Teruk punya anak. Bukan nak kasi hadiah ke apa. Lagi nak pow Abah punya. Actually I nak belikan Abah wallet tapi tu lah tak terbeli-beli lagi sampai sekarang. Nak beli jenama kerbau. Boleh? Hahaha..... Tak ingat jenama tapi ada gambar kerbau as logo. Eh ye ke kerbau? Ke badak? Macam ada tanduk. Kerbau kot. Hehehe..... Elok le. Kerbau bila mati masuk dalam tanah lama-lama jadi lah macam jenama beg tu. Tak gitu?  

Oh pasal team-building tu nanti-nanti la cerita eh. Best wooo.... Banyak aktiviti pecah perut. Hahaha......

4 comments:

1na said...

ye ke org kerja takde beg? hehehehe

Eny Yusof said...

1na,

Bukan tak de beg tapi beg murah2 aje. Paling mahal pun jenama Esprit aje. Yang lain tu beli kat Jusco aje tau. Jenama Cleef. Tak mampu la nak beli Coach. Hehehe....

KI said...

Kau ada coach kan
Jenama kerbau tu yg epi intan dengan hadi pakai ke..
braun buffel

Eny Yusof said...

Ki,

Ala Coach tu cuma wristlet aje. I want the handbag tapi belum rasa satu keinginan mendesak sangat-sangat to have the bag lagi. Lagipun mahal. Belum mampu milik lagi.... Hehehe....