Yaaawn.... aduhai mengantuk dan penatnya. I was on leave yesterday sebab my parents came to settle something. Tapi dah balik pun malam tadi. This time around the trip to Kelantan dan Terengganu adalah sangat memenatkan. Tambahan lagi I didn't have proper sleep since last Sunday. Malam tadi pun sama. Went to sleep around 11 something. Wake up at 1am and terus terjaga sampai la ke pagi. Kiranya this week macam berapa jam sangat je tidur. Masa on the road adalah jugak tidur tapi tidur-tidur ayam je lah. So that explain why I am so mengantuk dan penat di pagi-pagi hari ni. On Wednesday tu penat gila tapi sampai rumah tak sempat nak berehat sangat sebab my parents dah on the way so kenalah kemas apa-apa yang patut kan. Sudahnya I asked Bang Long and Eman to tapau some food. Abah bawak ketam segar nak masak and Bang Long la yang menjadi chefnya. I dah tak kuasa nak buat apa pun. Penat tahap gaban. Hehehe.....
Harini ada sesi penilaian lagi tapi dekat area Putrajaya aje. Pastu ada farewell dengan pengerusi Puspanita kat alamak apa pulak nama hotel tu...... adoi mental block betullah. Hah Hotel Pullman. Tapi tak tau la sempat ke tidak. Banyak betul benda nak buat. I am sooooo tired la. Macam tak boleh focus aje. Nak tengok screen ni pun macam tak boleh nak focus. Tsk..... Baru pukul berapa ni dah penat semacam.
Anyway, esok pagi I ada event lagi. Dalam pada penat-penat tu sempat lagi berlari or berjalan ye. Tak pe lah bukan selalu kan. Harap-harap malam ni dapat la tidur dengan lenanya. So pagi esok bangun fresh aje dan terus menapak lagi ke Palace of Justice untuk Putrajaya Global Diabetic Walk. Dan harap-harap boleh la berjimbarama this weekend. If not melepet aje lah kat umah. Kak Zah baru je bagi duit kutu kejap tadi. My turn this month so sangatlah bersemangat nak beli-beli ni. Hehehe....
Cerita Kelantan dan Terengganu akan dibuat kemudian. Ada banyak gambar menarik tapi tak dapat nak tunjuk. I still have issue dengan Google ni. Macam manalah nak buat ni.....
Ok this zombie is leaving. Nak pegi buat penilaian. Nanti sambung ok.
2 comments:
eny.. bila nak upload gambar walk aritu? i want them.. :)
Anis
Tulah aku pun kecewa kerana tak dapat nak upload photos tu. Tak pe nnt aku bg je kat ko eh.
Post a Comment