Aduh potong stim betul la Google ni. I've reached the my maximum capacity of my picasa web album usage already so I thought of buying the extra storage. Tapi until today transaction asyik decline aje. Not from the bank here but from Google. Cerita tanpa gambar macam tak best la pulak. Ish.... Takkan la nak create new blog kot. Rasa kurang semangat je nak update. Padahal ada banyak je cerita best nak cerita ni. So for the time being baca cerita tanpa gambar ajelah ye. Hehehe....
Anyway I had a fun-filled weekend, mostly on Saturday night la. Saturday morning after selesai all the house chores I keluar lunch with Rehan. Ingatkan nak makan nasi KK kat Kajang sekali dah sampai sana tutup la pulak. So patah balik ke Putrajaya and we had our lunch at Burger King Alamanda. Jalan-jalan lebih kurang pastu rushing balik rumah sebab the charity walk started at 3pm. Masa tu dah dekat pukul 3pm pun. Hantar Rehan pastu balik and tukar pakai sport attire. Hari pun dah start hujan. I janji nak pegi ngan Khairil so tunggu la pakcik tu datang. Kemain lama. Dekat pukul 4 baru sampai. Since lokasi event adalah within walking distance from my place so berjalan kaki lah kami berdua. Leen yang janji nak gerak sama masih tak nampak batang hidung. I siap bawak payung lagi tapi tak guna pun.
Sampai sana terus queue untuk ambil baju. Tukar baju and terus ke surau. Edwin, another Lin and Ana dah ada kat sana. This time around ramai betul staff KKLW. Meriah sangat. Paling best Anis pun ada. Siap bawak Akil lagi. Walaupun Akil tak sihat, asyik muntah-muntah aje tapi dia tak meragam. Diam aje. Sian pulak tengok member terbaring dalam stroller tu. Mesti dia lemah tu sebab muntah-muntah kan. Kalau tak jangan harap la kot nak duduk diam aje dalam stroller tu. Fatahah and Ilkil and Nayli yang super cute pun ada. Eeee geram aje ngan budak comel dua orang ni. Pasni Fatahah gi DPA mesti tak de chance nak jumpa diorang dah. KKLW Junior yang lain ialah Ammar; son of Cik Na from finance, Hasya; daughter of Intan and Hanafi and alamak sape pulak nama anak Siti ni. Ish terlupa la pulak..... Ramai betul kanak-kanak. Memang meriah la. Tapi I rasa tak de pulak gambar dengan semua KKLW Runners.
Ada 3 choices of dinner yang disediakan; KFC, Pizza Hut and Rasa Mas. I opt for Pizza Hut. Dapat la one slice of large pizza tapi nak beratur punyalah lama. Edwin yang tolong beraturkan. Thanks for that. Around 6pm barulah flag off. Oh before flag off ada aerobic session untuk warming up. Tengah syok-syok beraerobic, Akil muntah lagi. Kali ni banyak gila. Habis baju and stroller dia. Member diam aje. Kesian betul lah. Macam kita la, kalau muntah-muntah and cirit-birit kan macam tak de tenaga je nak buat apa pun. I guess he was like that la. Tak larat so tu pasal diam aje. Sikit pun tak nangis. I was so excited to have Anis joining me in the walk so I yang terover pegang stroller si Akil. Paling tak tahan siap lari-lari lagi. Nak-nak bila terserempak dengan Intan and Hasya. Siap main kejar-kejar ok. Kejar-kejar dengan stoller. Memang lawak la. Orang pun pelik je tengok kitorang main kejar-kejar. It was so much fun to have kids around. Sok kalau I ada anak I pun nak bawak diorang join sama la. Unfortunately since Akil tak sihat, Anis joined sampai 3km je so from the 3km u-turn, I jalan la sorang-sorang. Bila dah sorang jalan pun laju aje. I tengok ramai yang berhenti kat kiri kanan jalan untuk bergambar tapi I malas la. Jalan terus aje sampai finishing line.
Managed to reach finishing line around 7 something. Lepas amik goody beg sume we all lepak ramai-ramai kat atas rumput depan dataran tu. Macam berpiknik aje. Orang lain pun ramai jugak. Masa tengah berjalan tu I dengar announcement kata around 9pm macam tu diorang akan edarkan goody bag special. Pastu ada concert Ramli Sarip. Since I don't have anything much to do, malam minggu plak tu so I lepak aje terus sampai malam. Mula-mula ramai tapi around 8.45pm macam tu Intan and family, Siti and family, Shafarid and ramai lagi dah gerak balik. Edwin and the geng pulak ke Alamanda untuk membeli barang. So tinggallah I and Khairil melepak berdua.
Meriah jugak persembahan malam tu. Ada silat dari tentera, ada tarian budak sekolah, ada Wakaka Dancer, ada Jalil Hamid and paling best sekali sudah tentulah Ramli Sarip. Masa Ramli Sarip buat show, I and Khairil lepak tepi jalan betul-betul depan screen besar. Malas nak duduk kat depan stage. Later Edwin and the geng datang join sama. Leen pun datang with her sister and nephew. Masa tu diorang dah start edarkan goody bag. Ingatkan apalah yang special rupanya goody bag petang tu ada banyak extra so diorang edarkan balik pada semua. Apa lagi kitorang pakat beratur la amik lagi. Goody bag kali ni paling best sebab barang-barang dia best and tak la yang dah dekat nak expired. Ada Nestle Cheerios kotak besar, Lipton Mik Tea 20+5 pack and ada air Milo sekotak and air Revive setin. Dalam fridge kat rumah tu dah penuh dengan canned drinks collected during event-event larian ni. Hehehe....
Around 10pm macam tu selesai la persembahan Ramli Sarip and on the way nak balik tu kami lalu kat khemah makan untuk VVIP. Murah rezeki kami sebab staff Rasa Mas invited us to makan-makan kat situ. Sebenarnya perut dah kenyang tapi belasah aje lah. Sangat la defeat the purpose of walk in support of world hunger. Sebelum berjalan I dah kenyang makan Burger King. Sambil tengok show Ramli Sarip I makan Big Apple donuts. Pastu makan ayam percik la apa la. Balik dengan full tummy la. Dah berjalan sambil bawak goody bag yang berat pun perut masih penuh lagi. Balik mandi and terus tido dengan perut yang kekenyangan. Ish..ish..ish...
This October I managed to join 3 events. November ni so far baru satu yang I dah confirmkan. Ingat nak join Terry Fox Run on 7th November kat Lake Garden. Tapi tak jadi la pulak sebab malam esok sampai ahad nak balik Kuantan ngan Bang Long. So satu jelah kot event for November. I target nak at least 3 event sebulan. Kalau tak de event memang malas aje nak berlari ke berjalan ke. Kena tunggu event baru rajin. Hehehe.... Anyway, the charity walk adalah sangat best kerana begitu ramai muka baru dari KKLW yang muncul. Pasni ada chance la nak buat official club. Best kan. So sape yang belum join tu jom ramai-ramai kita meriahkan suasana berlari di hujung minggu this 13th November for Putrajaya Global Diebetes Walk 2010. Tempat masih sama, kat depan Palace of Justice. See you there.....
4 comments:
nama anak ct khaira =)
Eny, I enjoyed myself walking with you as much as you do.. Thanks for lending your hands to push Aqil's stroller.. Though he wasn't feeling well that day, I know my little son enjoyed himself as well. We're looking forward for the next walk.. see you there.. Insyallah. :)
Anony,
Terlupa pulak. Thanks for telling.
Anis,
Jangan serik ye. Lenkali join lagi tau. Bawak Akil sama. Nanti aku jaga dia. hehehe....
Post a Comment